CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 11761|Reply: 43

Hael Nafi Bakal Bertunang dengan Dayang? -Bahaya Soalan Ni.

[Copy link]
Post time 19-8-2020 03:10 PM | Show all posts |Read mode
PENYANYI dan komposer popular, Hael Husaini, 33, menafikan dia akan bertunang dengan Dayang Nurfaizah, 39, dalam tempoh terdekat ini.

Hael ketika ditemui kelihatan cukup berhati-hati menjawab dakwaan pertunangan itu dan enggan memberi komen lanjut.
“Tak ada, tak ada. Belum lagi. Saya tak nak jawab. Tiada komen, bahaya soalan ini (berkaitan pertunangan dengan Dayang).

Insya-Allah, kalau ada rezeki dengan sesiapa yang sudi dan sampai jodoh, saya bertunang,” katanya.
Sebelum ini bertebaran gosip mengatakan mengenai hubungan istimewanya dengan Dayang.
Menurut penyanyi lagu Jampi ini, dia masih menunggu jodoh, sama seperti kebanyakan rakan-rakan bujangnya yang lain.
Kini muncul dengan lagu baharu berjudul Bujang, Hael berkata, lagu itu memang dihasilkan sebagai dedikasi kepada golongan bujang termasuk dirinya.

“Saya suka bereksperimen dengan lagu yang berkonsep. Jadi, selepas muncul dengan lagu Hari Ini untuk pasangan berkahwin, sekarang lagu untuk orang bujang pula.
“Sesiapa yang dengar lagu ini, saya mahu mereka gembira dalam kehidupan. Ini kerana saya banyak dengar orang menganggap hidup bujang ini menyedihkan dan ada yang meratapi nasib mereka di hujung bucu katil,” katanya.
Mengulas mengenai dirinya yang disifatkan peminat berjaya mengembalikan era penghibur tersohor negara, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad menerusi lagu dihasilkan, Hael berkata, dia tidak berhasrat meneruskan legasinya.
“Penghibur seperti Sudirman adalah nama besar dalam industri hiburan negara. Tak mungkin ada penggantinya dan saya selesa menjadi diri sendiri. Apabila dikatakan saya kini mengembalikan era Sudirman, ia sekadar dilihat sebagai penghargaan daripada peminat saja,” katanya yang akan muncul bersaing dengan penyanyi lain dalam program Immortal Songs di TV3 bermula 30 Ogos ini, jam 9 malam.
Harian Metro


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 19-8-2020 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalau jawapannya "no komen" mcm tu, maksudnya betul lah tu mcm tak biasa dgn dunia artis ni.

Kalau tak betul mesti jawapan bunyi cmni "aik? Siapa cakap tu? Saya sendiri tak tahu saya akan bertunang bla bla"
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 03:49 PM | Show all posts
haish...apa nak diharapkan dengan sam smith malaysia ni..tgk aje la video kelip musiknya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 03:52 PM | Show all posts
Kalau hael dengan dayang  ni tak berapa yakin kalau diorang ni ada bercinta.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik2 cerita pasal tunang, ada apa2 ke tak, tak sedia lagi.. lancau punya gosip!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la tp knp x rasa dia dgn dayang ..rasa dia dgn nabila razali ...hahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau setakat kahwin sekadar mengaburi mata org ramai buat pe.. sedangkan kepuasan diri x dapat. Org berkahwin utk hubungan yg holistik. Zahir dan batin.. kalau tuntutan batin x dipenuhi sengsara hidup ko dayang oi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:33 PM | Show all posts
i rasa dayang tgh in love bebtul. hael je yg memain.

i somehow rasa better la dayang cari lain. ramai je nak kat dia.

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 19-8-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm memain jer si hael ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:45 PM | Show all posts
lerrr.. hael dah 33 igt dayang dapat anak ikan.. x jauh pon beza umor dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm too good to be true sgt kalo dorg ni btol2 nak bertunang.. hmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:49 PM | Show all posts
merana dayang dapat laki perasan handsome 24 jam tengok cermin, 24 jam pakai spek hitam hahahaha gd luck dayang
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ala dayang... no. U deserve better. Yang lebih matang dan financially stable. Tapi kang kalau sampai terlajak lagi andartu iol pulak kena kecam berjemaah. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:54 PM | Show all posts
memain jer lah kau ni hael..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:55 PM | Show all posts
tempayanpecah replied at 19-8-2020 04:19 PM
Ntah la tp knp x rasa dia dgn dayang ..rasa dia dgn nabila razali ...hahhaa

ni kalau shipper heayang baca komen cuols ni mau di katanya cuols ketinggalan..x up to date
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 04:57 PM | Show all posts
LostStar replied at 19-8-2020 04:45 PM
lerrr.. hael dah 33 igt dayang dapat anak ikan.. x jauh pon beza umor dorg..

sama la umur deols dgn syazwan- lala...tiberrr  33&39
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 19-8-2020 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Media boleh x bg diorg space..
Ni tiap minggu asik jodoh dayang rimas dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 06:06 PM | Show all posts
lattehazelnut replied at 19-8-2020 05:56 PM
Media boleh x bg diorg space..
Ni tiap minggu asik jodoh dayang rimas dia..

expected dah laa, semalam Hael kena serbu reporters. Minggu lepas Dayang yg kena.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak ikut jejak shamelina dan ernie ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2020 06:31 PM | Show all posts
c Hael ni bukan jenis japar on ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.222156 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list