Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
4559
View
45
Reply

Penyanyi 1990-an, Izzaka meninggal dunia

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-6-2020 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 4-6-2020 01:45 PM

Penyanyi 1990-an, Izzaka meninggal dunia

Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

PENYANYI yang popular dengan lagu Bunga Dedap pada 1990-an, Izzaka, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, jam 11.40 malam tadi akibat jangkitan kuman pada buah pinggang.

Izzaka atau nama sebenarnya Mohd Zakaria Yaacob yang turut menghidap kencing manis, lelah dan darah tinggi dimasukkan ke hospital sehari sebelum Aidilfitri pada 23 Mei lalu kerana mengalami sesak nafas.

Bekas isterinya, Hazana Mohamad Zabandi, 47, berkata, Izzaka sering berhubung dengan anak tunggal mereka, Mohd Amirul Hafiz, 22, yang kini menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

"Pada hari Jumaat iaitu dua hari sebelum Aidilfitri, arwah meminta Amirul yang ketika itu baru pulang dari UMT dan menjalani kuarantin untuk bersahur bersamanya. Tengah hari esoknya, Amirul beritahu ayahnya mengadu badannya sejuk-sejuk.

"Saya segera menghubunginya dan dia jawab dalam keadaan nafas yang agak sesak. Malam itu saya melawatnya dan mendapati dia dalam keadaan separuh sedar, lalu terus membawanya ke hospital. Bacaan gula dalam badannya ketika itu 21.9," katanya.

Hazana berkata, pada hari raya kedua Izzaka menghubunginya menerusi panggilan video memaklumkan dia lapar.

"Menantu maklumkan dia minta saya suapkan makanan. Saya pun pergi buat apa yang diminta kerana dia tiada sesiapa.

Waktu itu doktor nak buat CT scan untuk tengok apa masalah di bahagian buah pinggangnya. Mereka dapati ada nanah dan masukkan tiub untuk sedut bagi mengelakkan ia merebak ke jantung," katanya.

Katanya, pada hari raya ketiga, Izzaka langsung tidak sedarkan diri. Keadaannya makin merosot dan terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Dia tak sedar selama enam hari sehingga hari raya kelapan kerana doktor bagi ubat tidur untuk dia berehat. Pada malam 1 Jun lalu dia kembali sedar dan buka mata. Keesokannya saya sekali lagi pergi melawatnya," katanya.

Hazana berkata, dia cuba berbual dengannya dan nampak mata Izzaka seakan bergerak-gerak dan ada air mata.

"Saya sampaikan salam saudara-mara serta rakan-rakan artis buatnya. Setiap kali berbual dengannya, saya menyanyikan lagunya dan nampak dia teresak-esak sedih. Doktor suruh saya teruskan kerana katanya dia sedang beri reaksi. Petang semalam, dia dipindahkan ke wad biasa," katanya.

Bagaimanapun, malam tadi doktor memaklumkan otaknya tidak lagi berfungsi.
Hazana berkahwin dengan Allahyarham pada 1997, namun berpisah tahun lalu.

Jenazah Izzaka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh, hari ini.

Izzaka tampil mencuri perhatian peminat menerusi album Singkapkan Nur Suci dan Bunga Dedap. Dia juga pernah berduet dengan Ziana Zain menerusi lagu Hadirmu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 4-6-2020 01:45 PM | Show all posts
Mungkin BBNU x kenal tp sedap lagu dia dulu2..


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. Semoga diberikan kekuatan utk keluarga arwah hadapi kehilangan arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 4-6-2020 01:45 PM
Mungkin BBNU x kenal tp sedap lagu dia dulu2..

aku bukan BBNU(sgt)...tp aku x pernh dgr nama dia...bg 1 lagu dia yg paling popular..mana tau..lagu pnh dgr..tp x tau sapa nyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah dan salam takziah walaupun x kenal. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yg beriman
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 02:06 PM | Show all posts
innalillah.. semoga tenang di alam abadi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalilah dan salam takziah. Semoga dicucuri rahmat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-6-2020 02:12 PM | Show all posts
Skuau replied at 4-6-2020 01:56 PM
aku bukan BBNU(sgt)...tp aku x pernh dgr nama dia...bg 1 lagu dia yg paling popular..mana tau..lag ...

ada kat post #2
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahhiwainnailaihirojiun..salam takziah

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 02:37 PM | Show all posts
Salam takziah dan al fatihah..

baru teringat dengan ziana zain pun ada berduet kan lagu tajuk Hadirmu..suka dgr lagu ni sampai skrg
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-fatihah, salam takziah pada keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 02:39 PM | Show all posts
salam takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 4-6-2020 01:45 PM
Mungkin BBNU x kenal tp sedap lagu dia dulu2..

Aku yg tua ni pun tak pernah dgr lah latt.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bkn bbnu tp lagu dia xpernah dengar, cuma nama dia je pernah dgr dl
Salam takziah pada keluarga arwah
Alhamdulillah even dah bercerai to masih berbaike dan boleh tlg2 lg
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Duet die dgn ziana Zain is my favourite
Dipetik dpd album ke 2 zz thn 1993
Powerful ballad ya
Zz pny vocal dlm tu amazing
Puas dgr

Alfatihah buat allahyarham
Moga ditempatkan di klgn roh2 beriman
Amin




Btw die berpisah thn lps?
Oh my
Sbb ape agknya
Sape yg jaga since thn lps tu
Bgs lh ank bljr smpi u
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by supernaturalee at 5-6-2020 04:10 AM

Hadirmu -
Izzaka dan Ziana Zain

I love this song so much

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 10:48 AM | Show all posts
skit2 mcm ibnor riza
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list