Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
11734
View
217
Reply

Bekas Ketua Cabang PKR dilantik Pengerusi FINAS yang baru ganti Hans Isaac

[Copy link]

Author: Boomibulat    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-5-2020 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Zakaria ganti Hans Isaac
Screenshot_2020-05-24-12-04-36-1.png
BERNAMA

AHLI perniagaan dan aktivis masyarakat, Zakaria Abd Hamid dilantik sebagai pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), berkuat kuasa semalam, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata, turut dilantik ialah Presiden Yayasan KRU Datuk Norman Abdul Halim sebagai Timbalan Pengerusi FINAS.

"Ahli lembaga FINAS yang baharu akan diumumkan secepat mungkin dan ini adalah sebahagian langkah kita untuk menambah baik tugas-tugas FINAS," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir mengadakan tinjauan di program Sukarelawan Covid-19 Pertubuhan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) di Universiti Kebangsaan Malaysia, di Bangi, malam tadi.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan berkata, Zakaria yang mempunyai Sarjana Perancangan Bandar daripada California State University, Amerika Syarikat menggantikan Datuk Gerald Hans Isaac yang berkhidmat sejak April 2019.

Norman pula mempunyai pengalaman luas dalam industri media dan hiburan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"KKMM yakin bahawa mereka akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berusaha untuk membangunkan lagi FINAS," kata kenyataan itu.

Pelantikan kedua-dua mereka yang berkuat kuasa semalam, adalah untuk tempoh dua tahun.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, satu pasukan petugas akan ditubuhkan yang bertujuan untuk merangka tindakan masa depan termasuk menyediakan pelan pemulihan ekonomi kepada karyawan dan penggiat seni tempatan yang terjejas dengan pandemik Covid-19.

Katanya, pasukan petugas itu akan dipengerusi oleh beliau sendiri dengan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Nancy Shukri selaku pengerusi bersama serta dianggotai pemegang kepentingan daripada pelbagai agensi termasuk tokoh tertentu dan juga wakil masyarakat.

Beliau berkata, pada Rabu lalu, kementerian itu mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan untuk menyampaikan input berkenaan usaha menghidupkan semula industri kreatif.

"Minggu lalu kita sudah berikan kebenaran untuk memulakan filem dokumentari dan iklan selepas raya, bagi pemain-pemain besar mereka mungkin mampu untuk restart (menghidupkan semula aktiviti mereka dengan ) segera.

Tapi bagi pemain-pemain kecil... dua tiga bulan mereka tidak ada apa-apa pendapatan, jadi nak hidupkan semula itu memerlukan sedikit bantuan, itu antara kita cadangkan kepada kerajaan , kita tunggulah mudah-mudahan akan ada berita baik untuk penggiat seni," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2020 @ 9:39 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 24-5-2020 12:19 PM | Show all posts
oh tahniah lah gitu. moga ada pembaharuan finas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aunty_Acid at 24-5-2020 06:31 AM

So apa kabar tok serani DAP tu? Hari tu mendongak langit.
Jd ke nk pinang andartu tibaiunta tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah lah ya Hans....hidup ni macam roda kan? ....walaupun meols dah pangkah chuols sebab kes ngan fattzura di ffm yg lepas, tapi kesian jugaklah kat chuols. All the best lah ya. Btw, Norman ni 'memang pandai' nak hidup
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah la ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
MentariSenja replied at 24-5-2020 04:34 AM
Takziah lah ya Hans....hidup ni macam roda kan? ....walaupun meols dah pangkah chuols sebab kes ngan ...

Aku mmg dh lame benci menyampah  meluat dgn tok kertu tu. Adan uke dia

Apa pula kata jed jedi?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi mai pi mai tang tu jgk especially  nomang tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
norman tu ganti jawatan abg bella daly
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MentariSenja at 24-5-2020 01:01 PM

Hans cakap pasal integrity and ketelusan......u really mean it Hans? Good for u
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aunty_Acid replied at 24-5-2020 12:51 PM
Aku mmg dh lame benci menyampah  meluat dgn tok kertu tu. Adan uke dia

Apa pula kata jed jedi?

Lebih berminat nak tau apa kata mad idham...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nafas berbau akibat memakai mask terlalu lama?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib ko laa..Ari tu ko dengki Kat fattzura.,...so mmg ko x layak pun...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
MentariSenja replied at 24-5-2020 12:34 PM
Takziah lah ya Hans....hidup ni macam roda kan? ....walaupun meols dah pangkah chuols sebab kes ngan ...

Apa kes dgn fattzura? Iols tertinggal ketapi. Mohon pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Md idham tu sebelum Hans kan?
Skjp nya dato han pegang jawatan ....  tak sempat nak buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
MentariSenja replied at 24-5-2020 01:00 PM
Hans cakap pasal integrity and ketelusan......u really mean it Hans? Good for u

Apa citer Hans tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aunty_Acid at 24-5-2020 05:46 AM
MentariSenja replied at 24-5-2020 05:05 AM
Lebih berminat nak tau apa kata mad idham...huhu


Aku nmpk beberapa artis mengelike kat ig finas chairman baru tu antaranya ahmad idham, pabloamirul dan ezlan
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 24-5-2020 01:24 PM
Apa kes dgn fattzura? Iols tertinggal ketapi. Mohon pencerahan.

Ada benang pasal ni....yg dia tuduh faz demand fattah naik stage bersama utk announce winner. Fattah tak layak katanya sebab tak pernah menang diffm. Padahal fattah memang dpt surat rasmi dari astro. Ada miscommunication antara astro, finas/ffm. Habis diperlinya fattah, siap dicompare nya ngan brad pit...haters apa lagi..tak pasal2 dik tah I kena kecam. Emo sungguh hans masa tu. Tak pro lansung.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ladyxez replied at 24-5-2020 01:29 PM
Md idham tu sebelum Hans kan?
Skjp nya dato han pegang jawatan ....  tak sempat nak buat apa

Mat Idham ceo kan? Tapi dgrnya tak sebulu ngan hans....tapi not sure lah betul ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Adan uke! Buat onar ngan fattzura Kan...cash sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
iolss suke tok hans perli jed jaidi psal bantuan tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list