Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12142
View
101
Reply

PELAKON dan pengarah, Opie Zami, 46, sah bercerai talak satu

[Copy link]

Author: Burong_Hantuk       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-8-2020 12:22 PM | Show all posts |Read mode


PELAKON dan pengarah, Opie Zami, 46, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Zamzarina Mohamed, 43, selepas 17 tahun berkahwin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, jam 10.47 pagi, hari ini.

Opie atau nama sebenarnya Mohamad Soupi Zami yang melafazkan perceraian itu di hadapan Hakim Syarie Ahmad Mahir Zanial mengakui reda dan memenuhi permintaan Zamzarina yang menuntut cerai.

"Saya hormat dengan permintaan isteri dan reda terhadap ketentuan ini. Isteri saya tak salah, saya yang gagal membentuknya menjadi isteri mithali.

"Isteri saya bagus dan seorang ibu yang baik. Bagaimanapun, punca perceraian terlalu peribadi untuk saya kongsikan," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Sementara itu, Zamzarina selaku plaintif yang diwakili peguam Azmanira Ismail@zanudin mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Opie selaku defendan pada 16 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

"Kemelut rumah tangga kami sebenarnya sudah bermasalah sejak 10 tahun yang lalu. Ini bukan pertama kali saya pergi ke mahkamah.

"Sebenarnya sudah tiga kali saya turun naik mahkamah. Selepas ini, saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah.

Manakala, Opie tidak diwakili mana-mana peguam.

Opie dan Zamzarina mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Shah Saidi, 15; Aliff Shah Syedi, 13; dan Arrif Shah Saidi, 8.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 10-8-2020 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
So bini xlarat bela biawak ke camne..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..tarikh permohonan dekat2 pkp aritu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah aku tgk filem dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:05 PM | Show all posts
tetap minat dengan pak uda

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:18 PM | Show all posts
penceraian jalan terbaik..masing2 umur pun dah 40-an
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:22 PM | Show all posts
Takziah Mat Rock..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah moga tabah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:47 PM | Show all posts
bagusnya opie ni menjawab kat media.
semoga berterusan la jawapan mcm tu off the record.

good luck kpd dua2 pihak. ingat 3 anak teruna tu masih tetap perlukan perhatian.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:07 PM | Show all posts
abg die mengarah drama layan lh jgk
kdg kt ending kredit tulis m. hitler zami

last year 2 filem arahan mat rock ni keluar ye
ade tersenarai top 10 filem plg flop last year
thread kt bodgos ni lh


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:08 PM | Show all posts
double posting


Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:14 PM | Show all posts
Semoga ada kehidupan lebih baik selepas ini..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:20 PM | Show all posts
sebelum die berlakon balik aman2 je..
bile dh start blakon..
mula la start ade mslh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:25 PM | Show all posts
takziah Mat Rock...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzarina ni ada buka gerai makanan sedap malam tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:35 PM | Show all posts
aku rsa dia pun redha jer tu, sbb tak ada wakil peguam.. xpe lah mat rock, dah itu jln yg terbaik.
mat rock pun tak memburukkan isteri, dia puji lg ada lah. dia ckp dia yg tak sempurna kann ok laa dia mengaku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
10 tahun masalah ni baru boleh cerai?

Lama makan hati
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2020 02:38 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 10-8-2020 02:07 PM
abg die mengarah drama layan lh jgk
kdg kt ending kredit tulis m. hitler zami

haah so far abg mat rock mengarah ok jer, layan gak hitler zami tu.
iols paling layan skali cite Dunia Baru The Movie, kat cinema punya lah lawak giler masa tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list