CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1697|Reply: 4

317 Kes Covid-19 Dalam Kalangan Kanak-kanak, Bayi

[Copy link]
Post time 18-5-2020 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Selain warga emas, kumpulan kanak dan bayi juga kumpulan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak Covid-19. Mereka seharusnya dilindungi dan mendapat penjagaan sewajarnya agar tidak mudah terdedah dan dijangkiti wabak maut itu.





Sekadar Gambar Hiasan

Foto: Carian Google





Namun, sangat mengecewakan apabila segelintir ibu bapa dilihat masih berdegil membawa kanak-kanak dan bayi ke pusat beli-belah untuk membeli kelengkapan raya dan sebagainya.


Lebih mengejutkan, mereka memakai topeng muka, tetapi anak kecil dibiar berkeliaran di dalam pasar raya tanpa sebarang perlindungan.







Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, sehingga 16 Mei 2020 terdapat 317 kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan 22 kes membabitkan bayi yang berusia kurang dari satu tahun.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan kes Covid-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes, diikuti Negeri Sembilan (48), Johor (46), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28), serta Sabah (26).

"Setakat ini tiada kes kematian positif Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun.
"Ibu bapa dan penjaga perlu memberi didikan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mengamalkan tahap kebersihan tinggi, sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun, serta digalakkan memakai pelitup muka di kawasan umum," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, seperti dipetik SelangorKini.


Beliau turut menyarankan supaya masyarakat bersama-sama membantu melindungi kanak-kanak dan bayi dengan mengamalkan jarak sosial selamat.


Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai agar tidak membawa anak kecil ke pusat beli-belah bagi mengelak daripada terdedah dengan jangkitan Covid-19.


Tegasnya, walaupun tiada sekatan sedemikian di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa, namun adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya.







Sementara itu, warganet menyelar sikap kejahilan ibu bapa yang masih berdegil tidak mempedulikan nasihat dan larangan kerajaan.











Foto: Facebook Harian Metro



"Sekarang ramai parents bawa anak keluar. Tak kesian kat anak, yang berstroller lagi.
"Masih ramai ibu bapa bawa anak pergi mall, masih baby pun dibawa ke mall. Ibu bapa pakai mask, anak tak pakai. Mana keselamatan anak-anak tu. Harap ibu bapa fikirkan keselamatan anak-anak, nyawa tiada gantinya.
"Belum kena tu yang mereka tidak ambik kisah. Bila dah mula berjangkit mulalah nak salahkan kelonggaran yang diberikan. Beringat sebelum kena. Sayangilah keluarga kita," antara komen warganet. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal anak2 tak pakai mask? Kene ajar pakai mask ngan betul. Selagi tak pakai, jgn bawak kuar. Kalau baby tu, stay at home aje.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapaaa?
Iols pon dok pikir nak beli baju anak
Semua dh senteng
Tapi mmg tangguhkan aje dolu
Sebab kang ape ape jadi..iols.nanges dolu
Baik.la.bebudak dok.umah


Pasar taman tun ni pon dh ada kes ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ibu bapa main peranan budak2 mana la tahu ap2
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya dari golongan pprt ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.087717 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list