Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
936
View
17
Reply

[Tempatan] Buat pertama kali jualan peniaga Jalan Masjid India time Aidilfitri merudum 90 peratus. Tahun-tahun lepas income RM10,000 sehari

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-5-2020 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Jualan peniaga Jalan Masjid India merudum 90 peratus
23 Mei 2020


KUALA LUMPUR - Setiap kali menjelang Aidilfitri, kawasan Jalan Masjid India di sini pasti menjadi tumpuan orang ramai mencari barangan keperluan terutama pakaian raya.

Bagaimanapun, wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda negara ketika ini merubah segalanya apabila kawasan yang dahulunya dilabel sebagai syurga beli-belah itu tidak semeriah dulu.

Perkara itu diakui peniaga pakaian di Wisma Yakin dan Masjid India di sini yang mendakwa jualannya merosot teruk sehingga 90 peratus sejak Mac lalu kesan daripada wabak Covid-19.

Pemilik KAS Tailor, Hayati Shuaidi, 52, berkata, biasanya pada musim perayaan sebelum ini, jualan boleh mencecah RM10,000 sehari namun pada tahun ini hendak mendapatkan jualan sebanyak RM2,000 pun sukar.

Menurutnya, dia terpaksa menutup satu daripada lima kedai miliknya susulan tidak mampu menampung sewa.

Setakat dua atau tiga bulan ini kami masih mampu bertahan. Jika berlarutan hingga enam bulan ke setahun kesannya akan lebih teruk.

Jualan yang merosot menyebabkan kami tidak mengambil pekerja sambilan buat masa ini dan hanya menggunakan pekerja sedia ada, katanya kepada Sinar Harian semalam.

Hayati berkata, pada hari pertama dan kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, tiada seorang pun pelanggan masuk ke kedainya mungkin kerana bimbang kawasan itu sebelum ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pemilik kedai Den Wahab, Farah Ismahani Zaharudin, 22, turut mengakui kedainya kurang pelanggan namun masih beroperasi seperti biasa selain mempergiatkan jualan secara atas talian.

Sejak PKP memang kami sudah buat rancangan jualan online dan tempahan masih ada. Kami dapat memenuhi permintaan pelanggan dari luar Kuala Lumpur termasuk dari Pahang dan Terengganu.

Sasaran jualan untuk raya memang tinggi tapi disebabkan Covid-19, jualan tidak sebaik tahun-tahun sebelumnya. Cuma saya harap Covid-19 cepat selesai supaya peniaga boleh bernafas semula dan ganti kerugian yang ditanggung sejak Mac lalu, katanya.

Sementara itu, pekerja bazar di Jalan Masjid India, Siti Zubaidah Suparto, 22, berkata, perniagaan bazar belum dibenarkan beroperasi bagi tempoh PKPB namun dia datang ke kedai untuk tujuan pembersihan.

Saya datang sini bukan nak berniaga tapi mahu bersihkan kedai. Kedai kami tak dibuka sejak 18 Mac lalu, jadi saya bimbang jika tudung-tudung yang dijual rosak digigit tikus.

Memang tidak ramai pelanggan datang ke sini sekarang mungkin sebab ia berada dalam zon merah Covid-19.

Berbanding tahun sebelumnya, waktu-waktu macam ini, jualan boleh mencecah RM10,000 sehari tapi disebabkan Covid-19, perniagaan memang merosot dan peniaga terpaksa akur demi keselamatan, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 23-5-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la..dh bpuluh tahun meniaga...thn ni je x blh meniaga
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tahun ni x beli baju raya pun.....kuih raya pun x beli...duit raya pun x bagi tahun ni jimat sungguh haihh ...kalo tiap tahun gini bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke ramai pendatang asing yg meniaga kat sini..pakistan..indon..penuh ngan puak2 depa ja..masuk gerai kain, gerai tudung org pakistan..org indon yg dok juai..entah depa ni kuli ke tauke..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Org kita ni patut nya tolong tolong la beli, kat situ byk peniaga peniaga bumiputera, support bumi
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
belacan_gurl replied at 23-5-2020 10:51 AM
Aku tahun ni x beli baju raya pun.....kuih raya pun x beli...duit raya pun x bagi  tahun ni jimat  ...

insyaallah.. cobid dtg dalam bentuk gelombang

hingga ketemu lg di tahun hadapn
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 23-5-2020 11:04 AM
Org kita ni patut nya tolong tolong la beli, kat situ byk peniaga peniaga bumiputera, support bumi

xpasti la bumi ke bukan bumi
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow jualan RM10 ribu sehari...masyuknyaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 01:34 PM | Show all posts
Adat berniaga, ada masa untung, ada masa rugi.

Sekarang ni orang dah ke jualan online. Jangan ketinggalan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la adat berniaga kan
Untung sabut timbul untung batu tenggelam
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 05:19 PM | Show all posts
Meniaga raya ni untung setahun cover 3 tahun makan gaji kalau tahu tekniknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 23-5-2020 01:34 PM
Adat berniaga, ada masa untung, ada masa rugi.

Sekarang ni orang dah ke jualan online. Jangan ket ...

tp kalo bab2 membeli kain ni, susah sket online
sbb x dpt pegang tekstur kain tu
walau online seller claim satin silk bagai
ujung2 bila dh dpt, rupanya polyster jah
pastu bila bertekak dgn seller,mati2 seller claim kata tu silk la bagai
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sealuu untung besar, sekali sekala untung kurang nak hebuh apa nya.

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash la sistur..every year untung besar sekali tak untung bising pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 04:05 PM | Show all posts
Tahun ni tak ramai yang nak beli baju raya ramai recycle je baju lama.  Yang masih ada sambutan peniaga baju kasual je sebab boleh diguna pada hari2 biasa.  Nak keluar pun ramai yang malas dan ada juga malas nak soping macam biasa sebab kena Q sana sini, check suhu sana sini, reccord kedatangan/scan QR dan isi info setiap kali masuk kedai atau pasaraya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-5-2020 05:28 PM
tp kalo bab2 membeli kain ni, susah sket online
sbb x dpt pegang tekstur kain tu
walau online se ...

Khen. Dah la jual mahal nak mampos 3-4 kali ganda dari kos. Akak memang dah serik beli kain online.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-5-2020 04:23 PM
Khen. Dah la jual mahal nak mampos 3-4 kali ganda dari kos. Akak memang dah serik beli kain online ...

iya sis
sbb ms tu iols tgk nak cari silk sbb nak buat cadar bedsheet.saja la nak fefeling tido atas sutera mcm pwincess kan..msia kan panas.dpt silk bedsheet ni sejuk le sket
so nak beli kain and then jahit bedsheet sendiri
sbb kat kedai sume linen la,cotton la..x best
skali beli la silk online sbb murah sgt..alih2 dpt kain kejung..choyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah hidup dan adat bisnes, ada masa naik ada masa turun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list