Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1672
View
17
Reply

[Tempatan] Satu Malaysia sengsara, netizen kecam pesakit Covid-19 ke-136 ‘kuat merayap'

 Close [Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-4-2020 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 8-4-2020 11:56 AM

Satu Malaysia sengsara, netizen kecam pesakit Covid-19 ke-136 ‘kuat merayap’
ARIF ATANApril 8, 2020 5:18 pm



Rata-rata rakyat Malaysia mengecam pesakit Covid-19 kes ke-136 yang dianggap tidak mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin sendiri selepas pulang dari Korea Selatan pada 22 Februari.

Walaupun identitinya dirahsiakan oleh KKM sebelum ini, tetapi pemuda berusia 26 tahun itu kemudiannya tampil memberi penjelasan pada 5 April lalu di Twitter atas nama Wan Akasha.

Semakan Malaysia Dateline di akaun Twitter tersebut mendapati nama tersebut bagaimanapun bukan nama sebenar seperti dimaklumkan pada profil laman itu.

Wan Akasha memberitahu, dia kembali ke tanah air pada 22 Februari lalu dalam keadaan sihat selanjutnya menghadiri majlis ijtima’ di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 2 Mac.

Menurut pemuda dari Negeri Sembilan itu, dia langsung tiada gejala demam atau sebarang penyakit sepanjang 10 hari berada di tanah air.

Walaupun kerajaan telah mengingatkan agar rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara menjalani proses kuarantin di kediaman sendiri selama 14 hari sebagai usaha mengekang penyebaran jangkitan Covid-19, Wan Akasha dilihat gagal berbuat demikian.

Malah, dalam bebenang di Twitter, dia memberitahu ada rakan mengambilnya di lapangan terbang dan berjumpa beberapa orang rakan sebelum ke Masjid Sri Petaling.

Walau bagaimanapun, Wan Akasha berkata, dia banyak melakukan aktiviti di luar masjid sekali gus mendedahkan dirinya kepada orang ramai termasuk menemui abang saudara yang berniaga di bazar dekat luar masjid tersebut.

Tidak cukup itu, Wan Akasha berkunjung ke rumah keluarga rakan sepengajiannya di universiti manakala hanya lima hari dia berada di Sri Petaling.



Pesakit ke-136 dikecam kerana tidak mengasingkan diri selepas balik dari Korea Selatan.

Demam tapi ke Bandung

Pada 3 Mac pula, Wan Akasha mengaku pergi ke Pahang pula dengan seorang rakan dan nenek dia sendiri. Dalam perjalanan ke Pahang itulah, katanya, dia mulai rasa tidak sihat badan.

Ini bermakna dia mulai mendapat simptom pada hari ke-11 selepas kembali ke Malaysia. KKM sebelum ini memberitahu tempoh inkubasi Covid-19 adalah selama 14 hari.

Walaupun demam, Wan Akasha menganggap tubuhnya kekurangan air dan kembali sihat selepas menelan panadol.

Keesokan harinya iaitu pada 4 Mac, Wan Akasha ke Bandung bersama tujuh orang yang lain selama tiga hari dua malam.

Sikap kuat ‘merayap’ itu dikecam warga maya kerana membuktikan Wan Akasha langsung tidak menjalani proses kuarantin di rumah walau pun sehari.

Lanjut mengundang kemarahan orang ramai khususnya makian penduduk di Melaka apabila dia memberitahu pergi ke negeri itu pula selepas pulang dari Bandung.

“Dengan tiga orang yang bersama-sama saya ke Bandung dan tambah lagi dua orang lain. Terus ke Melaka bersama dari KL daripada pagi sehingga malam,” ujarnya.

Ramai menganggap mujur ayah Wan Akasha yang menjalani ujian saringan Covid-19 memberitahu doktor yang anaknya itu balik dari Korea Selatan.

Jika tidak, dia yang akhirnya dirawat di Hospital Tuanku Jaafar mungkin akan terus ‘merayap’ sekali gus dibimbangi menyebarkan jangkitan Covid-19.

Tentang sebab ayah Wan Akasha menjalani ujian saringan itu tidak pula Wan Akasha beritahu dalam penjelasannya yang panjang lebar itu.

Melihatkan pemuda tersebut begitu kuat ‘merayap’ merentas negara dan negeri sejurus pulang dari Korea, rata-rata warga maya menyifatkan Wan Akasha sebagai orang yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

Dia dianggap sebagai pembawa virus berbahaya Covid-19 sekali gus punca kepada gelombang kedua pandemik itu bermula 27 Februari lalu selepas 11 hari tidak mempunyai kes baharu.

Serentak itu, tanda pagar #Patient136 menjadi trending di media sosial dengan luahan marah rakyat Malaysia yang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac kemudian disambung lagi sejak 1 April lalu.

“Sebab kaulah (Wan Akasha) satu Malaysia kena duduk rumah. Sebab kaulah ramai yang mati. Sebab kaulah jemaah tabligh kena kecam,” tegas pengguna Facebook Hisham Jejai Musa.

Sebelum ini, KKM hanya menandakan “kes ke-136” yang belajar bahasa Korea dan kerja sambilan sebagai agen pelancongan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 4 Mac lalu berkata, gelombang pertama jangkitan Covid-19 di negara ini merangkumi 22 kes.

Sementara itu dalam ciapan Wan Akasha petang semalam, dia memohon maaf sekiranya orang ramai tidak dapat menerima penjelasannya.

