CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 33526|Reply: 316

Fazura akhirnya bebas tuduhan langgar kontrak

  [Copy link]
Post time 18-6-2020 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 18-6-2020 04:52 PM

Fazura tak bersalah

Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

"SYUKUR, semuanya sudah selesai hari ini. Keadilan berpihak kepada saya serta kebenaran sudah terbukti," kata pelakon popular, Fazura, 36, yang didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan berhubungan dakwaan melanggar kontrak bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan terbabit selepas mendapati kontrak perjanjian bersama syarikat Maydan Trading selaku plaintif terbatal selepas mendapati produk ini gagal mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mahkamah juga memerintahkan Maydan Trading membayar kepada Fazura dan Universal Music selaku defendan kedua masing-masing sebanyak RM40,000.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia bersyukur apabila kebenaran berpihak kepadanya selepas hampir tiga tahun melalui kes itu.

"Saya didakwa plaintif yang mengatakan saya melanggar perjanjian kontrak. Namun, mahkamah sudah membuktikan bahawa kontrak itu tidak sah," katanya yang ditemani suami yang juga pelakon popular, Fattah Amin dan pengurusnya, Iman Tang Abdullah.

Fazura yang kini hamil enam bulan berkata, kes itu sangat berat dan banyak membuang masanya.

"Ia juga mencalar imej saya dan sangat negatif," katanya yang diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan.
Menurut Fazura, dia hanya meminta tuntutan ganti rugi yang rendah terhadap Maydan Trading.

"Kami diminta mahkamah untuk buat tuntutan. Atas budi bicara, saya hanya minta RM50,000 yang dikira sangat sikit. Mahkamah atas pertimbangan akhirnya menetapkan RM40,000 perlu dibayar kepada setiap defendan.

"Saya sentiasa yakin, jika kita di pihak yang benar, tak perlu risau. Saya sudah menjalankan tugas saya dan tiada isu saya melanggar kontrak," katanya yang tidak menolak ini rezeki anaknya.

Dalam pada itu, Fazura turut menjelaskan produk miliknya, Trudolly tiada kena mengena langsung dalam kes ini dan tak sepatutnya diheret ke mahkamah.

"Mungkin ada niat-niat lain mereka berbuat demikian. Pengajaran yang saya ambil, semuanya sudah ditentukan Allah," katanya.
Fazura berkata, dia akan lebih berhati-hati untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak selepas ini.

"Niat saya baik dari awal iaitu nak bantu syarikat milik Melayu, tapi selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Mungkin Maydan Trading juga boleh ambil iktibar jangan sesuka hati nak heret orang ke mahkamah tanpa asas.

"Saya sebenarya tak sedar langsung yang produk ini tak sah. Begitu juga dengan kontraknya yang juga tak sah," katanya

Terdahulu, Fazura disaman pemilik syarikat Maydan Trading atas dakwaan melanggar perjanjian syarikat selepas pelakon yang juga penyanyi itu melancarkan produk kesihatan dan kecantikan Trudolly dalam tempoh perjanjian.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2020 @ 2:39 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh iols tak faham mcm mana jadi tak sah
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:02 PM | Show all posts
meteorspeed replied at 18-6-2020 08:59 AM
Eh iols tak faham mcm mana jadi tak sah

ikut yg iols faham, kalau sesuatu produk atau benda item dalam agreement tu illegal, ia akan menjadikan keseluruhan agreement tu x sah. jadi cacat. gitu lah dulu iols baca masa zmn study contract law.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah faz

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2020 05:03 PM | Show all posts
meteorspeed replied at 18-6-2020 04:59 PM
Eh iols tak faham mcm mana jadi tak sah

Sbb ni kut..
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan terbabit selepas mendapati kontrak perjanjian bersama syarikat Maydan Trading selaku plaintif terbatal selepas mendapati produk tersebut gagal mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tahu kes nie sila tampil. Haha

Black and white tak betul kut. Tak silap hari tue ada dalam perjanjian faz kena promote product tapi faz buat acu tak acu je tang promote tue. Tetiba tak lama pastue faz launch trudolly. Gitue
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:09 PM | Show all posts
Jadi duta je ratus ribu..  Pastu wat bodo..  
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pajura menang kes sebab nasib baik atas dasar teknikal....asas dia kena saman tu betul, tak promote produk tu dan launch pulak sendiri punya produk. Pajura menang sebab, dalam masa yg sama produk sipenyaman tu rupanya timbang kilo punya produk, KKM pun tak ada. Atas dasar tu Hakim jatuh keputusan ..Pajura menang kes.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2020 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tu la I dengar jgk. Di samping jadi duta produk tu, Faz lancar produk kesihatan/slimming sendiri. Tu yang kompeni xpuas hati lalu saman.

Last2 produk Maydan ni tak dilulus KKM yang membuatkan kontrak terbatal. Means Faz selamat. Tu yg I paham la setakat ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira macam ...nak promote apa...kalao produk ikut undang undang adalah produk haram....takda KKM.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
rezeki dia menang kes ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2020 05:19 PM | Show all posts
lolipopbiru replied at 18-6-2020 05:16 PM
mana nak dgr interview dia dgn reporter ada ke?


Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:21 PM | Show all posts
  1. "Saya sebenarya tak sedar langsung yang produk ini tak sah. Begitu juga dengan kontraknya yang juga tak sah," katanya
Copy the Code


Boleh plk jawab mcm ni ?

Kau & management tak check dulu ke ?

Ya lah asalkan dapat duit apa nak kisah kan Artis oo artis
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 18-6-2020 05:02 PM
ikut yg iols faham, kalau sesuatu produk atau benda item dalam agreement tu illegal, ia akan menja ...

Ada tgk interview faz..kalau xsalah pendengaran ada sebut haram...haram apo lah agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mrssultan replied at 18-6-2020 05:05 PM
Yg tahu kes nie sila tampil. Haha

Black and white tak betul kut. Tak silap hari tue ada dalam per ...

Ni dasha sultan kah?muahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 18-6-2020 05:13 PM
Kira macam ...nak promote apa...kalao produk ikut undang undang adalah produk haram....takda KKM.

Nasib baik pajura bolayan nk promo produk ni..kalau x smpai bang jamil mampos pun haters buat bahan nk kutuk..harap produk sheol pun lulus kkm lah ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2020 05:29 PM | Show all posts
meteorspeed replied at 18-6-2020 04:59 PM
Eh iols tak faham mcm mana jadi tak sah

aku rasa, base on kes ni, fazura mmg langgar kontrak, tp nasib dia baik sbb produk tu takde KKM, so automatically dia menang/bebas tuduhan...kalau kata produk ni ada KKM,dah tentu dia kalah kes ni sbb langgar kontrak..

so moral of story, jangan langgar kontrak sbb anda akan disaman dan kalah kes..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:36 PM | Show all posts
kantoi terus produk tu takde kkm..
produk timbang kilo ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:47 PM | Show all posts

lawonya faz.....seri ibu mengandung
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
apedehal replied at 18-6-2020 05:24 PM
Ni dasha sultan kah?muahhaha

Tak ehhhhh. Kalau I dasha motif letak nickname orang boleh teka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-8-2022 10:51 AM GMT+8 , Processed in 2.960460 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list