Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
471
View
5
Reply

[Tempatan] Lebih 200,000 warga asing tidak mempunyai rekod keluar Malaysia setakat 15 April 2020

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-7-2020 07:17 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 200,000 warga asing tiada rekod keluar Malaysia
https://www.malaysiakini.com/news/534351

Diterbitkan Hari ini 5:39 pm
Dikemaskini Hari ini 5:51 pm




AUDIT l Seramai 214,398 warga asing didapati tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia setakat 15 April lepas, demikian Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Ini berikutan, Sistem MyIMMs (Sistem Imigresen Malaysia) tidak dapat mengesahkan pergerakan mereka kerana berlaku masalah system down sebanyak 4,489 kali bagi tempoh 2016 hingga 2018.

Pada pendapat Audit, sistem MyIMMs yang kerap downtime (masa rosak) dan berlakunya isu teknikal pengoperasian sistem boleh menjejaskan integriti data bagi rekod pergerakan keluar/masuk di pintu sempadan negara, menurut laporan itu.

Laporan itu berkata terdapat 29 patch on sistem lain yang berurusan dengan sistem MyIMMs menyebabkan sistem menjadi tidak stabil.




Berikutan ketidakstabilan itu, terdapat data yang telah dimasukkan oleh pegawai seperti pengesahan keluar/masuk di pintu masuk tidak dapat direkodkan oleh sistem atau tidak dapat diintegrasikan dengan sistem MyIMMs.

Antara faktor warga asing yang masuk ke Malaysia tetapi tiada rekod keluar adalah kerana sistem mengalami masalah integrasi yang menyebabkan berlakunya isu teknikal pengoperasian sistem, kata laporan itu.

Laporan itu juga mendapati daripada jumlah 214,398 warga asing berkenaan, seramai 5,750 orang telah disahkan keluar dan 8,404 orang memiliki pas jangka panjang seperti Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Pelajar dan Pas Residen.

Selain itu, seramai 1,765 orang telah diambil tindakan oleh unit penguatkuasaan manakala bagi baki selebihnya seramai 198,479 warga asing tiada rekod keluar.

Selain itu, sistem berkenaan juga tidak dapat melaksanakan proses padanan data bagi setiap pelawat sekiranya pelawat tersebut tidak melakukan pergerakan keluar/masuk berulang kali setiap hari (pelawat sempadan), menurut laporan berkenaan.




Menurut laporan itu, Jabatan Imigresen telah melaksanakan langkah penambahbaikan bermula bulan Mac tahun ini bahawa proses padanan data dilaksanakan pada bila-bila masa.

Semakan Audit selanjutnya, mendapati daripada 214,398 rekod warga asing berkenaan, pihak Audit telah memilih 300 warga asing sebagai sampel.

Berdasarkan sampel itu, selain daripada tiada rekod keluar, pihak Audit turut mendapati warga asing berkenaan telah tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan iaitu dari 121 hingga 1,087 hari.

- Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 14-7-2020 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan baru skrg tau...xde mekanisme ke nk cek pelancong kuar masuk.  Esp student2 warga asing yg dh tamat dan pelancong yg dh habis tempoh visa etc..patut berlambak pendtg haram pelbagai negara kt malaysia. Apa kementerian dan jabatan terbabit buat ?? Buatlah sesuatu yg pro active utk kurangkan pembaziran tax payers money. Ni buat operasi angkap pastu hantar balik semua tu kos kan tinggi..so??? Pembersihan PATI ni dibuat bila rakyat bising je ke..??? Haiyooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 09:06 PM | Show all posts
wow system asyik down saja
tak dak concept hot server kah?
masalah integrasi tak ambil kira dlm possibility of risk masa development system kah?
mitigation plan x dak kah?
macam mana hand over project ni?
kedengaran byk sgt masalah

hmmm...project immi ni biasa makan billion kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 10:01 PM | Show all posts
Edited by batu kikir at 14-7-2020 10:05 PM

Yang tak keluar 200,000 orang, yang masuk secara haram entah berapa juta, yang dapat kad pengenalan Malaysia pun entah berapa juta. Alasan je la sistem down, tak hire IT specialist ke atau saja2 je down kan system sebab bolih "blame" the system (sebab system tak mampu jawab balik)

Tak kisahlah................aku pegawai imigeresen..............sok2 bersara dapat jugak duit pencen 60% daripada last sekali punya gaji sampai mati, bonus dapat juga, gratuiti lagi, kesihatan percuma, loan kadar faedah istimewa, travelling free untuk pesara............segala bentuk elaun Prihatin Kerajaan bagi semua aku dapat. Kopeks asyik menuntut dari Kerajaan tak henti2 kononnya pegawai Kerajaanlah yg  paling susah sekali kehidupannya dalam Malaysia.

P/S Nak tanya. Keluarkan kad pengenalan Malaysia original kepada PRC yg dibuat orang kuat imigresen Penang.........satu ekor PATI, berapa ribu dapat ya. Kalau tak pecah tembelang...........mahu jota2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluarkan ic yg tbaru n lagi canggih je....pastu bg syrt nyanyi lagu negaraku,tanya rukun negara,sapa PM (x kire ko ade undi ke x PM tu,ko pilih ke x pm tu),pastu suruh bace karangan aku sebuah basikal....tgk lancar ke idak bacaannye.....kalau semuanye pass,baru bagi ic.....

Kpd staf2 kerajaan yg trlibat x buat kerja,brsedialah amalan mu ditimbang kelak....gittew kan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 05:20 PM | Show all posts
Itu sebab Ngah percaya bila ada statement '10 juta PATI di Malaysia'.

Yang masuk legal tapi tak pernah keluar, yang masuk illegal bersepah-sepah.  

Apa tindakan kerajaan??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list