Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1121
View
21
Reply

[Tempatan] Pasar malam percubaan dibuka Jumaat ini

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-6-2020 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Pasar malam percubaan dibuka Jumaat ini

PASAR malam di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dibenarkan beroperasi di kawasan tempat letak kenderaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak mulai Jumaat ini.

Ia adalah pasar malam pertama yang dibenarkan beroperasi di Terengganu selepas lebih tiga bulan dihentikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak 18 Mac lalu.

Bagaimanapun, peniaga dan pengunjung diminta sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Fadli Yusoff berkata, pasar malam peringkat percubaan itu akan beroperasi mulai 3 hingga 7 petang.

"Hanya satu laluan masuk di sediakan kepada pengunjung untuk membeli belah di pasar malam berkenaan dan kedudukan gerai jualan akan dijarakkan sekurang-kurangnya satu meter seperti ditetapkan oleh KKM.

"Kita minta pengunjung dan peniaga sentiasa mematuhi SOP terutamanya tidak membawa kanak-kanak dan warga emas ke pasar malam berkenaan," katanya ketika ditemui selepas memantau persiapan akhir termasuk pengukuran jarak kedudukan gerai peniaga di kawasan tempat letak kereta di SSMZA, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil dan Pengarah MBKT cawangan Utara, Hama Hakim Mahyudi Awang.

Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak mengumumkan kerajaan negeri membenarkan pasar malam beroperasi, selepas ditutup lebih tiga bulan berikutan PKP.

Dr Alias dilaporkan berkata, pembukaan pasar malam itu adalah di peringkat percubaan dan akan diperluaskan ke seluruh negeri jika tiada kes penularan wabak Covid-19 yang baru.

Fadli berkata, MBKT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta KKM akan bekerjasama untuk memastikan setiap peniaga dan pengunjung sentiasa mematuhi SOP ditetapkan.

Mengulas mengenai pemilihan tapak pasar malam di kawasan tempat letak kereta di SSMZA, Fadli berkata, lokasi itu amat sesuai kerana penjarakan gerai boleh dilakukan.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 1:57 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-6-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting, nak tengok mcm mana pelaksanaanya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 05:02 PM | Show all posts
Gerai kena jarak2 dan mungkin ada lorong masuk dan lorong keluar.  Bilangan yang masuk pun mungkin dihad dan ikut turn macam masuk pasaraya mungkin.  Tak boleh nak main serbu bersesak2 macam dulu.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 05:10 PM | Show all posts
Skrg ni selesa cod...mungkin tak ke pasar malam dah...Nak tgu kedai gunting rambut pulak bukak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ingat Kat Kat selangor.baru nak makan bontot ayam
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu nak makan vadei / murtabak / kacang kuda rebus / char kuew tiow nyumm
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 05:39 PM | Show all posts
angelofish replied at 3-6-2020 05:17 PM
ingat Kat Kat selangor.baru nak makan bontot ayam

Bontot ayam goreng sendiri lg sedap..yg pasar malam punya kdg2 busuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 07:02 PM | Show all posts
ini keputusan pusat ke pandai2  negeri je buat keputusan ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
budaktua replied at 3-6-2020 07:02 PM
ini keputusan pusat ke pandai2  negeri je buat keputusan ?

Xde mention mkn pun kn
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 09:03 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 3-6-2020 05:39 PM
Bontot ayam goreng sendiri lg sedap..yg pasar malam punya kdg2 busuk

Aku serik dah beli pasar malam punya buntut ayam.
Part bau tu kuat giler... Ntah tak basuh ke, buntut lama ke
Terus stop beli kat pasar malam smpi la ni.
Padahal buntut ayam tu kira fav aku, hehe
Dulu masa opis aku kat putra height ada kakak tu jual, setiap kali balik mmg aku singgah beli buntut ayam kat dia.

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 3-6-2020 05:39 PM
Bontot ayam goreng sendiri lg sedap..yg pasar malam punya kdg2 busuk

tapi gerai pasar malam yang I pegi.bontot segar besar.laku keras.baru letak yang baru goreng.tak sampai sepuluh minit licin habis .berebut.pastu kena tunggu 40 minit goreng baru.dia goreng letak perencah istimewa campur kari.melayu cina Bangla Myanmar semua berebut.tapi yg jual tu melayu la.orang kedah.rindu nye
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-6-2020 11:23 PM | Show all posts
ni negeri je buat keputusan
percubaan ja
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 3-6-2020 05:39 PM
Bontot ayam goreng sendiri lg sedap..yg pasar malam punya kdg2 busuk

dah bontot...memang busuk la...bhahha
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 3-6-2020 09:03 PM
Aku serik dah beli pasar malam punya buntut ayam.
Part bau tu kuat giler... Ntah tak basuh ke, bu ...

jgn aim bontot kakak tu dah le....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
terengganu ok laaa.. mana ada covid
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-6-2020 12:15 AM | Show all posts
nk hilangkan bau
basuh dgn air limau nipis
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:39 AM | Show all posts
Eric.n9 replied at 3-6-2020 09:03 PM
Aku serik dah beli pasar malam punya buntut ayam.
Part bau tu kuat giler... Ntah tak basuh ke, bu ...

Betul..sedap mmg sdp sekali kena yg busuk terus hilang selera
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 02:29 PM | Show all posts
eizarz replied at 3-6-2020 11:30 PM
dah bontot...memang busuk la...bhahha

ayam berak mmg tak basoh
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:04 PM | Show all posts
boleh buka hanya 10 org max datang....mcm masjid pula...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-6-2020 08:10 PM | Show all posts
Screenshot_1.jpg
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list