Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
1736
View
42
Reply

[Tempatan] Di Melaka. Kecuaian pemilik anjing, Liew Sea Hai. Pintu pagar terbuka, anjing serang jiran

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-8-2020 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik anjing didenda RM2,000 kerana cuai


Tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan cuai menjaga anjingnya diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majestret di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka. -UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

    Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
    6 Ogos 2020, 1:27 pm

MELAKA: Seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana cuai hingga menyebabkan anjing peliharaannya menyerang dan mencederakan seorang wanita, Julai lalu.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap Liew Sea Hai, 43, yang bekerja sebagai nelayan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan cuai menyebabkan haiwan peliharaannya mencederakan Purba Evita Kristina, 23, di hadapan rumah Nombor 5, Jalan Marikh 8, Taman Tanjung Minyak Perdana.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9. 30 malam 27 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam Surendran Chelvarajah memohon mahkamah mengurangkan hukuman kerana turut menyesali kejadian itu.

Anjing OKS (orang kena saman) juga telah dirantai tapi kecuaiannya pada hari itu adalah membiarkan pagar rumah itu terbuka.

Rantai besi yang mengikat anjing telah terputus menyebabkan ia lari keluar daripada rumah, katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman bagaimanapun memohon hukuman berat kerana kes telah tular dan perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Mohamad Izwan kemudian menetapkan denda maksimum RM2,000, yang jika gagal dibayar, akan dikenakan penjara tiga bulan.

Mahkamah turut mengarahkan anjing berkenaan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk tindakan susulan.

Pada 29 Julai lalu akhbar melaporkan seorang wanita cedera selepas diserang dan digigit seekor anjing ketika sedang berjalan di sebuah kawasan perumahan pada pukul 9.43 malam.

Seekor anjing dari sebuah rumah yang pagarnya terbuka menyerang mangsa dan wanita itu terpaksa bergelut lebih seminit sebelum diselamatkan oleh penduduk.

Semasa kejadian, mangsa terpaksa menggunakan tangannya untuk mempertahankan diri daripada terus diserang haiwan tersebut.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu turut mengesahkan pemiliknya akan dikenakan tindakan kerana cuai dan tidak memiliki lesen memelihara anjing. C UTUSAN

Dikemaskini pada 6 Ogos 2020 @ 1:31 pm

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 6-8-2020 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit sangat dendanya. Evita tu ada harapan cacat kekal kot.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 02:32 PM | Show all posts
sikitnya denda... laki tu rumah gah jugak tapi nelayan je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 02:37 PM | Show all posts
alah celah gigi dia je bayar 2k tu..tokey bot nelayan kut?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 02:51 PM | Show all posts
dua ribu je? choiiii..
tak berbaloi dengan kesakitan dan kecacatan yang mangsa akan hadapi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya denda 100k.. Teruk kot Minah tu kena serang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Minah tu boleh buat saman civil kot...
Correct me if i'm wrong
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 03:19 PM | Show all posts
qistiena replied at 6-8-2020 03:16 PM
Minah tu boleh buat saman civil kot...
Correct me if i'm wrong

boleh je rasanya... kan personal injury...
tapi katanya tuan anjing tu nelayan je takut tak mampu nak bayar jah tapi rumah boleh tahan khennn
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 03:19 PM | Show all posts
patutnya denda rm10k dan penjara setahun
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Murah denda macam kesalahan memandu je
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
penjara tu taklaa. tapi cover la kos2 selepas injury.... macam socso bayar kat ahli dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 03:36 PM | Show all posts
Hukuman yang dikenakan macam tak setimpal dengan kecederaan yang dialami mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 03:38 PM | Show all posts
tak berbaloiiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Choi sikit denda celah gigi je boleh bayar
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 04:44 PM | Show all posts
persatuan haiwan Malaysia ada nak buat bantahan atas hukuman yg tak setimpal - denda maksima 2k je..
anjing yg takde akal fikiran tu tak tau apa nasib
harapnya tak 'dilupuskan' atau put to sleep
tuan dia senang lenang byr je lepas.. puik la

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pittie akan di tidur kan kah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 04:46 PM | Show all posts
Sebab itulah ramai yang tidak takut buat salah!


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 04:53 PM | Show all posts
Trauma jangkamasa panjang bagi the victim (yg kena serangan anjing).

Patut anjing tu to be put to sleep seperti cadangan She-Ra.

Dan denda RM2k terlalu lenient.

Patut Liew Sea Hai ni kena bayar kos2 rawatan bagi perempuan tu.

Ngeri dengar pasal kena serangan anjing - auntie pernah kena masa zaman kanak2.

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pakupayung21 replied at 6-8-2020 02:37 PM
alah celah gigi dia je bayar 2k tu..tokey bot nelayan kut?

Apa.......... jadi nelayan mesti rumah buruk atap bocor ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 05:34 PM | Show all posts
kene pakai jurubahasa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list