Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
15430
View
163
Reply

"Pondok kecil ini syurga buat saya dan isteri" - To'ki

[Copy link]

Author: haryatie       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-6-2020 02:12 PM | Show all posts |Read mode



GOMBAK
: Kepada sebilangan orang, makna kebahagiaan barangkali terletak pada kekayaan yang dimiliki.

Tinggal di kediaman besar, memandu kereta mewah dan menikmati gaya hidup sofistikated merupakan harga sebuah kepuasan kepada mereka.

Namun, bagi segelintir orang pula, dapat berteduh di sebuah pondok kecil sudah cukup membahagiakan mereka.

Sekalipun, berlindung di pondok kecil serba daif, itu bukan alasan kenapa artis terkenal, To'ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur tidak boleh mengecap kebahagiaan.
Sejak lebih setahun lalu, pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor menjadi tempat berteduh buat penyanyi yang pernah mengecap populariti menerusi lagu Biasan dan Seni Berzaman itu.

Tidak pernah mengeluh, jauh sekali menyesali ketentuan takdir, To'ki, 53, yang setia ditemani isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, bersyukur kerana masih memiliki tempat berlindung.



Saya bina pondok ni sejak tiga tahun lalu lagi sebenarnya (tetapi) duduk sini dalam setahun lebih.

"Walaupun nampak macam ini (serba kekurangan) tetapi saya damai bersama isteri," kata To'ki berkongsi cerita mengenai fasa hidup yang sedang dilaluinya.
Meninjau 'kediaman' To'ki pada Isnin, krew Astro AWANI turut berkesempatan mendasari emosi seniman berjiwa besar ini.

Kata To'ki, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangannya, namun,
teratak kecil ini baginya saling tidak ubuah sebuah 'syurga' buat dia dan isteri.

Pondok kecil yang melindungi mereka berdua daripada panas dan hujan memiliki makna yang sentimental buat To'ki kerana ia adalah hasil kerja tangannya sendiri.

Bukan sekadar menjadi tempat berlindung, pondok serba daif ini juga, kata To'ki menjadi ruang mencari ilham dalam berkarya.

Sekalipun menyedari iklim industri muzik tanah air tidak begitu memberangsangkan, namun, aspirasi To'ki dalam berkarya tidak pernah pudar

Dia berikrar untuk kembali bangkit memperkasakan namanya walapun harus berhadapan engan cabaran.

Berkarya menerusi nota-nota muzik dan bait-bait lirik satu-satunya kerja yang mampu dilakukan To'ki dan kini punca pendapatannya sangat terbatas.

"Sekarang ini pendapatan saya bergantung kepada jemputan menyanyi di restoran atau majlis-majlis kecil sahaja, ujarnya.
Sebetulnya, To'ki tidak begitu gemar untuk terlalu terbuka bercerita mengenai kesulitan hidup yang dilaluinya kerana enggan orang ramai berprasangka.

Sebaliknya, dia lebih senang berkongsi idea dan hasratnya untuk kembali ke industri muzik tanah air untuk memperbaiki taraf kehidupannya itu.

Namun begitu, To'ki mengakui kediaman yang diduduki itu sangat tidak sempurna dan perlu ditambah baik,

Tetapi, tegasnya, apa kudrat yang ada padanya memandangkan untuk mengubahsuai pondok itu memerlukan kos dan semua itu tidak berada dalam radar kemampuannya.

Percaya atau tidak, bekalan air harus diangkut sendiri oleh To'ki dari sungai berdekatan.

Bahkan, untuk menyelesaikan 'hajat' juga terpaksa ke sungai memandangkan pondok kediaman itu tidak memiliki tandas.

"Nak buat macam mana ini sahaja yang termampu, luah To'ki dalam nada suara yang lemah.

Sudahlah diuji dengan kehidupan serba sulit, dugaan tambah berganda buat To'ki apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami patah tulang pinggul akibat kemalangan yang dialaminya 10 Jun lalu.

Paling sukar bila tiap kali nak turun atau naik sebab (tanah) curam. Kalau saya naik kerusi roda sekurang-kurangnya perlu tiga orang (untuk bantu) tolak.

"Memang sukar keadaan masa ini, namun saya dan Toki terima nasib kami. Saya kena sesuaikan diri saya. Itu sahaja yang kami mampu, celah Sharifah Fairuz pula.

Tambah Toki, sekiranya ada rezeki, dia mahu mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.

Kalau ada bajet saya nak tarik (pam) air dari sungai ke sini (kediaman) selain tangki air dan tandas, selagi tidak ada semua itu, kami terpaksa turun (ke sungai)," kata Toki menyuarakan keinginanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 30-6-2020 02:19 PM | Show all posts
hmmm nak komen cmne lah ehhhh ....  semoga berbahagia lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:21 PM | Show all posts
nampak cam dekat sungai

ala-ala rumah/pondok yang orang buat sewa tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:21 PM | Show all posts
Cmana bole terdampar kat sana..dulu bukan kat pasar borong Selayang ke..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf tanya, tok ki ni pernah terlibat dengan dadah ke?? Kenapa boleh jadi susah sgt macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:25 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 30-6-2020 06:21 AM
Cmana bole terdampar kat sana..dulu bukan kat pasar borong Selayang ke..

eh, uols pun pernah nampak heols kat situ ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:26 PM | Show all posts
alahai terlibat dgn benda terlarang ke? serabai je...

rugi hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:28 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 30-6-2020 02:29 PM
Themilo replied at 30-6-2020 02:25 PM
eh, uols pun pernah nampak heols kat situ ke?

Kat mana maksud u..Pasar Borong ke Gombak..klu PBS tu pnh ada citer dlm forum dia mendadih kat sana..klu kat Batu 12 blm pnh nmpk walaupun saya slalu pgi mdi kat sana..
https://mforum1.cari.com.my/foru ... amp;fromuid=2378666

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk pada rupa macam amik barang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 30-6-2020 02:24 PM
Maaf tanya, tok ki ni pernah terlibat dengan dadah ke?? Kenapa boleh jadi susah sgt macam ni

2-3 tahun lepas ada interview, dia kata masa tu tak tapi dulu memang terlibat dengan dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:33 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 30-6-2020 02:21 PM
nampak cam dekat sungai

ala-ala rumah/pondok yang orang buat sewa tu

Mmg dekat sungai..drama gerak khas selalu shooting sini kalau ada scene hutan2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia tak mendadah.. Ermmm.. Suara dia mmg sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
daif sungguh pondok tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:40 PM | Show all posts
mesti sejuk je rumah dia..
tepi sungai pulak tu..
nyaman je rasa..
area tu area orang asli..
memang style rumah semua macam tu..
main pacak-pacak je..
cukup berapa tahun claim tu tanah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:42 PM | Show all posts
uishhhhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 02:45 PM | Show all posts
Dulu kehidupan dia elok bahagia dgn isteri n anak3..ingat lagi dia buka kedai makan di BTHO (i selalu makan kat kedai wife dia), wife dia pandai memasak..kemudian dgr citer dia mendadah n pukul wife... tinggalkan anak isteri.. buat hal..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah senang bersama kekdahnya.. Salute utk bini to'ki..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain macammm.. Muka n rupa toki mcm sesuatu. Hermm kesian isteri. Semoga Allah murahkan rezeki bini dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 03:14 PM | Show all posts
beron kat sungai... abislah sungai tu tercemar... apapun.. semoga dipermudahkan urusan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list