Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
4854
View
143
Reply

[Tempatan] 'Model Sweden paling baik lawan Covid-19'

[Copy link]

Author: Knights       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-4-2020 12:05 PM | Show all posts |Read mode
'Model Sweden paling baik lawan Covid-19'




ULASAN | Pendekatan perintah berkurung manakah yang terbaik? New Zealand hanya mempunyai satu kes kematian.

Taiwan memulakan pertempuran melawan koronavirus pada akhir 2019 dan membuat satu tindakan yang keras pada tahap awal, serta tetap waspada untuk mengelak daripada gelombang kedua.

Denmark juga merupakan antara negara terawal melakukan perintah berkurung dan sudah bersedia untuk kembali ke kehidupan biasa, telah membuka sekolah dan pejabat untuk kali pertama selepas sebulan.


Tidak seperti negara lain, Sweden tidak melakukan perintah berkurung, dan hasilnya, berkemungkinan akan mengekalkan ekonomi terbaik di Eropah.


Tidak kira apa yang anda fikirkan secara peribadi, mengenai pendekatan yang terbaik, mesti akan ada pendapat yang bertentangan - semuanya mempunyai alasan yang munasabah - dan kemungkinan pendapat bertentangan itu datang dari seseorang di dalam rumah yang sama!

Perkara yang kita ketahui adalah dengan melakukan sebarang pendekatan yang membawa kepada perintah berkurung akan menjejaskan ekonomi, jadi terdapat beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya:

1. Adakah jelas bahawa dengan melakukan perintah berkurung akan memperlahankan kadar jangkitan baru?

2. Adakah kita ketahui kaedah sebenar penjagaan fizikal yang berkesan semasa perintah berkurung?

3. Adakah kita pasti sifat-sifat virus yang tersebar di udara, air dan permukaan?

4. Berapakah jumlah sebenar masyarakat yang sudah terdedah dan berjaya melawan koronavirus?

5. Adakah berbaloi memberi tumpuan dan membatasi perintah berkurung hanya kepada kumpulan umur yang berisiko dan zon merah?

Dan persoalan utama:

6. Apakah keseimbangan antara perintah berkurung dan menyelamatkan ekonomi?

Tanpa membuat sebarang perbandingan, maka kesimpulan logik yang boleh diambil adalah perintah berkurung hanya akan berakhir sepenuhnya apabila vaksin sudah tersedia untuk semua orang - walaupun mengambil masa 12-18 bulan lagi.


Semua persoalan ini bukannya sekadar hiperbola, sebaliknya bertujuan untuk menggambarkan bahawa kita harus membuat pilihan yang sukar.

Apabila kita membuat pilihan sukar, kita harus berfikir dengan penuh belas kasihan dan juga secara strategik. Ini juga berlaku dalam hal peribadi dan hal ehwal negara.

China merupakan contoh yang terdekat boleh diambil. Sekatan yang dilakukan oleh mereka, seperti di Wuhan, adalah yang paling zalim pernah dilakukan.

Namun, apabila keadaan mereka stabil, mereka mengutamakan pembentukan semula ekonomi berbanding ancaman gelombang kedua jangkitan. Sekiranya strategi China itu menjadi, kesannya adalah sangat besar - akan terjadi peralihan keseimbangan kuasa dunia, di mana ia akan memberi kelebihan kepada China.

Sudah pasti akan ada yang menang dan kalah daripada kejatuhan ekonomi disebabkan krisis ini. Walaupun kita tidak mengharapkan sesuatu yang buruk terjadi kepada orang lain, kita harus mempunyai sasaran yang terbaik untuk rakyat kita, masyarakat kita dan ekonomi kita.

Kita harus menghargai bahawa terdapat keseimbangan antara perintah berkurung dan menyelamatkan ekonomi. Inilah yang membuat keputusan untuk memanjangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi sukar, namun ia merupakan tanggungjawab sosial yang harus kita hormati sepenuhnya.

Mungkin pengajaran terbaik yang kita boleh pelajari dari Sweden adalah bahawa keseimbangan terbaik dapat memelihara ekonomi kita bukan sekadar penjarakan sosial, tetapi juga tanggungjawab sosial. Jika kita bekerjasama, dan saling membantu antara satu sama lain, maka kita mempunyai setiap sebab untuk mengharapkan hasil terbaik.

DR RAIS HUSSIN ialah presiden/CEO, EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar yang strategik.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 10-4-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan perangai rakyat malaysia jangan harap nak buat mcm sweden especially social distancing
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:17 PM | Show all posts
Tanpa membuat sebarang perbandingan, maka kesimpulan logik yang boleh diambil adalah perintah berkurung hanya akan berakhir sepenuhnya apabila vaksin sudah tersedia untuk semua orang - walaupun mengambil masa 12-18 bulan lagi.


Selamat ber MOC la orang orang Malaysia. Tabahkan hati kalau hidup dlm miserable.


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:17 PM | Show all posts
sekadar cerita sweden tk lakukan perintah berkurung....

itu saja ka yg dbuat nya..?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:20 PM | Show all posts
Dan persoalan utama:

6. Apakah keseimbangan antara perintah berkurung dan menyelamatkan ekonomi?


Ada dlm satu thread kemain lah gembira ria puak ni mengharapkan US menderita. Kalau US tak import barang barang Malaysia, lain lain negara juga barang dari CHina korang ingat ekonomi negara korang boleh pulih ke? Tanpa pertukaran asing/foreign exchange duit korang tak ada nilai.

