Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
2257
View
38
Reply

[Tempatan] Kajian. Gaji tahunan RM70,476 (bulanan RM5,873) sesuai beli rumah RM289K dan ke bawah

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 31-7-2020 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Kelulusan pembiayaan susut 75%
    Oleh Zunaidah Zainon
    31 Julai 2020, 9:00 am


KUALA LUMPUR: Di sebalik pemberian moratorium yang dilaksanakan kerajaan April lalu bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat Covid-19, data Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan permohonan pembiayaan semakin meningkat pada Jun berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Pada April tahun ini, permohonan pinjaman perumahan hanya berjumlah RM6.67 bilion, menyusut 72.1 peratus bagi tempoh sama tahun sebelumnya, RM23.88 bilion susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, dari ke­­­­se­lu­ru­han jumlah pembiayaan itu pada April, bank hanya meluluskan RM2.5 bilion sahaja pinjaman perumahan, susut 75.68 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelum­nya, RM10.26 bilion.

Dalam bulan itu juga, negara merekodkan peningkatan kadar pengangguran sehingga lima peratus, tertinggi sejak 30 tahun lalu.

Namun, data terbaharu yang dikeluarkan BNM untuk semalam menunjukkan permohonan bagi pembiayaan rumah meningkat hampir 20 peratus kepada RM25.43 bilion pada Jun berbanding RM21.19 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Kelulusan bagi pembiayaan rumah untuk Jun tahun ini, bagaimanapun susut 35.12 pe­ratus kepada RM6.25 bilion berbanding RM9.64 bilion ­untuk tempoh sama tahun sebelum­nya.

Ini mencerminkan harga rumah di Malaysia yang ditawarkan tidak mampu milik iaitu tidak sejajar dengan pendapatan isi rumah yang mana kiraan gandaan median kemampuan memiliki rumah pada 2019 adalah 4.1 iaitu ka­tegori sangat tidak mampu milik.

Malah, nisbah pembinaan rumah mewah kepada bilangan isi rumah berpendapatan tinggi jelas menunjukkan pembinaan lebih banyak rumah premium berbanding rumah mampu ­milik.

Menurut Pengarah Penyelidikan Ins­titut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr. Suraya ­Ismail awal minggu ini, harga ­rumah me­dian pa­da 2019 adalah RM289,646 manakala pendapatan tahunan isi rumah adalah RM70,476.

Bagaimanapun situasi berbeza bagi permohonan pembia­yaan pembelian kenderaan ­penumpang yang meningkat 66.08 peratus kepada RM7.63 bilion pada Jun berbanding RM4.6 bili­on pada tempoh sama tahun sebelumnya. Kelulusan pembelian turut mening­kat 29.46 peratus kepada RM3.83 bili­on berbanding RM2.96 ­bilion untuk tempoh ber­kenaan.

Untuk permohonan kad kredit pula ia mencatat penurunan sebanyak 18.8 peratus tahun ke tahun dari RM2.87 bilion pada Jun tahun lalu kepada RM2.33 bilion bagi tempoh sama. Kelulusan bagi permohonan ini menurun 51.31 peratus kepada RM648.3 juta berban­ding RM1.33 bilion.

Tahun 2020 menyaksikan tahun yang amat mencabar kepada persekitaran ekonomi disebabkan penularan Covid-19 yang mula dikesan di Wuhan, China hujung tahun lalu yang mengorbankan lebih 600,000 nyawa di seluruh dunia setakat ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin mengambil keputusan melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar yang akan memberi manfaat kepada hampir tiga juta individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dalam Sorotan dan Perangkaan Jun 2020 yang dikeluarkan BNM semalam menunjukkan jumlah pertumbuhan pinjaman terkumpul meningkat sebanyak 4.1 peratus pada Jun berbanding 3.9 peratus pada Mei disokong oleh pinjaman isi rumah ­terkumpul yang lebih tinggi.

