Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
513
View
2
Reply

[Tempatan] Wanita PH selar timbalan menteri siar gambar anak mangsa bunuh

[Copy link]

Author: kp5x       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-8-2020 02:03 AM | Show all posts |Read mode
Wanita PH selar timbalan menteri siar gambar anak mangsa bunuh

By Wartawan MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat didakwa tidak bertanggungjawab apabila berkongsi gambar ketika menziarahi seorang remaja perempuan, anak kepada mangsa pembunuhan baru-baru ini.

Gambar kanak-kanak itu telah tular di media sosial dan turut dijadikan bahan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.

Tragedi dan keadaan traumatik kanak-kanak itu sepatutnya tidak disebarkan untuk tontonan umum, apatah lagi dijadikan ruang oportunis meraih sokongan politik, kata Wanita Pakatan Harapan yang kecewa dan dukacita dengan perkembangan itu.

Ketua Wanita PKR, Parti Amanah Negara dan DAP dalam kenyataan bersama menyifatkan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff telah cuai dalam melindungi hak kanak-kanak.

“Sebagai kementerian utama yang menjadi pemegang taruh terpenting isu kanak-kanak di Malaysia, beliau seharusnya lebih peka dan sensitif terhadap hak kanak-kanak tersebut dan menjadi teladan baik kepada orang awam dan pihak media,” kata Fuziah Salleh, Aiman Athirah dan Chong Eng dalam kenyataan bersama.

Malah mereka menegaskan tindakan tidak bertanggungjawab Siti Zailah itu adalah salah di bawah Akta Kanak-Kanak.

“Wanita Harapan menggesa semua pihak termasuk pimpinan Kerajaan Perikatan Nasional dan Utusan Malaysia memahami dan menghormati perundangan sedia ada yang melindungi kanak-kanak di Malaysia,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 6-8-2020 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunjuk care tak bertempat
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakaian pramugari dah dibuat peraturan tutop aurat belom?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list