Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1897
View
7
Reply

[Tempatan] Tun M positif dengan nasihat Pak Wan untuk sokong Ts Muhyiddin

[Copy link]

Author: ResellerMaxis    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-5-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Saya jumpa Tun M - Mohd Redzuan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengakui beliau menemui Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu mengesahkan pertemuan itu berlangsung kira-kira 45 minit di Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK), Putrajaya sekitar jam 9 pagi.

Mohd Redzuan menjelaskan, walaupun sedang menjalani tempoh kuarantin, beliau mendapatkan kelulusan khas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk berjumpa Dr Mahathir.

Beliau turut menafikan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu ada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau akan menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

"Ya memang betul saya berjumpa Tun. Saya jumpa di YKP lebih kurang jam 9 pagi. Saya boleh berjumpa selepas mendapat pelepasan daripada MKN, sebab saya negatif (COVID-19).

"Pertemuan itu perjumpaan biasa. Ziarah sempena Aidilfitri. Kita kawan baik, kawan lama. Tidak ada bincang soal politik.

"Saya nasihat dan mengajak Tun supaya sama-sama bantu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 'kawan-kawan' untuk membina semula negara sebab kita sedang dilanda COVID-19. Nampak Tun positif dengan nasihat itu.

"Pertemuan itu juga bukan seperti dilaporkan media yang saya akan tinggalkan PN. Itu tidak betul. Itu semua fitnah orang yang ada kepentingan, yang nak burukkan saya," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Pengesahan Mohd Redzuan itu sekali gus menamatkan spekulasi kononnya beliau akan menyertai kem Dr Mahathir dan meninggalkan PN.

Semalam juga pejabat Mohd Redzuan menafikan yang menteri itu akan mengadakan sidang media khas, atas alasan masih menjalani tempoh kuarantin.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu menjalani proses kuarantin selepas menghadiri mesyuarat bersama Muhyididn yang turut disertai seorang pegawai dipercayai positif COVID-19, minggu lalu.

Semalam, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilihat menemui Dr Mahathir di Petaling Jaya.

Antaranya bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Dr Maszlee Malik (bekas Menteri Pendidikan).

Mohd Redzuan dan Dr Shahruddin didakwa antara pemimpin kerajaan yang disebut-sebut akan menarik diri daripada menyokong PN.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan menegaskan, beliau tetap fokus dan akan bersama-sama Perdana Menteri untuk memastikan negara berjaya keluar daripada krisis ketika ini serta membina semula ekonomi yang terjejas akibat COVID-19.

"Perdana Menteri sudah menjalankan kerja baik dan sedang berusaha memperbaiki ekonomi negara.

"Kita juga kekal untuk melakukan perubahan, gunakan kaedah perundangan bagi memperbetulkan segala yang tidak betul. Itu semua keputusan Perdana Menteri. Kita perlu berdiri di belakang beliau," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 30-5-2020 05:56 PM | Show all posts
Kalau takda apa2 yg penting setakat nak ziarah kwn lama tunggu jer la habis tempoh kuarantin 14 hari tamat...ni kelam kabut nak berziarah dlm tempoh kuarantin takkan tanpa sebab tertentu? Ingat org nak percaya ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ni syawal ke bpe dah ko main ziarah aidilfitri
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 04:44 AM | Show all posts

Yang tersurat yang tersirat kita tak tau .... jeng jeng jeng ~~

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan menegaskan, beliau tetap fokus dan akan bersama-sama Perdana Menteri untuk memastikan negara berjaya keluar daripada krisis ketika ini serta membina semula ekonomi yang terjejas akibat COVID-19.


dengan buat kereta terbang lagi?

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Negative tak semestinya takkan positive, still lagi dlm kuarantin, acaner MKN bagi kebenaran keluar and jumpa orang. Penat je DG dok cakap follow acronym SOP.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 04:09 PM | Show all posts
skang boleh positif, esok2 boleh jadi negatif.

segalanya mungkin - headwind
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ElmoRed replied at 2-6-2020 07:47 AM
Negative tak semestinya takkan positive, still lagi dlm kuarantin, acaner MKN bagi kebenaran keluar  ...

Knp xde sapa nk report tun M as tuan rumah masih terima tetamu lps HRaya pertama? Lps tu bkn ke kuarantin means kena stay at home 14days regardless positive and negative?? Jenis2 ni la yg bt rakyat pertikai ketegasan govt. Pfft
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 08:54 AM | Show all posts
positive is not a pleasing word during pandemic outbreak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list