Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1070
View
17
Reply

[Tempatan] Tak buka, parents merungut tak tahan jaga anak. Dah buka pra-sekolah parents komplen SOP pelitup muka

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-7-2020 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Bapa terkejut kanak-kanak pakai pelindung muka, pelitup sekali gus
Nora Mahpar


PETALING JAYA: Baru sahaja 2 hari sesi persekolahan bagi murid pra sekolah bermula, timbul rungutan ibu bapa yang kurang senang dengan SOP pemakaian pelitup muka dalam kalangan anak mereka.

Ada antara mereka mendakwa, pemakaian pelitup muka memberi ketidakselesaan kepada anak sepanjang sesi pembelajaran dan menyukarkan anak kecil bernafas, lebih-lebih lagi mereka yang menghidap asma atau masalah pernafasan lain.

Kakitangan kerajaan, Khalil Dunnia, 37, berkata SOP berkenaan menyebabkan anaknya yang berusia 6 tahun kurang fokus dalam sesi pembelajaran dan dikuathiri memberi kesan kepada emosi dan perkembangan anak lelakinya itu.

Selepas ambil dari sekolah tengah hari semalam, dia kelihatan lesu dan tak bermaya. Lebih-lebih lagi anak saya menghidap sinus yang teruk dan bahagian hidung memang sangat sensitif, jadi dia memang susah bernafas bila guna pelitup muka, katanya.

Beliau berkata ada dalam kalangan kanak-kanak yang memakai pelitup muka dan pelindung muka sekali gus.

Macam keterlaluan sangat pakai kedua-duanya. Bagi saya dengan menjaga jarak sosial dan menitik beratkan isu kebersihan, ia sudah memadai, katanya kepada FMT hari ini.

Sementara itu, Hayati Farhan, 34, yang mempunyai 2 anak pra sekolah berusia 4 dan 6 tahun berpendapat pemakaian pelindung muka sudah memadai.

Berbanding pelitup muka, pemakaian pelindung muka membuatkan anak lebih selesa dan mudah untuk berkomunikasi sepanjang sesi pembelajaran.

Beliau menyarankan pengurusan tadika memilih kaedah yang selamat dan selesa untuk kanak-kanak supaya semua ibu bapa lebih jelas.

Dalam pada itu, seorang guru pra sekolah di sebuah tadika kerajaan di Shah Alam berkata, pelindung muka memberi perlindungan yang lebih menyeluruh, dan boleh diulang guna selepas sanitasi.

Katanya, pelindung muka disediakan atas inisiatif ibu bapa sendiri bagi memastikan keselamatan anak lebih terjamin.

Pada peringkat awal ini, diakui ada ibu bapa yang masih takut nak hantar anak mereka tetapi selepas pihak sekolah memberi pendedahan mengenai proses sanitasi dan langkah pematuhan, saya yakin kehadiran murid-murid akan bertambah baik, katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-7-2020 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg susah nak puaskan ati ibubapa....

Anak lambat keluar pagar sekolah pun bising...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Parents zaman sekarang generasi yang over. Menyampah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:02 AM | Show all posts
aku setuju bab ni..sedangkan aku sendiri nak pakai mask kt opis ni x selesa oiittt...rimas rs mcm payah nak bernafas..mmg aku bukak je laa time kt tempat sendiri time aku nak kene kesana kemari dalam opis ni br aku pakai..inikan pulak budak2 umur 4,5,6 tahun tu lg2 yg pg tadika then sambung daycare..xkan dr pg sampai ke ptg nak pakai mask???budak2 kot..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahla parent.
Nak wat cane kan. Sop kenala ikut
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:07 AM | Show all posts
Utk sesiapa yg confuse, pelindung muka = face shield, pelitup muka = face mask. So makpak nak anak2 diorang bare face shj ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:11 AM | Show all posts
overlah mak pak skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:47 AM | Show all posts
Kepada ibu bapa yang sentiasa tidak puas hati tu, buka je la pra sekolah sendiri dengan meletakkan undang-undang ikut rasa kepuasan hati tu, time tidak buka sibuk minta buka and apabila sudah buka nak komplen pula
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:00 AM | Show all posts
nak puaskan hati semua org mmg susah la ..

belajar bersyukur plsss
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak iols asthma
Jadi iols ada bekalkan face mask juga ..dia pakai
Jadi cikgu mmg aware bebudak yang ada asthma dia tengokkan kot ada yang payah nak bernapas.ke apa..
So far.ok je..
Sebab bebudak kan..biasanya.langkah keluar.tu depa ada yang bukak mask la ..mcm.mcm
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:07 AM | Show all posts
budak2 ni kalau dilatih takde masalah rasanya..
mak bapak je suka buat kecoh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm2..cikgu dok umah,parents komplen cikgu makan gaji buta..dah buka sekolah,parents komplen itu ini pulak..dah tau anak x sihat, ko cutikan je lah dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 05:08 PM | Show all posts
ha itu la dia, kompleeeennnnn je la keje nye.... ikut suka la, anak masing2
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Generation of whiners...

Setiap sudut nak merungut dan meminta..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai salah satu je... Pelitup muka aka face mask or pelindung muka ... Hantar anak ke tadika cerdik, tadika bagi pelindung muka sorang satu.. Pakai la tu, selesa. Mask memang tak selesa pakai lama tak kira la org tua ke, muda ke or budak...

So abang yg komplen ni hantar anak ke tadika apa? Sampai dua2 kena pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 05:40 PM | Show all posts
Dah itu sop kenalah ikut kalau bimbang sangat tak selesa tak payah ler hantar tadika dulu dah kata ada gejala selsema.  Sebab tu kadang kena biasakan memakainya dulu sebelum tarikh wajib ke tadika semula.  Bila dah biasa memakainya pasti tak ada masaalah walau yang ada asma.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku lantak kan ajor yg tak nak pakai nanti kalu kena penyakit jgn plop bising salahkan sana sini. Sop tak nak ikut tp kalu terjadi salah sanan sini. Diri sendiri as a parent tak salah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu baru tadika buka...lps ni nnt bila dah sekolah rendah dan men semua kena dtg seklh bersesak2 semula di sklh mak pak nak komen apa lah pulak ye.....sebab komen dorg la kpm cuba atasi mcm2 masalah ni...dah buat tindakan kena komen lagi....aduh la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list