Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12258
View
199
Reply

(EDISI INFO KESIHATAN SEMASA 2020)

[Copy link]

Author: adila39    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-8-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by adila39 at 14-8-2020 08:50 PM

Salam...

Column ni khas untuk current info berkaitan dengan isu semasa berkaitan KESIHATAN.


kita mulakan dengan apa itu...


APA ITU CAPP

CAPP adalah pendekatan pembudayaan norma baharu untuk mencegah penularan COVID-19.

C - egah dan didik
A - amal
P - atuh
P - antau

Lindungi daerah hijau kekal hijau dan tukar daerah kuning kepada hijau.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Info : myhealthkkm
@ipes2

From time to time mod akan share info sahih khas daripada kementerian untuk mereka yg ingin tahu perkembangan terkini ya.


Screenshot_20200810_080258.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 9-8-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-8-2020 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 9-8-2020 06:46 PM

STATUS TERKINI AS AT 9TH AUGUST

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,784 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 9 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,083 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 174 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 13 kes baharu yang dilaporkan, sembilan (9) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lima (5) warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara.




stay safe semua.
Screenshot_20200809_184157.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-8-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts


PENDERMA DARAH A DAN B DIKEHENDAKI DENGAN KADAR SEGERA.

Kami MERAYU kepada penderma darah budiman untuk tampil menderma darah dengan kadar yang segera di Pusat Darah Negara atau tabung darah berdekatan.

Dengan situasi Covid 19 yang melanda negara sekarang, stok darah semakin berkurangan. Pendermaan darah berkala penting bagi menampung keperluan darah setiap hari. Jalankan tanggungjawab sosial anda bagi membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

Anda boleh memeriksa lokasi pendermaan darah yang dianjurkan Pusat Darah Negara melalui pautan berikut:
http://pdn.gov.my/index.php?option=com_jevents&v

ATAU

Anda boleh terus ke pusat kutipan darah statik di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya seperti berikut:
1.Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur.
Waktu operasi:
- Isnin-Jumaat: 7.30 pagi - 8.00 malam
- Sabtu-Ahad: 8.00 pagi - 6.00 petang

2.Midvalley Donation Suite, Mid Valley Mega Mall, Lot 063, Tingkat 3 (Mezzanine), Sebelah Daiso Japan
Waktu operasi:
- Isnin - Ahad : 10.00 pagi - 9.00 malam

3. Suite Derma Darah Puspanita, Puspanitapuri, Lot PT 2280-2283 Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya
Waktu operasi:
- Isnin - Ahad: 10.00 pagi - 6.00 petang

#kitajagakita
#jomdermadarah
#datangdermadanteruspulang
#unitpemasaranpdn
Screenshot_20200810_075234.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-8-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tip Mengawal Berat Badan Ideal: Jaga Waktu Makan Anda

Elakkan melangkau waktu makan
Ikut konsep suku suku separuh
Ambil snek sihat di antara waktu makan utama
Pastikan cukup pengambilan air kosong setiap hari
Pengambilan sarapan pagi paling penting bagi menjana tenaga dipermulaan hari.

#capaiberatbadannormal
#jagawaktumakan
#infopemakanan
#NutritionistKKM
Screenshot_20200810_075455.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-8-2020 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
https://bit.ly/2F0UQls
Screenshot_20200811_114108.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-8-2020 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan Soal Kurus.

Cabaran Virtual IFitEr 8 minggu seluruh Malaysia.

Tempoh cabaran adalah dari 22 Ogos hingga 17 Oktober 2020.

Jom ramai-ramai sertainya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.bukansoalkurus.com

#sihatmilikku
#walkthetalk
Screenshot_20200812_223101.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-8-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
INFO

HATI & KESIHATAN

@ipes2
Screenshot_20200813_132654.jpg
Screenshot_20200813_132553.jpg
Screenshot_20200813_132621.jpg
Screenshot_20200813_132423.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-8-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkini #COVID19Malaysia 12 Ogos
Kes sembuh= 8
Jumlah kes sembuh= 8,817
Kes positif= 11
(kes import=8, kes tempatan=3)
Jumlah positif= 9,114
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 125
Kes dirawat di ICU= 1
Bantuan Alat Pernafasan= 0
IMG_20200813_133233_191.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2020 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkini #COVID19Malaysia 14 Ogos
Kes sembuh= 7
Jumlah kes sembuh= 8,828
Kes positif= 20
(kes import=7, kes tempatan=13)
Jumlah positif= 9,149
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 125
Kes dirawat di ICU= 4
Bantuan Alat Pernafasan= 1
Screenshot_20200814_191601.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2020 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
INFO

Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya.

Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.

Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi meletup atau crakk .

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.
.

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat

.

Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.

Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok

Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.
.

Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN.

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.
Screenshot_20200814_204648.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-8-2020 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkini #COVID19Malaysia 15 Ogos

Kes sembuh= 3
Jumlah kes sembuh= 8,831
Kes positif= 26
(kes import=3, kes tempatan=23)
Jumlah positif= 9,175
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 125
Kes dirawat di ICU= 6
Bantuan Alat Pernafasan= 1
Screenshot_20200815_172607.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-8-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
KKM akan jalankan kajian penilaian risiko di mukim Tawar, Baling, Kedah, bagi melihat keperluan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) Secara Pentadbiran di kawasan tersebut - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-8-2020 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Keputusan terkini baru diterima dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR): seperti disyaki mutasi jenis D614G telah dikesan daripada ujian pengasingan dan kultur virus COVID-19 untuk tiga (3) kes daripada Kluster PUI Sivagangga (kontak rapat kepada kes indeks) dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram (iaitu individu daripada Filipina).

Setakat ini kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil pelbagai tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas di lapangan. Ujian ini adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes yang lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster ini.

Pun begitu, ini bermakna masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia. Ianya didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu super spreader.

Mutasi D614G ini ditemui oleh saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.

Oleh itu, tindakan utama kita adalah masih dengan kaedah menggunakan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya SOP yang ditetapkan iaitu, penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat.

Situasi terkini COVID-19 didapati masih terkawal dan KKM serta agensi-agensi lain masih berusaha membendung penularan COVID-19. Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan COVID-19 daripada segala jenis mutasi sekalipun.
Screenshot_20200816_065808.jpg
Screenshot_20200816_065744.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-8-2020 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
What the D614G Mutation Means for Covid-19 Spread, Fatality, Treatment, and Vaccine

https://medium.com/@shinjieyong/what-the-d614g-mutation-means-for-covid-19-spread-fatality-treatment-and-vaccine-7dda1c066f0d
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-8-2020 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Golongan muda termasuk remaja merokok dan dan menghisap vape berisiko antara lima hingga tujuh kali ganda lebih mudah dijangkiti Covid-19 berbanding individu yang tidak berbuat demikian.

Penemuan itu hasil kajian Universiti Standford di California, Amerika Syarikat. Kajian diterbitkan pada Selasa dalam Jurnal Kesihatan Remaja itu melihat kesan penggunaan rokok dan kadar jangkitan virus dalam kalangan individu berusia antara 13 hingga 24 tahun.

Mereka yang dilaporkan merokok dan menghisap vape dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini adalah golongan paling terdedah risiko jangkitan.

Ia memandangkan tabiat itu merosakkan paru-paru sekaligus menjadikan mereka lebih terdedah dengan risiko jangkitan.

"Senang cerita, jika anda merokok dan menghisap rokok elektronik, anda lebih mudah terdedah Covid-19," kata pengarang kanan kertas kajian itu, Bonnie Halpern-Flesher.

Rujukan
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1054139X20303992
Screenshot_20200816_152106.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-8-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkini #COVID19Malaysia 16 Ogos
Kes sembuh= 28
Jumlah kes sembuh= 8,859
Kes positif= 25
(kes import=16, kes tempatan=9)
Jumlah positif= 9,200
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 125
Kes dirawat di ICU= 7
Bantuan Alat Pernafasan= 2
IMG_20200816_213349_586.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-8-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran "Tan Sri". - @dghisham
IMG_20200817_125341_933.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-8-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam ESSZone yang berakhir pada 6 petang esok dilanjutkan sehingga 2 Sept ini.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-8-2020 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 17-8-2020 07:29 PM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 17 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,876 kes (96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 17 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 12 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,212 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 211 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 12 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan bukan warganegara.

https://kpkesihatan.com/2020/08/17/kenyataan-akhbar-kpk-17-ogos-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/


PERINCIAN KES BAHARU (12)

KL - 2
2 kes import BWN tiba dari luar negara

SELANGOR - 1
1 kes WN saringan bergejala

KEDAH - 6
4 kes WN Kluster Tawar
2 kes WN Kluster Sala

P. PINANG - 3
3 kes WN Kluster Tawar
IMG_20200817_192824_328.jpg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list