Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
504
View
1
Reply

[Tempatan] Insiden Jalur Gemilang digantung secara terbalik di sebuah gereja di Persiaran Rajawali, Klang yang tular di media sosial hari ini disebabkan ia 'tersalah pasang' oleh seorang warga asing.

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-4-2020 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Polis: Jalur Gemilang terbalik di Klang kerana tersalah pasang
Bernama Diterbitkan Hari ini 11:20 pm


Insiden Jalur Gemilang digantung secara terbalik di sebuah gereja di Persiaran Rajawali, Klang yang tular di media sosial hari ini disebabkan ia 'tersalah pasang' oleh seorang warga asing.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata insiden bendera Malaysia dipasang terbalik itu disedari seorang lelaki warga tempatan yang kebetulan lalu di kawasan gereja berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Beliau berkata susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh lelaki terbabit kerana tidak berpuas hati dengan insiden tersebut.

Bagaimanapun, Nurulhuda berkata siasatan mendapati seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan pekerja di gereja itu mengaku memasang Jalur Gemilang berkenaan secara terbalik kira-kira pukul 5 petang pada Isnin lepas.

"Warga asing itu menyatakan dia terjumpa bendera tersebut di atas lantai akibat ditiup angin semasa hujan lebat dan memasangnya semula di tiang bendera gereja tanpa mengetahui yang ia terbalik.

"Namun, ketika polis tiba di gereja berkenaan, Jalur Gemilang sudah pun dipasang dengan betul oleh lelaki warga asing terbabit selepas seorang paderi gereja yang ternampak insiden itu menunjukkannya cara gantung yang sebenarnya," katanya kepada Bernama, malam ini.

Nurulhuda berkata kes berkenaan dianggap selesai kerana bendera tersebut telah dipasang dengan betul.

Tular di media sosial hari ini video berdurasi 28 saat menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah gereja di Klang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 9-4-2020 11:03 AM | Show all posts
kalau suka tular dan mengular....cepat betui....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list