Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
419
View
17
Reply

[Tempatan] Kutipan masjid berkurang hingga 95% ketika jemaah diarah solat di rumah

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-5-2020 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-5-2020 05:44 PM

Kutipan masjid berkurang hingga 95% ketika jemaah diarah solat di rumahAinaa Aiman -

May 23, 2020 9:23 AM


Masjid seluruh negara diarah tutup ketika Ramadan ketika PKPB.


PETALING JAYA: Bagi kebanyakan umat Islam, Ramadan dan Aidilfitri begitu sinonim dengan masjid dan surau yang penuh sesak.
Bagi mereka, berkumpul di surau bukan sahaja untuk beribadat tetapi juga perhimpunan sosial, terutama bagi warga tua.

Namun kali Ramadan ini, jemaah terpaksa mengamati bulan puasa secara berbeza dengan bersolat di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi menangani pandemik Covid-19.

Bagi surau kecil, ia bermakna pemotongan yang besar dalam kutipan mereka apabila terpaksa menggunakan dana yang ada untuk aktiviti, penyelenggaraan, gaji untuk kakitangan dan kebajikan.

Pengerusi Jawatankuasa Surau Hidayah di Shah Alam, Nasir Khan Akbar Khan, memberitahu FMT mereka biasanya mengutip hingga RM100,0000 setiap bulan Ramadan.

Bagaimanapun, sejak rumah ibadat terpaksa ditutup, mereka hanya menerima 5% daripada jumlah tersebut.
Katanya, tahun-tahun sebelum ini, sumbangan surau biasanya lebih banyak lagi pada waktu begini.
Mereka tahu apabila mereka menyumbang pada bulan Ramadan, pahala mereka berlipat kali ganda, katanya.

Pentadbir surau terpaksa berkongsi butiran perbankan atas talian mereka dalam kumpulan WhatsApp untuk memberi jalan kepada jemaah tetap memberi sumbangan mereka.
Hanya orang tertentu memberikan sumbangan dengan cara ini, kata Nasir.


Umat Islam biasanya menikmati moreh selepas solat tarawih, pemandangan biasa di masjid dan surau semasa Ramadan.


Beliau menambah ramai jemaah tetap dalam keadaan suram sejak dilarang mengunjungi surau mereka.
Ia menyedihkan, terutamanya jika mereka kerap solat di surau dan tiba-tiba mereka tidak dapat berbuat demikian lagi.

Tiada yang berani datang. Satu perkara mengenai jemaah kita ialah mereka benar-benar tidak melanggar undang-undang, mereka mengikuti arahan, katanya, sambil menambah memandangkan jemaah tetap biasanya berumur lebih 60 tahun, mereka memahami mereka lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19.

Akibat kekurangan pendapatan, jawatankuasa kini tidak dapat menyumbang kepada badan amal mereka C biasanya sekolah anak yatim.
Sayangnya, akibat PKP, anak-anak yatim tidak dapat datang ke surau kami. Sekiranya kita ingin memberikan sumbangan menerusi perbankan atas talian, mereka sukar dijangkau dan ia sukar untuk berkomunikasi dengan mereka. Jadi tahun ini, kita tidak dapat memberikan wang.

Wahilman Siwar, pengerusi Surau al Munawwarah, berkata kutipan bulan Ramadan menurun sebanyak 70% berbanding tahun lalu.
Beliau berkata tahun-tahun sebelum ini, kutipan dapat mencapai RM7,000 seminggu sepanjang Ramadhan.

Kami harap para jemaah akan membuat sumbangan melalui perbankan atas talian. Ada sesetengah yang buat, tetapi tidak ramai, katanya.
Kami menggunakan dana tersebut untuk membayar guru agama yang mengajar kelas kami, tambahnya. Juga untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan penyaman udara.

Kami mempunyai dana tambahan yang kami bawa dari kutipan tahun lalu, jadi kami masih dapat mengekalkan pembayaran untuk pengurusan dan utiliti. Sebenarnya bil utiliti berkurangan kerana kami kurang menggunakan air dan elektrik.

Beliau berkata jemaah mempersoalkan penutupan surau, terutama ketika tempat awam lain dibenarkan untuk beroperasi.
Pada pendapat saya, ia harus bergantung pada saiz ruang solat. Sekiranya besar maka mungkin ada kapasiti yang cukup besar untuk jarak sosial. Kami boleh sesuaikan ikut ruang.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/23/kutipan-masjid-berkurang-hingga-95-ketika-jemaah-diarah-solat-di-rumah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 23-5-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum lagi UAI mai buat ceramah
Kata sorang imam 15 tahun takpayah bayaq bil
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata ramai ustak viral .duit juta2 usahwan iseley ramai kaya ...rakyat pun pemooooorah bab duruma ni...ujung2 hausssss?????
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai derma dekat asnaf terus.. sebab kalau derma dekat masjid, ada asnaf yg tak dapat. Selalu duit derma tu masuk poket ajk masjid, takpun upgrade prmbesar suara..
Aku cakap macam ni bukan sebab aku urban macam sskjp atas ni, tapi ni kenyataan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:28 AM | Show all posts
Kurex replied at 23-5-2020 10:24 AM
Ramai derma dekat asnaf terus.. sebab kalau derma dekat masjid, ada asnaf yg tak dapat. Selalu duit  ...

famri7 atau kim k? kalau famri 7 tu memang sep2 makan budu , dia dari dulu mulut jubur itik
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-5-2020 10:28 AM
famri7 atau kim k? kalau famri 7 tu memang sep2 makan budu , dia dari dulu mulut jubur itik

Famri sis.... Dalam urban2 tu, tetap mulut kunyah budu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 11:03 AM | Show all posts
Kurex replied at 23-5-2020 10:43 AM
Famri sis.... Dalam urban2 tu, tetap mulut kunyah budu

dia dengan vokuru orang yang sama. perangai pun sama. sek2 kita jamil pecoh
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 23-5-2020 02:24 AM
Ramai derma dekat asnaf terus.. sebab kalau derma dekat masjid, ada asnaf yg tak dapat. Selalu duit  ...

