Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
8316
View
187
Reply

[Politik] Saksikan video - PN jamu selera RM10,000 sehari? Menu: udang galah yang melebihi RM2,700, dan ketam RM1,900!

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-8-2020 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 5-8-2020 02:20 PM

Ahli Parlimen PN jamu selera RM10,000 sehari, dakwa MP Batu
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON August 5, 2020 6:47 pm


Ahli Parlimen Perikatan Nasional didakwa menyalahguna peruntukan kerajaan dengan menggunakan dana dari kementerian dan Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk mengadakan jamuan sesama mereka.

Ia selepas tersebarnya satu gambar sesi jamuan blok kerajaan yang dilihat turut dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran berkata, jadual yang diperolehinya dari bilik Ketua Whip itu, memaparkan senarai lengkap kementerian yang akan menaja makanan bagi tarikh-tarikh sepanjang sidang Dewan Rakyat berjalan bermula 13 Julai lalu sehingga 27 Ogos ini.

Beliau mendesak agar kerajaan segera menjelaskan sama ada senarai tersebut adalah benar dan dari mana mereka peroleh wang bagi mengadakan jamuan yang dipercayai menelan belanja kira-kira RM10,000 sehari.

Saya mohon penjelasan. Peruntukan yang digunakan Kementerian dan GLC sebenarnya duit siapa. Satu hari sekitar RM10,000. Jika 27 hari, RM270,000.

Rakyat makan ubi kentang, mereka pula makan udang galah. Kita dapat khabar, Menteri siap bungkus makanan untuk bawa balik rumah.

Saya ingin bertanya kepada ketua Whip, apa kepentingan jamuan makanan setiap hari dengan menggunakan peruntukan GLC dan kerajaan?, soalnya ketika sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Prabakaran berkata, antara syarikat dan Kementerian yang akan mengeluarkan duit untuk sesi jamuan setiap hari itu termasuklah dari Tenaga Nasional Berhad (TNB); UDA Holdings Berhad (UDA); Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); Menteri Perpaduan, Menteri Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); Kementerian Pertahanan; dan Kementerian Kewangan.

Prabakaran turut membacakan resit harga makanan yang menjadi hidangan ahli-ahli Parlimen kerajaan membabitkan harga makanan seperti udang galah yang melebihi RM2,700, dan ketam RM1,900.

Kita ada kafe di Parlimen. Kenapa nak ada special treatment. Rakyat pula dipinggirkan. Adakah ini cara mereka membela rakyat.

Saya minta peneroka Felda datang 25 Ogos ini, datang makan sama-sama dengan MP kerajaan yang guna peruntukan anda untuk makan udang galah, katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 5-8-2020 08:50 PM | Show all posts
'Rakyat ikat perut, ahli Parlimen kerajaan boleh makan udang galah...'
MOHD HAFIZ ISMAIL | | 5 Ogos 2020



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang hari ini membangkitkan persoalan berhubung hidangan istimewa di bilik Ketua Whip Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran mendakwa, hidangan bermula 13 Julai hingga 27 Ogos ini menelan belanja sehingga RM10,000 yang ditaja oleh kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut Prabakaran, peruntukan tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang berdepan dengan kesan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Dalam jadual tersebut, antara kementerian dan GLC yang menaja jamuan itu ialah Kementerian Kewangan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Amanah Raya (Mara), Tekun, Prasarana, Felda dan MPOB (Malaysia Palm Oil Board).

"Saya ingin tanya, peruntukan yang digunakan oleh kementerian dan GLC ini duit siapa? Ini wang rakyat bagi tujuan memajukan negara," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.


Senarai kementerian dan GLC dan harga menu yang dikemukakan Prabakaran pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Prabakaran turut mempersoalkan keperluan disediakan hidangan tersebut kerana kafetaria telah disediakan di Parlimen untuk ahli Parlimen makan dan minum.

"Saya juga difahamkan ada ahli Parlimen yang membungkus dan membawa pulang ke rumah masing-masing. Dalam keadaan rakyat mengikat perut sehingga ada yang makan ubi kentang, ahli Parlimen kerajaan boleh makan udang galah, ketam, ayam kampung dan pelbagai masakan yang enak," bidasnya.

