Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
11053
View
213
Reply

Benarkanlah kami 'shooting'

[Copy link]

Author: BomBoLoniS    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-4-2020 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MyMetroRap
syafil.syazwan@hmetro.com.my

PENERBIT Fadzil Teh memohon kerajaan membenarkan syarikat-syarikat produksi kembali menjalani penggambaran dengan bersyarat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini.

Fadzil berkata, kerajaan boleh meletakkan beberapa syarat yang wajib dipatuhi bagi memastikan penggambaran berjalan dengan lancar dan tidak berisiko dengan pandemik Covid-19," katanya.

Fadzil yang juga pemilik syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd berkata, contoh peraturan yang boleh ditetapkan adalah dengan memastikan penggambaran tidak dijalankan di tempat tumpuan ramai.

"Mungkin boleh senaraikan beberapa peraturan contohnya tidak dibenarkan menjalankan penggambaran di tempat tumpuan orang ramai. Selain itu, pihak produksi juga mesti menepati syarat seperti kebersihan diri dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, ini adalah bagi membantu tenaga kerja belakang tabir yang hilang punca pendapatan sejak PKP dimulakan pada 18 Mac lalu.

"Kita faham mengenai tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan adalah untuk memastikan keselamatan semua pihak. Namun, dari sudut lain, ramai tenaga kerja belakang tabir yang terjejas kehidupan mereka.

"Kebanyakannya bergantung kepada penggambaran. Kalau tidak ada 'job', maka tiadalah pendapatan buat mereka. Kalau boleh saya tak mahu anak-anak seni meminta bantuan kewangan daripada kerajaan. Jadi, kalau boleh, mungkin boleh diberikan sedikit kelonggaran buat syarikat produksi untuk kembali bekerja. Saya sendiri pun ada dua karya yang tergendala. Jadi, harapnya, semuanya dapat diselesaikan," katanya.

Sementara itu, pengarah dan penerbit Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, Shuhaimi Lua berkongsi pendapat sama dengan Fadzil.

"Saya berharap agar pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) juga dapat membantu melakukan sesuatu kerana mereka ada rekod mengenai syarikat produksi mana yang sedang menjalankan penggambaran.

"Rekod itu berdasarkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) yang mereka keluarkan kepada syarikat penggambaran. Jadi, saya harap, ada cadangan atau kelonggaran buat syarikat produksi untuk kembali bekerja," katanya.

Menurut Shuhaimi, dia juga berkongsi mengenai syarat dan peraturan yang mungkin boleh ditetapkan kerajaan.

"Contohnya, setiap produksi perlu sediakan pembasmi kuman (sanitizer) di set penggambaran, perlu memakai topeng muka, pemeriksaan suhu badan kepada semua kru dan pelakon setiap kali masuk ke set, ada penjarakan sosial dan setiap kali penggambaran, jumlah kru terbabit tidak melebihi 30 orang," katanya.

Satu lagi perkara yang menjadi kebimbangannya adalah wang pelabur yang melabur untuk sesuatu karya.

Syarikat saya ada pelabur dari luar negara yang melabur dan itu sangat membimbangkan kerana wang yang dilaburkan bukanlah sedikit, tetapi mencecah sehingga ratusan ribu ringgit. Apabila semuanya tergendala dalam satu tempoh yang lama, ada benda yang kita terpaksa guna untuk menampung produksi dan saya takut itu akan menimbulkan kerugian sedikit masa lagi," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 10-4-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai...igt kami rakyat biasa ni semua ada pendapatan ke kalau takde kerja. Sama je kite semua. So, kenapa perlu lebihkan korang je. Org lain pon ade yg tak bergaji time pkp ni. Kalau nk bermewah2, mmg la tak cukup. Takat utk makan tu, insya allah la lepas je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih2, apa istimewa korang dari rakyat biasa??
tiap fasa pkp merempan, semua tak kena
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
X payah lah kot, bkn industry essential Pon... X da Sapa nak nengok dah retis mesia lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:11 PM | Show all posts
No...
End of story.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
hidup seadanya lahh. kn loan dah tangguh. lainlah lppsa tak tangguh
bisnes orang lain pon terjejas teruk
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Uolss x shooting pn ktorg bleh on tv tgk nat geo wild ke apa...see x essential lh tu mkna nya
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dpt bpn..?

sektor2 penting ja boleh..lg pun xdak org nk tgk drama sgt.. kan dah jadi port bekumpul reramai kalau dh shooting gitu ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
risiko wabak menular lagi cepat kalau korang shooting, PM td live ada cakap nyawa setiap rakyat sangat berharga, sedih aku dgr PM cakap begitu, cara cakap nampak sgt seorang ayah yg sgt syg dan risaukan anak-anaknya (rakyat), ckp pasal rugi, semua golongan pun terjejas skg ni, nak buat shooting jgnlah xyah, pkerja blkg tabir boleh try niaga cod, buat grab, runner.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Golongan ni x ada yg cerdik ke...kalau kena serang dgn bawang rengers...nanti sentap...kau nak buat pergambaran bkn tempat tumpuan ramai...tp masa MCO ni ...mana ada tempat yg jdi tumpuan ramai...kecuali pasaraya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Toksah mengada sangat boleh tak?? Macam kan deme deme je la yang terkesan terr ape segala. Sepanjang pkp ni macam macam berita cerita aku tengok orang lagi susah dari aku, yang boleh usaha ikhtiar macam macam cara, tak meminta minta serba serbi, sangat tabah. Aku rase segan dengan diri sendiri. Jadi tolong okeh. Toksah nak mengada ngada la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh, kos perubatan dan gaji medical staff ditanggung produksi sehingga pulih. Kene keluar bajet gak buat test 3 kali setiap ahli sehingga tamat penggambaran. Mau ka?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia punya sembang.. Mcm depa saja yg terkesan.. Puiiiii.. Baik aku layan history & smithonian channel.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnt produksi lain pun nk jgk
Nnt bila nk putus rantaian?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:26 PM | Show all posts
pasai jaga sangat lah kes shooting bebaru ni reramai kena jangkit, khensssss
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:28 PM | Show all posts
apply la bantuan BPN tu..

kita rambut sama hitam ma..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
big NO..takde sape nk tgk retis msia lg..dah p dok dendiam kt rumah..kau pk kau pnye rugi je
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bodohnya dia ni, org lain pun hilang pendapatan lah gila. Kalau kau kesian sgat kau penerbit drama kan untung ratus ribu pergi lah derma dekat krew2 kau tu bahalol
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:29 PM | Show all posts
shooting ko tu dapat membantu rakyat ke


pffftthhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 09:30 PM | Show all posts
korang paham ke tak tujuan sebenar PKP ni?? tolong la faham...ingat suka2 ke kerajaan suruh dok rumah. dah2 la nak melayan org yang tak reti bahasa, degil tak tau dok diam kt rumah. kalau rasa nk shooting jgk tolong pegi negara lain & jgn balik malaysia. jangan terhegeh2 pegi hospital kalau korang sakit eh. ish geram plak aku la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list