Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
4703
View
162
Reply

[Tempatan] Ibu hamil Covid maafkan dan halalkan semua kecaman warganet

 Close [Copy link]

Author: intercurrent       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-5-2020 10:49 PM | Show all posts |Read mode

Wanita Mengandung Covid-19 Kemurungan Terpaksa Tutup Akaun Facebook

Covid-19 – Angkara warganet yang mengecam hebat di media sosial, Wanita mengandung covid-19 itu terpaksa tutup akaun facebooknya kerana kemurungan



KUALA KRAI – “Kami maafkan dan halalkan semua kecaman warganet. Kami tidak meminta perkara yang menakutkan ini berlaku, lebih-lebih lagi kepada isteri yang sarat mengandung.

Demikian luahan lelaki yang dikenali sebagai Nahiz, 32, suami kepada seorang wanita mengandung yang dikecam warganet selepas disahkan positif wabak Koronavirus (Covid-19).


Pasangan itu yang tinggal di Ampang, Kuala Lumpur ke Kuala Krai kerana isteri mahu pulang bersalin di rumah ibu bapanya.

Nahiz mengakui dia amat terkejut sejurus mengetahui isterinya disahkan positif Covid-19.



“Ketika itu perasaan saya bercampur baur kerana perkara yang sebelum ini menjadi kebimbangan (Covid-19) tiba-tiba berlaku kepada orang tersayang.

“Sekiranya saya tahu dia positif Covid-19 sebelum pulang ke kampung. Pasti saya tidak akan membenarkan dia bersalin di Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, dia terpaksa menghantar isterinya bersalin anak kedua di Kuala Krai atas faktor kekangan tugas sebagai juruteknik yang memaksanya terus berkhidmat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nahiz berkata, isterinya dijangka bersalin antara seminggu hingga dua minggu selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Saya bimbang keselamatan isteri bersama anak sulung berusia 4 tahun di rumah kerana waktu pekerjaan saya tidak menentu.

Dia berkata, lebih mengejutkan kecaman yang dilontarkan kepada mereka terutama isteri melampaui batas.

Menurutnya, isterinya terpaksa menyahaktifkan akaun Facebook miliknya dan berdepan kemurungan akibat kecaman tersebut.

“Bagaimanapun saya lega apabila ‘emosi’ isteri berada dalam keadaan tenang dan kami sentiasa berhubung melalui telefon.

“Saya doakan isteri dan anak di dalam kandungan diberikan kekuatan untuk melalui semua ini dan cepat sembuh. Tiada orang yang meminta mereka ditimpa musibah, kami reda dengan ujian ini,” katanya.

Nahiz berkata, dia berterima kasih pada keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada isteri untuk melawan penyakit tersebut,” katanya yang turut sebak mengenangkan ujian menimpa isterinya itu
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 22-5-2020 10:53 PM | Show all posts
dia pula yang memaafkan..

patutnya dia yang minta maaf..

kebodohan apa yang menimpa satu keluarga ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 22-5-2020 11:02 PM

Victim card detected.

So, mak dah

Suami dah

Esok, lusa kita tengok sape pulak yang akan buat kenyataan pulak ye. Harap nye closed contact saudara saudari yg secara tak langsung dah jadi mangsa saudara saudari akan maafkan saudara saudari jugak. Alhamdulillah, sama2 ler kita bermaaf maafan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 10:58 PM | Show all posts
lerrr... bukan kau laki bini kah yg patut mintak maap? terima kasihlah maapkan netizen, wpun bg ai kecaman itu sgtlah wajar.

apapun, padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut mereka sekeluarga yang minta maaf. Sepesen je dengan patient 136 dan ahso rhb. Play victim.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
eh...play victim pulaks.xde ucapan maaf pun dr korg suami isteri kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah diri sendiri.
Patutnya ko minta maaf pd ore kelate tu semua.
Tk pasal2 tukar jd zon kuning.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik bkn ke katenye bini die dah bersalin secara czer?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa nak memaafkan? Sskjp playing victim memang tak dapat dipisahkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi umur anak sulung laki bini ni asyik bertambah je. Artikel awal2, 2 tahun. Lepas tu masa mak bini bg kenyataan, 3 tahun. Sekarang dah 4 tahun pulak. Esok mungkin 5 tahun. Wartawan pun buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh sapa salah sebenar nyer.. Netizen ker.. Ehh play victim card ker
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:12 PM | Show all posts
la salah netizen pl dah skrg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
lorr xhabis2 ke thread psal cikki sskjp ni...lps ni thread  ayah dia plk memaafkan netz,lps tu mak dia plak...kendian adik dia plak..next belah mentua plak smpai laa baby lam perut tu dah besar gamaknyer
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:20 PM | Show all posts
sooo...nak kena hantar kad raya minta maaf ke ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal menyinggah sana sini sebar virus tu takde pulak dia sebut..

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting mmg sejenis gedik.
Dah tua pun nak mak pak bela masa bersalin.
Sis dulu umur baru 25, ank sulung tak sampai 2 tahun.
Elok je boleh pantang ank ke2 sendiri. Sbb masa ank pertama kan dah belajar/tempuh benda tu.
Dah tak mampu nk gi confinement centre, takyah feeling princess/ kayangan sgt.
Buat adik yg nk beranak ke bakal beranak ke, kena set dlm kepala, once you pregnant mmg you dah sain contract untuk PENAT. Lagi2 kalau sejenis so so je income n hubby pemalas.

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
jd sok sape pulak pakat nk memaafkan netizen?

dorg ni sendiri dh mtk maaf belum?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 22-5-2020 11:07 PM
Tapi umur anak sulung laki bini ni asyik bertambah je. Artikel awal2, 2 tahun. Lepas tu masa mak bin ...

Igt iols sorang je perasan mula2 masa viral umur 2 tahun

Sebenarnya berapa umur budak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa nk cepuk ja... Play victim plak.. meluat sgh
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 22-5-2020 11:07 PM
Tapi umur anak sulung laki bini ni asyik bertambah je. Artikel awal2, 2 tahun. Lepas tu masa mak bin ...

Aku pon prasan info anak dia asek bertuka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list