Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
444
View
7
Reply

[Tempatan] Peniaga dari Bera kena tipu RM859,500 hanya melalui call

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-5-2020 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga rugi RM859,500 ditipu Macau Scam
Mei 23, 2020 07:44 +08

BERA: Seorang peniaga di sini terpaksa berputih mata selepas kerugian RM859,500 akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata kejadian bermula pada 24 April lalu apabila wanita berusia 53 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa kakitangan Pos Laju Kuala Lumpur.

"Suspek memberitahu terdapat bungkusan yang dipos dari Sabah ke Kuantan telah ditahan oleh kastam kerana mengandungi kad pengenalan dan kad kredit milik wanita itu.

"Kemudian mangsa telah dihubungi oleh seorang lagi suspek kononnya pegawai polis bernama Inspektor Ku," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata suspek mendakwa semakan kad pengenalan mangsa mendapati wanita itu terbabit dengan kes pengubahan wang haram dan dadah.

"Suspek menyuruh mangsa membuka akaun bank yang baharu dengan memberikan nombor telefon untuk mendaftar akaun berkenaan.

"Selepas membuka akaun berkenaan, suspek memindahkan wang sebanyak RM509,500 ke dalam dalam akaun yang baru dibuka itu," katanya.

Katanya lagi, mangsa juga memindahkan wang sebanyak RM350,000 ke dalam lapan akaun bank yang berbeza dengan melakukan 75 kali transaksi.

"Kesemua wang berkenaan kononnya ingin diperiksa oleh polis kerana mangsa terbabit dengan kes pengubahan wang haram," katanya.

Mohd Wazir berkata mangsa yang menyedari ditipu selepas semua wang dipindahkan bertindak membuat laporan di Balai Polis Triang semalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 23-5-2020 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mudahnya terpedaya. ...tapi scammer ni acah2 tegas. .tapi sekali kita tengking tinggi suara baru depa slow tone. ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
hanya..camner drng(scammer) boleh tau/dapat info...ore tu BERDUIT???
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin kaya depa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 01:51 PM | Show all posts
noor2 replied at 23-5-2020 10:50 AM
Mudahnya terpedaya. ...tapi scammer ni acah2 tegas. .tapi sekali kita tengking tinggi suara baru dep ...

Misi utama dia orang ialah supaya mangsa jadi "PANIK"....... Bila dah PANIK senang dia cucuk jarum suruh mangsa transfer duit.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin kaya scammer semua
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang yang kena tipu ni memang hada buat menda haram ka sampai gelabah tetek sangat bila kena scam sampai boleh scammer berjaya tapau duit kau orang hingga dekat sejuta? Jika iya, cash.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 05:34 PM | Show all posts
scammer kaya pun tetap takde life, tiap hari terperuk di pejabat buat random call kat orang, takde pun nak pergi enjoy duit tu. mcm satu pasukan kerja, 1 orang berlakon pegawai bank, 1 orang berlakon pegawai polis.  duit yg discam utk siapa sebenarnya, kalau scammer tak enjoy duit tu terpaksa masuk pejabat kerja scam orang tiap hari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list