Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
819
View
9
Reply

[Tempatan] Kantoi atau fitnah? Mengapa ahli Bersatu dikecualikan dari PKP?

[Copy link]

Author: I.am.PH    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-4-2020 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 8-4-2020 01:45 PM

Mengapa ahli Bersatu dikecualikan dari PKP, tanya Fahmi
Hariz Mohd Diterbitkan Hari ini 5:50 pm



Seorang ahli parlimen PKR hari ini membangkitkan kewajaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan surat bagi mengecualikan 12 ahli Bersatu daripada perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut Fahmi Fadzil, jika surat yang ditularkan itu benar, KDN perlu memberikan kewajaran untuk surat tersebut dikeluarkan.

"Adakah surat ini sahih?

"Jika ya, apa urusan rasmi KDN yang melibatkan individu-individu dipercayai pemimpin Bersatu yang begitu penting dan perlu diadakan sekarang sehingga mereka perlu dikecualikan daripada PKP untuk bergerak dari Pahang ke Putrajaya?

"Pohon penjelasan segera," katanya melalui ciapan di Twitter sambil menanda akaun rasmi KDN.

Surat yang dimaksudkan ahli parlimen Lembah Pantai itu bertarikh 6 April dan ditandatangani Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Sayed Amir Muzakkir Sayed Mohammad.

Untuk rekod, Menteri Dalam Negeri ialah Hamzah Zainuddin yang baru-baru ini dilantik Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menjadi setiausaha agung parti berkenaan.


Melalui surat tersebut Sayed Amir Muzakkir menyatakan nama-nama yang disenaraikan - seramai 12 orang - diberi kelonggaran daripada PKP untuk menghadiri "urusan rasmi" di Putrajaya.

Cubaan Malaysiakini untuk mendapatkan komen Hamzah mengenai kesahihan surat berkenaan setakat ini belum berjaya.

Berdasarkan surat tersebut individu yang disenaraikan ialah Mohd Fakrunizam Ibrahim, Mohd Yazid Mohd Yunus, Mohd Rafiq Mohd Abdullah, Abdul Rasid Mohamed Ali, Mohd Shukor Mustaffa, Tengku Mohd Ali Raja Daud, Mohamad Rafidee Hassim, Mohd Rosdan Abd Aziz, Najwah Halimah Ab Alim, Suhaili Abdul Rahman, dan Roslan Hassan.

Semakan Malaysiakini mendapati lapan daripada mereka ialah ketua bahagian Bersatu di Pahangm manakala Najwah Halimah adalah seorang daripada ahli majlis pimpinan tertinggi parti tersebut.

Sementara itu Marzuki Yahaya - seorang lagi setiausaha agung Bersatu yang disokong pengerusi parti itu, Dr Mahathir Mohamad - mengesahkan semua nama tersebut merupakan ahli parti berkenaan.

Marzuki juga menafikan nama-nama berkenaan merupakan kakitangan KDN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 8-4-2020 09:46 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 09:50 PM | Show all posts
Status: Kantoi


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 09:51 PM | Show all posts
Status: Kantoi


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 09:56 PM | Show all posts
Status: Kantoi


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
FB_IMG_1586196922421.jpg NI pon kantoi manyak-manyak
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 10:25 PM | Show all posts
rakyat ok je, kau nak melenting apa hal??
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 10:35 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 8-4-2020 02:57 PM
asma87 replied at 8-4-2020 02:13 PM
NI pon kantoi manyak-manyak

Status: Kantoi



https://www.milosuam.net/p/lapor.html#axzz6J20Wgbgd


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 10:57 PM | Show all posts
takpa la

rakyat lg happy dapig sudaa
berkubur bersemadi abadi
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 11:14 PM | Show all posts
Ketika PKP, ketua bahagian Bersatu Pahang dipanggil berkumpul di KDN
Oleh MALAYSIA DATELINEApril 8, 2020 9:25 pm



Ketika rakyat dilarang dari membuat sebarang perhimpunan, kesemua 12 ketua bahagian Bersatu Pahang dipanggil ke Kementerian Dalam Negeri Isnin, 6 April lepas.

Mereka diberikan pengecualian khas melalui satu surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Seyed Amir Muzakkir bin Sayed Mohammad.

Menurut surat kuning yang menggunakan kepala surat Kementerian Dalam Negeri itu, semua pihak diminta memberikan kerjasama agar memberikan Pengecualian kawalan pergerakan bagi menghadiri urusan rasmi di Kementerian Dalam Negeri.

Menurut surat itu, sebagaimana tuan sedia maklum, pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Walau bagaimanapun, nama-nama berikut diberi kelonggaran untuk menghadiri urusan rasmi di Kementerian Dalam Negeri pada tarikh 6 April 2020, kata surat itu.

Namun yang peliknya, kesemua penama yang disebut dalam surat bertarikh 6 April juga itu adalah Ketua Bahagian Bersatu di Pahang.

Antaranya Raub, Paya Besar, Cameron Highland, Jerantut, Kuala Kurau, Bentong dan Bera.

Menurut surat itu, lokasi pergerakan mereka adalah dari Pahang ke Putrajaya.

Sementara itu, ahli parlimen PKR, Fahmi Fadzil mempertikaikan tindakan mengumpulkan pemimpin Bersatu dari Pahang ke Putrajaya itu.

Adakah surat ini sahih?

Jika ya, apa urusan rasmi KDN yang melibatkan individu-individu dipercayai pemimpin Bersatu yang begitu penting dan perlu diadakan sekarang sehingga mereka perlu dikecualikan daripada PKP untuk bergerak dari Pahang ke Putrajaya?

Pohon penjelasan segera, katanya melalui ciapan di Twitter.

Menurut rekod, Seyed Amir Muzakkir bin Sayed Mohammad adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno. Walaupun surat itu dikeluarkan atas nama Setiausaha Politik, namun sehingga kini tidak ada sebarang majlis angkat sumpah yang biasanya diadakan di depan Perdana Menteri.

Bos beliau, Menteri Dalam Negeri adalah Datuk Seri Hamzah Zainudin yang kini sudah menyertai Bersatu dan dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu.

Hamzah disebut-sebut sebagai salah seorang tulang belakang di sebalik Langkah Kajang yang membawa kejatuhan kerajaan PH dan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional.

Putrajaya telah diisytiharkan sebagai kawasan merah ekoran penularan Covid-19.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list