“Saya minta maaf kalau penerangan saya tidak dapat diterima anda sekalian, tapi saya pesakit 136 pun seorang manusia biasa punyai hati dan perasaan.

“Saya ada keluarga di mana hati mereka perlu dijaga, saya ada hak untuk menidakkan fitnah yang berleluasa ini,” ujarnya.



https://malaysiadateline.com/sat ... e-136-kuat-merayap/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 8-4-2020 07:57 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 07:58 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 08:18 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 8-4-2020 12:20 PM

‘Bukan Demam Dari Korea’ – Dituduh Punca Kluster Covid-19 Sri Petaling, Lelaki Ini Tampil Bela Diri
April 8th, 2020 | by faris



Sebelum ini, pesakit kes 136 teruk dihentam di laman sosial kerana dikatakan menjadi punca gelombang kedua Covid-19. Pemuda 26 tahun itu pulang dari Korea pada 22 Februari sebelum menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling pada 27 Februari tanpa kuarantin.

Individu dengan nama Wan Akasha ini akhirnya tampil di Twitter menjelaskan keadaan sebenar, cuba mempertahankan dirinya.

Mahu betulkan beberapa isu





Wan Akasha memuat naik status di Twitter untuk menjelaskan beberapa isu di mana dirinya dilibatkan dengan isu gelombang kedua penyebaran virus tersebut di Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan 16,500 orang telah hadir ke program itu di Masjid Sri Petaling dari 27 Feb hingga 1 Mac lalu. Pemuda itu sebelum ini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

Nafi mengamuk di hospital



Enggan komen isu tak kuarantin, jadi punca gelombang kedua



Jawab isu no comment





Penerangan dan menjawab ‘no comment’ pada thread Twitter sebelumnya sekali lagi mengundang kecaman netizen terhadap agen pelancongan ke Korea ini. Sekali lagi dia cuba menidakkan dakwaan yang disifatkan fitnah buat dirinya.

Balik dari Korea sihat walafiat





Ayah ke hospital untuk ujian Covid-19



Semua yang ada kontak rapat negatif





Tak teragak-agak saman untuk mereka yang fitnah



https://ohbulan.com/bukan-demam- ... i-tampil-bela-diri/
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 08:21 PM | Show all posts
dah tak larat pon nak kecam heshe ini dikkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 08:22 PM | Show all posts
kecik2 xnak mampos. haihhh laaa
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 08:23 PM | Show all posts
hyie replied at 8-4-2020 12:21 PM
dah tak larat pon nak kecam heshe ini dikkkk...

Tidak perlu kecam kerana thread saya dari sumber yang sahih dan juga berita terkini

https://malaysiadateline.com/sat ... e-136-kuat-merayap/


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 08:26 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 8-4-2020 08:23 PM
Tidak perlu kecam kerana thread saya dari sumber yang sahih dan juga berita terkini

https://mal ...

maksud meols, kecam budak 136 tu yach...bukan kecam chuols...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 08:27 PM | Show all posts
hyie replied at 8-4-2020 12:26 PM
maksud meols, kecam budak 136 tu yach...bukan kecam chuols...

OK maafkan saya saudari kerana saya salah anggap. Terima kasih kerana memperbetulkan saya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoi ayam... Bila pulak nk bukak benang pasal identiti ah so rhb kluster ke2 tu?.. satu lagi mohon bukak jugak benang pasal puan tong pemaki polis... Ni asyik dok bukak benang pasal melayu muslim je... Nk divert issue ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 08:31 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 8-4-2020 08:27 PM
OK maafkan saya saudari kerana saya salah anggap. Terima kasih kerana memperbetulkan saya

oh, tidak mengapa. Teruskan berforum.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 08:41 PM | Show all posts
lampor replied at 8-4-2020 12:31 PM
Hoi ayam... Bila pulak nk bukak benang pasal identiti ah so rhb kluster ke2 tu?.. satu lagi mohon bu ...

Tidak perlu saya buka ke dua thread tersebut kerana telah ada threadnya, seperti dibawah ini:
Hoi ayam... Bila pulak nk bukak benang pasal identiti ah so rhb kluster ke2 tu?.

Kebenaran Terbongkar: Kes Kluster Itali Di Sarawak, Kematian 5 Sekeluarga Akhirnya Dirungkai Berpunca Dari ‘Officemate Chinese
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1196054

satu lagi mohon bukak jugak benang pasal puan tong pemaki polis...

Saksikan video penjelasan Datuk Suraj Singh (and Elvis Presley impersonator), peguam kepada Puan Christine Tong Poh Kim menjelaskan keadaan anak guamnya (and she's beautiful and hot) Video #1
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1195725

Jika dibuka pasti redundant dan akan ditutup oleh moderator
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 8-4-2020 08:27 PM
OK maafkan saya saudari kerana saya salah anggap. Terima kasih kerana memperbetulkan saya

Orang pure melayu pasti faham ayat yg simple tersebut. Mmg terang lagi bersuluh u bukan melayu dan suka memprovokasi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 08:49 PM | Show all posts

#patient136 ni serupa #vivyyusof..
dah puas cemuih kottt..
netizen pn dah tak laratt kecam depa berdua nii..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa banyak thread nak buka berulang cerita yang sama?

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ptt kerat ja dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread astrok.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 02:07 AM | Show all posts
Dah Warning

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1196192&page=3#pid70834305

Kes #136 ni dah banyak di bincangkan sebelum sebelum ni.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list