Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
413
View
2
Reply

[Tempatan] 19 ditahan kes pergaduhan 2 kumpulan penarik kereta

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-8-2020 04:51 PM | Show all posts |Read mode





CARI












Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah (dua dari kanan) menunjukkan empat suspek yang dikehendaki bagi menyelesaikan kes bakar kenderaan dan tetak pada 28 dan 30 Julai lalu di sini, membabitkan dua kumpulan penarik kereta iaitu kumpulan Fuad dan Khairul. NSTP/SITI ROHANA IDRIS








19 ditahan kes pergaduhan 2 kumpulan penarik kereta

Oleh Siti Rohana Idris
bhnews@bh.com.my






KOTA BHARU: Seramai 19 individu termasuk tiga wanita ditahan bagi membantu siasatan pergaduhan dua kumpulan penarik kereta yang terbabit dalam kejadian membakar kenderaan dan kes tetak.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata penahanan mereka yang berusia 20 hingga 37 tahun itu dibuat pada 30 Julai dan 5 Ogos membabitkan lapan suspek manakala 13 yang lain ditahan jam 7 pagi tadi di Pendang, Kedah.

Abdullah berkata, permusuhan dua kumpulan penarik kereta yang dikenali sebagai kumpulan Fuad dan kumpulan Khairul itu bermula pada 28 Julai lalu apabila berlaku satu serangan di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Putih, di sini kira-kira jam 4 pagi.

"Seramai 15 lelaki dipercayai dari kumpulan Fuad datang ke lokasi dengan menutup muka dan bersenjatakan 11 bilah pedang serta dua objek menyerupai pistol bertindak memecahkan cermin dua kereta dan membakar sebuah kereta lain sebelum melarikan tiga motosikal.

"Terdapat empat lelaki dan dua wanita dipercayai ahli kumpulan Khairul dalam rumah berkenaan semasa kejadian. Bagaimanapun tiada tembakan dilepaskan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Abdullah berkata, susulan serangan itu, pergaduhan tercetus pada pagi 30 Julai di Kampung Padang Enggang, Jalan Pasir Hor yang mana seorang lelaki ditemui dalam keadaan cedera parah akibat ditetak 40 kali sementara tiga jari kirinya putus.

Katanya, mangsa yang berusia 32 tahun itu adalah adik kepada ketua kumpulan Fuad. Dia ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan stor barangan besi buruk dan kini dirawat di sebuah hospital di Kota Bharu.

Abdullah berkata, dua kejadian itu dipercayai bermula apabila kenderaan milik teman wanita Fuad ditarik oleh anggota kumpulan Khairul namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif kejadian namun tidak menolak ia bermotifkan balas dendam.

Beliau berkata, susulan itu polis sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan iaitu Nik Kamal Riduan Ismail, 36 atau dipanggil sebagai 'abe gagap', Mohd Norfino Omar, 37, Mohd Fuad Mohd Yusof, 33 dan Muhamad Fahmi Norzere, 24.

Empat lelaki yang diburu adalah Nik Kamal Riduan Ismail, 36 atau dipanggil sebagai 'abe gagap', Mohd Norfino Omar, 37, Mohd Fuad Mohd Yusof, 33 dan Muhamad Fahmi Norzere, 24.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan (KK), 427 KK, 379A KK, 326KK dan 148KK," katanya
















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 6-8-2020 04:57 PM | Show all posts
Mungkinkah ada ahlul kumpulan yang sempat naik bas express turun kat Selayang untuk memulakan hidop baru sebagai warga kota? Prrrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 05:05 PM | Show all posts
yg pompuan tu pun taknak kalah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list