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adelea at 10-4-2020 12:33 PM
nazzse replied at 10-4-2020 12:14 PM
Dengan perangai rakyat malaysia jangan harap nak buat mcm sweden especially social distancing


ko tgk kat ikea sudah ... lepas makan semua biar meja berkecah
especially cina and pari-pari

tak tau la manusia ke anjing yg makan
takde pon inisiatig nak kemas meja lepas makan ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila otak letak kat konets, jgn harap la ekonomi nak pulih tanpa MCO.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-4-2020 12:38 PM | Show all posts
rakyat mahukan model sweden

8 juta rakyat kini hidup dalam kesusahan kerana tidak dapat melakukan kerja
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dok ulang2 selalu flaten the curve,x kisah kna kurung brp lama pun asal zero kes bla2..yg rakyat x nmpak,sbenarnya lagi lama pkp dilanjut bermakna kjaan tu dah gagal membendung wabak

Pkp singkat or x perlu ada pkp = kjaan berjaya mbendung wabak mcm korea,taiwan,denmark..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak faham bahasa Inggeris, boleh minta aku translate kan..
Kematian kat Sweden dah makin meningkat. Tu pun pencacai penjilat masih bodoh nak hadam.

https://time.com/5817412/sweden-coronavirus/
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-4-2020 12:46 PM | Show all posts
sarah82 replied at 10-4-2020 12:43 PM
Kalau tak faham bahasa Inggeris, boleh minta aku translate kan..
Kematian kat Sweden dah makin meni ...

rakyat mahu PKP ditamatkan dengan kadar segera pada 14/4 inisebab 8 juta rakyat dah tak ada duit yang mencukupi .
itu pun ko susah nak faham ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 10-4-2020 12:46 PM
rakyat mahu PKP ditamatkan dengan kadar segera pada 14/4 inisebab 8 juta rakyat dah tak ada duit y ...

Hahaah.. Bila kantoi bodoh tak faham bahasa inggeris.. Pusing kata rakyat nak. Bagi data kat aku yg rakyat nak tu? Buat poll kat astro awani dan page RASMI ATM 90% nak MCO diteruskan.. Lain kali simpan bodoh tu kalau x faham
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh brp byk la hangpa nak buka thread yg sama je maksudnya cuma tajuk je lain2...dah rasa bagus sgt p la ddk negara lain mcm yg sorg tu. Atau p terus jumpa PM bgtau idea korg tu...pos dlm ni pun takde maknanya...org yg sama je dok baca...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:53 PM | Show all posts
Sweden population 10 juta. Kes dah 9171 dengan 793 kematian.

Kalau Malaysia yg rakyat 32 juta tak buat pkp mungkin jumlah kes & jumlah kematian seakan Sweden iaitu 30,000 kes positif & 2,500 kematian.
Penulis & tt juga besar kemungkinan termasuk dalam jumlah 30,000 tersebut & harap tidak termasuk dalam jumlah 2,500.


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 10-4-2020 12:43 PM
Kalau tak faham bahasa Inggeris, boleh minta aku translate kan..
Kematian kat Sweden dah makin meni ...

Yet in Sweden, where there are 9,141 confirmed cases and 793 people have died, experts worry weaker measures may be leading to a more severe outbreak in the country of just 10 million citizens.

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 10-4-2020 12:53 PM
Yet in Sweden, where there are 9,141 confirmed cases and 793 people have died, experts worry weake ...

Sebab tu aku gelak saja bila puji Sweden model terbaik kononnya x ada MCO.. Pakar depa sendiri risau bakal jadi sepanyol dalam masa sebulan.. Layan je la.. Dgn pencacai acah2 superior ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 12:59 PM | Show all posts
sapa dok puji sweden tu or spore

ak baca berita ke yg sweden pun agak lambat nak realise yg tindakan depa tak abil enteng ni membawa padah

singapore?

dah start pun MCO sebulan terus

so siapa yg dok bising negara yg mana masih ada model baik?

bermimpikah , ni?



tolonglah hilangkan  filter politik tu

kerajaan PH yg bangang dan gagal tu tak leh handle lah krisis yg massive scale sebesar ni
you need good experience  leader and officials who can work together


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lemak_masin at 10-4-2020 01:02 PM

Yang pro PH & tak sokong mco tu sian korang kan.. simpati ngan korang.... tak sokong pun kene berkurung gak...
Nnti kene tangkap masuk lokap plak..

Baguss2... jadi laaa rakyat yang baik dan ikut laaa nasihat ketua kerajaan kite PM muhidin... PN kerajaaan yang terkini kerajaan yang diiktiraf oleh agong dan majoriti rakyat malaysia..



Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 01:14 PM | Show all posts
tripleid replied at 9-4-2020 08:39 PM
Yg dok ulang2 selalu flaten the curve,x kisah kna kurung brp lama pun asal zero kes bla2..yg rakyat  ...


Aii lebih fikir kpd rakyat yang living on one income yang ada loan, ada tons of other expenses. Boleh ke mereka bertahan?



Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list