Betul tu. Bagi kat masjid & ajk masjid dok peram duit tu. Bangga tulis kat whiteboard kutipan dah berpuluh ribu.Peram buat apa tak tahu lah. Habis2 beli air cond,pa system,carpet yg mahal sampai rm10k. Utk kebajikan kariah,kedekut. Org duit tu gunalah utk tuition anak2 tak mampu ke,anjurkan summer camp ke rombongan ke utk anak2 kurang berkemampuan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 02:40 PM | Show all posts
ooo patut la nak suruh kerajaan benarkan berjemaah di masjid time ni, lagi2 tengah bulan puasa. duit masuk belambak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 04:32 PM | Show all posts
famri7 replied at 23-5-2020 10:17 AM
Kata ramai ustak viral .duit juta2 usahwan iseley ramai kaya ...rakyat pun pemooooorah bab duruma ni ...

no wori sis, kt FB byk je iklan2 suruh infaq harta...








Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 04:35 PM | Show all posts
domestobot replied at 23-5-2020 02:40 PM
ooo patut la nak suruh kerajaan benarkan berjemaah di masjid time ni, lagi2 tengah bulan puasa. duit ...

yup, sentiasa ada motif berunsur kan material atau RM ,


kalo ikhlas, solat kt rumah pn boleh...

apa2 pn aku nasihat kan kalo mampu gi la sedekah kt masjid barang seratus -2
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempat aku ada satu masjid ni mmg gempak la, duit masjid cecah ratus ribu siap boleh beli tanah. Ni kariah masjid tu yg canang sendiri ye. Skali tu masa PKP diam berkutik takde pun nak hulur sumbangan ke kat kariah tu.

Beza sungguh ngan masjid and surau kecik, masa PKP diorg bleh kasi sumbangan kt kariah tu kotak makanan, walaupun nilai die takat makanan tin, teh, gula, beras, tapi ok la. Siap ngan non-muslim pun diorg kasik sumbangan skali
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-5-2020 11:03 AM
dia dengan vokuru orang yang sama. perangai pun sama. sek2 kita jamil pecoh

Berdasarkan my observation, @famri7 tu kat Klate belah2 Kuala Krai hala2 ke bawah. Ini berdasarkan komen2 dia mengenai kejadian banjir bbrp tahun dulu.

Tapi @Vokuro pulak kerja KL tapi kampung area kawasan kampung Siam Tumpat ke  Bunohan hala2 ke atas sana. Ini berdasarkan satu thread pasal perkampungan Siam, dia ada type "dekat kampung saya", heshe posted, iols baca on the spot, and then few seconds dia edited that part.

Matilahnak, iols yg pangkat rendah ni mengkomen living legends of cari.com

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 05:35 PM | Show all posts
che-cikL replied at 23-5-2020 04:44 PM
Berdasarkan my observation, @famri7 tu kat Klate belah2 Kuala Krai hala2 ke bawah. Ini berdasarkan ...

rumah famri7 kt dabong dik atas bukit, rumah dia bumbung pink ada logo hello kitty pakai maskara.  ore kuala krei rupanya .

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 05:38 PM | Show all posts
che-cikL replied at 23-5-2020 04:44 PM
Berdasarkan my observation, @famri7 tu kat Klate belah2 Kuala Krai hala2 ke bawah. Ini berdasarkan ...

dia org lama dik dari 2000++ tp xdelah legend. jgn takut semua kt cariforum baik2
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-5-2020 05:35 PM
rumah famri7 kt dabong dik atas bukit, rumah dia bumbung pink ada logo hello kitty pakai mas ...

Dabung tu Krei ka sistur? Dekat ke dgn rumah adik maafkan-covid19?

Iols pun memorum drp 2006, tapi usaha tu kurang, hikhikhik tak ada lah pangkat tinggi macam deme tu. Tu yg segan rasa nak laga bahu...

Selamat Hari Raya sistur....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kt fesbuk berduyun2 iklan mtk derma utk palestin la syria la rohingok la..pastu ade sorg minah ni p screenshot sume NGOk tu sume..iklan lebih kurg je..fishy.

sejak kantoi derma utk palestin x pnh smpi pun, iols rse sume yg mtk derma utk luar malaysia tu berbau ikan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2020 08:22 PM | Show all posts
che-cikL replied at 23-5-2020 07:56 PM
Dabung tu Krei ka sistur? Dekat ke dgn rumah adik maafkan-covid19?

Iols pun memorum drp 2006,  ...

buang masa je forum ni sis, lg kurang kredit lg bagus jadilah orang yang menjaga masa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list