Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
1816
View
50
Reply

[Tempatan] Cikgu perempuan, 51 tahun hangus RM333,000 lepas dapat call 'Inspektor Mazlan'

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-7-2020 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Guru wanita rugi RM333,000 ditipu 'Inspektor Mazlan'
Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani | Diterbitkan pada Julai 08, 2020 16:33 +08

ALOR SETAR: Seorang guru wanita kerugian RM333,000 selepas terpedaya dengan penipuan panggilan daripada nombor tidak dikenali mendakwa kononnya dia terbabit dengan sindiket pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, guru di sebuah sekolah di Changlun berusia 51 tahun itu menerima panggilan berkenaan pada 26 Jun lalu.
Beliau berkata, wanita itu kemudian berhubung dengan individu yang mendakwa pegawai Pos Malaysia mengatakan kononnya dia telah menghantar satu bungkusan mengandungi kad pengenalan serta kad bank miliknya.

"Panggilan kemudian disambung kepada individu lain yang menggelarkan diri sebagai 'Inspektor Mazlan' kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban.
"Seterusnya mangsa disambungkan kepada seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Inspektor Chong' menawarkan diri untuk membantunya dalam kes terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, suspek meminta mangsa membuat bayaran bagi menyelesaikan kes berkenaan pada hari yang sama.

Disebabkan takut, mangsa kemudian membuat 37 transaksi menggunakan empat akaun bank secara berperingkat sebanyak RM333,000 antara 26 Jun hingga 3 Julai lalu.

Bagaimanapun, mangsa sekali lagi menerima panggilan pada 6 Julai lalu daripada seorang lelaki tidak dikenali memaklumkan dia disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan memintanya membayar RM100,000 untuk tujuan jaminan.

Elias berkata, mangsa mulai curiga dan menyedari ditipu, menyebabkan dia membuat laporan polis untuk memaklumkan kejadian itu.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-7-2020 05:19 PM | Show all posts
walaupun cikgu.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat office I selalu masuk call scammer ni. Bila kita jawab, dgr muzik tong teng tong teng... Ehhhh buang maso den yo... Terus letak phone.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergerak demi musuh negaraaaa
Sejak tinggalkan gerak khas .ko jadi scammer ya
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 05:55 PM | Show all posts
mesti sekutu dia nama inspektor aleeza
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:17 PM | Show all posts
aritu dapat call scammer ni
aku tny lah..brp gaji sebulan jadi scammer...
laju ltk tepon
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape call tu??inspektor mazlan dr bkt aman dlm gerak khas ke??
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:58 PM | Show all posts
Knowlee replied at 8-7-2020 05:35 PM
Kat office I selalu masuk call scammer ni. Bila kita jawab, dgr muzik tong teng tong teng... Ehhhh b ...

samalah ngan ofis i ... kdg2 lepas satu2 fon berbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:59 PM | Show all posts
kene ade kempen ke somthing supaya org lebih sedar tentang kewujudan scammer ni ... dahlah pandai je dia pilih org berduit
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyknya duit dia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
missus_meow replied at 8-7-2020 06:58 PM
samalah ngan ofis i ... kdg2 lepas satu2 fon berbunyi

Pastu ada nombor pelik pelik kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:53 PM | Show all posts
Knowlee replied at 8-7-2020 07:26 PM
Pastu ada nombor pelik pelik kan...

yup ... panggilan dari tmpt mana pon x tau
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 8-7-2020 05:35 PM
Kat office I selalu masuk call scammer ni. Bila kita jawab, dgr muzik tong teng tong teng... Ehhhh b ...

Kalau di layan lps muzik tu ada plak suara konon mcm operator bercakap dgn speed yg amat perlahan "ini.....adalah.....panggilan...." Niat nk melayan jadi terbantut sbb nk tunggu dia habis 1 line pun dh few minutes kena tunggu..last2 aku cakap "bodo" pastu letak phone
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:56 PM | Show all posts
adoi.. ada dua dah thread scame ari ni..  
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-7-2020 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kutuk kutuk cikgu pun
cikgu jugak yg byk saving
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 8-7-2020 07:55 PM
Kalau di layan lps muzik tu ada plak suara konon mcm operator bercakap dgn speed yg amat perlahan  ...

Hahaha... Gigih tunggu habis muzik. I dgr muzik tong teng tong teng tu pun dah bosan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
missus_meow replied at 8-7-2020 07:53 PM
yup ... panggilan dari tmpt mana pon x tau

Masalahnya, masa tu tempat kerja I tu tempat baru. Phone number pun baru wujud masa tu, tapi berdering dering scammer masuk. Mcm mana la diorg boleh tau phone number office kitorg. Ramai pulak tu dpt call.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:17 PM | Show all posts
Banyak savings pun ujung2 'sedoqah' kat scammer
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:25 PM | Show all posts
Beliau berkata, wanita itu kemudian berhubung dengan individu yang mendakwa pegawai Pos Malaysia mengatakan kononnya dia telah menghantar satu bungkusan mengandungi kad pengenalan serta kad bank miliknya.


kalau ada polis call aku cakap macam ni,
i will say,

FECK YOU!  
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tak reti ke pakai apps whoscall ke trucall ke
pakai hempon mahai ribu riban takkan reti bukak ig dengan pesbuk je..owh lagi satu tiktok

install la apps yang berguna sikit..lagi satu kalau dah angkat duk sembang dari court la dari balai la yang pulun layan tu kenapa..sunyi sangat ke hidup tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list