Prabakaran pada sidang media sama turut mengajak peneroka Felda untuk hadir ke Parlimen pada 25 Ogos ini untuk makan bersama ahli Parlimen kerajaan kerana jamuan tersebut ditaja oleh Felda.

"Mereka menggunakan wang peneroka untuk mengadakan jamuan makan di Parlimen," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan main melahap sekor2 ni.. kalau duit sendiri tak pe la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:07 PM | Show all posts
I syak yang bungkos bawak balik tu lobai PAS.......Prrrrrrrrrrrrpffffftght

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
rezeki pembekal udang galah & ketam

covid2 ni semua org susah dpt customer
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan pon jadi isu.. Lenkali bagi jela menu ape MP boleh makan dgn xboleh makan


Part semua menteri kabinet potong gaji 2bln hari tu xmo bising plak? Pfffttt...

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 5-8-2020 09:24 PM
Makan pon jadi isu.. Lenkali bagi jela menu ape MP boleh makan dgn xboleh makan



Kalau duit sendiri .. mkn udang galah sampai mampos pon org tak kisah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pembangkang tu pn samaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:28 PM | Show all posts
celaka lah menteri2 ni dok makan duit rakyat!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok kene gout setiap sorang tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 5-8-2020 09:25 PM
Kalau duit sendiri .. mkn udang galah sampai mampos pon org tak kisah

Masa pilihan raya kecil Cameron selamba je PH pakai kereta jabatan bg bantuan pilihan raya.

#30ringgek
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
pasa replied at 5-8-2020 09:35 PM
Masa pilihan raya kecil Cameron selamba je PH pakai kereta jabatan bg bantuan pilihan raya.

#30 ...

Sbb tu jgn sekali2 normalkan benda2 gini
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya makan dlm talam kat masjid mcm guan eng tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:43 PM | Show all posts
atira replied at 5-8-2020 09:34 PM
Elok kene gout setiap sorang tu

Tak mungkin........

Sebelum makan tontu Din Pagoh dah baca doa: "Ya Allah ya Tuhan kami angkau jauhi lah kami dari kena gout akibat makan undang galah ini ya Allah. Sesunggohnya tiada penyakit yang angkau tidak boleh hindarkan dari kami yang prihatin rakyat ini!" Prrrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght

Wallahualam.


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:46 PM | Show all posts
zamzam replied at 5-8-2020 09:40 PM
Sepatutnya makan dlm talam kat masjid mcm guan eng tu.

kalo mkn cmtu menceceh air liur lobai2 kena dkt kwn sebelah...hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:48 PM | Show all posts
Ini cuma sekelumit dari lavish lifestyles orang yang kita percaya konon membela nasib rakyat. Bullshit lah.

Terima kasih lah budak Prabakaran ni tolong buat kecoh. Mungkin dia dengki sebab orang tak ajak dia but I don't care.

Sekarang korang nampak kan kenapa dorang ni seboleh2 nak rebut kuasa, lompat, gengam kuat2. Makan pun GLC tanggung.

Siapa yang masih nak konar2 defend tu memang bongok murakkab pergi sekolah hidu gam.


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 5-8-2020 09:07 PM
I syak yang bungkos bawak balik tu lobai PAS.......Prrrrrrrrrrrrpffffftght

Wallahualam.

sama2 rasa laa maideen...masa mkn tringat anak bini kt umah...kan bgus tuhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 5-8-2020 09:46 PM
kalo mkn cmtu menceceh air liur lobai2 kena dkt kwn sebelah...hahaha

Kau mkn sebelah lobai ker boleh tau air liur meleleh? Ker engkau yg meleleh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:14 PM | Show all posts
yang ni aku setuju, apa kejadah MP makan sedap2, takala rakyat menahan perut kerja takder, puki.mak dia lah, sial
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 10:17 PM | Show all posts
cik_chili replied at 5-8-2020 09:53 PM
sama2 rasa laa maideen...masa mkn tringat anak bini kt umah...kan bgus tuhhh...

Kalau malam tu giliran bini muda untok dilawati, lobai akn suroh bungkoskan lah.....

Kalau malam tu giliran bini tua, biarlah lah situa kutok tu mati kering......

Wallahualam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list