Pertumbuhan bon korporat terkumpul juga meningkat kepada 2.5 peratus (Mei, 1.9 peratus), manakala pertumbuhan pin­jaman isi rumah yang lebih tinggi pada Jun, 3.5 peratus (Mei, 3.2 peratus) disumbangkan terutama oleh pinjaman perumahan dan sekuriti dalam keadaan pengeluaran yang le­bih tinggi.

Untuk pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul pula menjadi sederhana kepada 4.2 peratus berbanding Mei, 4.5 peratus berikutan pembayaran balik berkembang pada kadar yang lebih pantas berbanding dengan pengeluaran.

Menurut BNM, pengeluaran telah kembali ke paras wajar daripada paras yang rendah pada April and Mei, dengan pengeluaran yang tinggi untuk keperluan modal kerja.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, laporan terkini BNM menunjukkan beberapa tanda pemulihan ekonomi yang berlaku pada Jun dan pastinya memberi khabar gembira kepada isi rumah dan perniagaan.

Kesemua ini melambangkan keyakinan isi rumah dan perniagaan yang semakin pulih dan kerancakan ekonomi yang mula menuju ke tahap sebelum pandemik Covid-19 bermula,katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Dalam laporan itu juga, BNM berkata, risiko deflasi kekal terkawal manakala inflasi asas seperti yang diukur oleh inflasi teras, meningkat sedikit kepada 1.2 peratus berbanding Mei, 1.1 peratus.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 31-7-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
rega rumah bila nak turunn... aku mmg target yg murah2 je pun..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 10:57 AM | Show all posts
Itulah hakikatnya tak pernah dengar harga rumah akan turun melainkan ianya terletak ceruk ulu kurang kemudahan asas dan perhubungan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 31-7-2020 10:57 AM
Itulah hakikatnya tak pernah dengar harga rumah akan turun melainkan ianya terletak ceruk ulu kurang ...

Tak turun, just murah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols sebab nak duduk landed beli la juga memikirkan long term utk settle down
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nk bli rmh kos rendah pn sampai 9bln bank statement bank mintak....rezeki la ot lebat mase tu,berpuluh2 jam OT.....kalau x,rasenye x lepas kot loan.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 31-7-2020 10:54 AM
rega rumah bila nak turunn... aku mmg target yg murah2 je pun..

Ai...... basically harga rumah kan dan turun  Tengok harga sub-sale...... Mudah, contohnya. Kalau double storey...... dah down antara 50-100k berbanding 2019. Lelong Ng Chan Mau pun ada yg dah turun sehingga 40-50%. Dont worry tak banyak bidders pun. Tunggu bila moratorium tamat.........yang dah takde kerja atau kurang pendapatan termasuk yg beli mahal2 dulu terpaksa let go......supply more than demand......tak termasuk surplus rumah yg banyak.  Tapi kalau rumah below RM150k tu sedikit payah sikit la
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga rumah bukan macam harga ikan...... bolih turun mendadak. It takes time...... and you have to be patience enough. Buyers kena knowledgeable and always in the know....... buat research and strike bila harga ngam dengan target price you.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 01:04 PM | Show all posts
hurm...baru nak apply loan utk rumah yg x siap...

hurm...tp bila pikir2 balik...nak beli rumah yg dh siap terus...tp mahal...hurm last2 xtau la nak beli ke idak...ahahahhahah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah yg kita nak tu 300k'++ cemana???
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Turun pon tara guna. Last2 kapitalis yg beli. Xpercaya tgk fb ieja shariza kalau xsilap i. Dia bagus la selalu share psal hrtanah. Lepas tu dia ada puji sorang kapitalis ni ada 40 ke 400 rumah sewa. Rumah2 lelong & under value. Semua dia sebat. Sewakan untung dlm rm200 per house. Cecah juta la income sebulan. Lepas pulak loan ye?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tu sbb kna share loan rumah dgn spouses.. dpt ler rumah elok skit. ramai je buat gitu
rumah pertamaku share loan dgn adik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:45 PM | Show all posts
siapa kata org msia xkaya.. pink dah riki2 rumah, skali ejen ckp dah habis org book..
last2 amek rumah lain..
tp loan bsn plak tak lepas.. adoiii, mintk mcm2.. propa je bsn.  rhb bg 90%.. bank lain senyap je.. nasib ni ada 1 loan lepas. rezeki raya haji.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:53 PM | Show all posts
Edited by pasa at 4-8-2020 01:31 PM

sapa keje gomen tu elok le beli rumah skg. harga mmg tgh rendah, valuation pun dah rendah sikit. tapi sapa keje gomen ikut kelayakan gaji.

jgn asek top up personal loan je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
pasa replied at 3-8-2020 03:53 PM
sapa keje gomen tu elok le beli rumah skg. harga mmg tgh rendah, valuation pun dah rendah sikit. tap ...

Aku tgk org keje krjn bukan nak membeli rumah sgt.. Sibuk nak berholiday sana sini.. Makan sana sini.. Enjoy sana sini.. Alih2 tengah bulan kita gak jd mangsa deme nk pinjam duit.. Kita ni dah la gji dah kn potong.. Lg dia org x malu nak pinjam duit
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 31-7-2020 10:57 AM
Itulah hakikatnya tak pernah dengar harga rumah akan turun melainkan ianya terletak ceruk ulu kurang ...

Ye btl.. Mcm anak laki aku bl kat rawang tu.. Area2 Hill Park tu.. Mmg la rumah situ lawa2.. Tp ya ampun jauh nye.. Skrg ni anak dia tu duk gan adik beradik lain kat shah alam sbb dekat skt nak p keje dlm 20minit naik motor.. Kalo dr rumah dia 40-50minit... Jenuh weii.. Tp design rumah lawa la.. Ade sorg kwn kat fb duk situ duk canang dia kalangan bangsawan duk rumah beso lawa gitu.. Bapak jauh nak mampos..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sitisitu25 at 4-8-2020 10:02 AM
pinkpunk replied at 3-8-2020 03:45 PM
siapa kata org msia xkaya.. pink dah riki2 rumah, skali ejen ckp dah habis org book..
last2 amek ru ...


skrg once 1 loan da lepas dgn 1 bank..bank lain mmg withdraw..derang da x offer byk2 pilihan kat kita mcm dulu..so 1 lepas tu yg tu jea..derang linked with each other skrg..zmn gawat ni je kot..strict cket..x strict mana la..cuma xleh pilih2 bank je..kalau credit u mmg cantik xde mslh lepas je xkira apa bank..

i rs byk org mmg tggu saat ni nk beli umah..derang da lama bercatu sb duk tggu property overhang kan since 2018 lg..yg mana x beli umah mmg dpt membeli la thn ni..mcm i dgn husband pon kitaorg tggu dr 2018..in between tu mmg settled kan ccris bg cantik dulu..kitaorg target kalau x hjg thn ni or thn dpn..sekali awal thn ni da boleh beli sb depo da ckup..ccris pon da ok sb ada memotarium n interest rendah apa semua ni..dpt la beli umah idaman..sb tu bila tgk org membeli2 thn ni..sbnrnya deme da lama menyimpan tau..ura2 recession ni dr 2018 da dgr dan baca bertebaran lama dah..so ramai yg bersiap sedia dr thn tu agaknya..mcm kitaorg ni la kot..bersiap sedia i mean setelkan htg2 jahat tggl htg umah n kete je..build up saving dlm bank etc..kitaorg pon if not merangkak nk saving..nsb ada memot ni dpt near 40k kat situ utk depo umah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
pasa replied at 3-8-2020 03:53 PM
sapa keje gomen tu elok le beli rumah skg. harga mmg tgh rendah, valuation pun dah rendah sikit. tap ...

Ang agen Rehda ka sebok promot umah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 12:58 PM | Show all posts
tunjuk sikit
belah mana rumah 289k ke bawah tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 01:22 PM | Show all posts
sitisitu25 replied at 4-8-2020 09:56 AM
skrg once 1 loan da lepas dgn 1 bank..bank lain mmg withdraw..derang da x offer byk2 pilihan kat ...

selalu rumah subsale yg kena depo banyak kan? tau tak kalau nak apply 3rd housing loan for rumah undercon ada max % tak bank boleh finance... ?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list