Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
747
View
16
Reply

[Tempatan] U-Turn buat dahulu fikir kemudian: Khuatir penjara penuh, pesalah PKP dikompaun RM1K sahaja tidak lagi dipenjara, tempoh 2 minggu bayar di pejabat Kementerian Kesihatan - Seperti cadangan LKS #4

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-4-2020 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 8-4-2020 09:01 AM

After fears of sending Covid-19 into prisons, MCO violators to get RM1,000 fixed fines instead
Wednesday, 08 Apr 2020 04:17 PM MYT



KUALA LUMPUR, April 8 Movement control order (MCO) violations will invite a fixed RM1,000 fine from now on, Bukit Amans Internal Security and Public Order Department (KDNKA) director Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani said.

Acryl explained that the police the move was to address concerns that custodial sentences for MCO violations created the risk of exposing the prison population to the coronavirus disease (Covid-19).

Instead of being arrested and charged under Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988, violators will be taken to police stations or police district headquarters (IPD) and issued compounds.

They are then given two weeks to settle their compounds, the payments for which must be made at the Ministry of Healths office, he said.

He explained that the compounds must be paid to the ministry as the Act was under its purview.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 8-4-2020 04:55 PM | Show all posts
Kompaun RM1,000 pesalah PKP bermula hari ini
Haspaizi Zain Diterbitkan Hari ini 4:07 pm



Kompaun sebanyak RM1,000 akan mula dikenakan terhadap individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pesalah PKP diberi masa dua minggu untuk menjelaskan kompaun berkenaan, jika gagal akan dihadapkan ke mahkamah.

"Bagi Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), kita telah terima prosedur operasi standard (SOP) bagaimana nak laksanakan kompaun terhadap persalah PKP.

"Ia akan digunakan terhadap mereka yang ingkar (arahan) dalam tempoh PKP dilaksana.

"Kompaun sebanyak RM1000, tiada rayuan. Kalau tak bayar bererti boleh mohon untuk dibicarakan di mahkamah," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.


Acryl Sani Abdullah Sani

Bayaran kompaun hendaklah dibuat di pejabat Kementerian Kesihatan (KKM).

Acryl Sani berkata, kompaun yang dikenakan terhadap pesalah dapat mengatasi masalah kesesakan di penjara.

Pada 5 April lalu Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menggesa para hakim untuk mengambil kira isu kesesakan penjara ketika menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang ingkar PKP.

Ia selepas Jabatan Penjara meminta mahkamah tidak memenjara pelaku kesalahan itu memandangkan kesesakan di penjara menyukarkan usaha melakukan penjarakan sosial.

Justeru, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah memaklumkan kepada semua pegawai kehakiman untuk menimbang kesan akibat kesesakan penjara seperti yang dinyatakan Tengku Maimun.

"Di samping mengambil kira peruntukan hukuman berdasarkan undang-undang sedia ada, masalah berkenaan risiko penularan wabak Covid-19 yang bakal dihadapi penjara di Malaysia boleh juga diambil pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan pelanggaran PKP," kata pejabat itu dalam kenyataan.



Dengan penguatkuasaan PKP, orang ramai tidak dibenarkan berada di luar rumah untuk urusan tidak penting.

Mereka yang melanggar perintah itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun pesalah juga boleh dikenakan pendakwaan lain seperti menghalang pegawai awam menjalankan tugas, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Acryl Sani, berkata kadar kompaun sama tetap dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan PKP berulang.

Dalam itu beliau berkata, kadar jenayah dalam tempoh PKP bermula 18 Mac sehingga semalam telah berlaku penurunan sebanyak 67 peratus.

Jelasnya, daripada purata 350 kes jenayah indeks sehari kini menurun kepada 116 kes jenayah indeks sehari.

Sementara itu katanya, polis juga turut mempertingkatkan lagi rondaan kawasan perumahan bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan PKP.

"(Rondaan polis ) mendapati ada individu masih lagi joging, jadi kita tahan.

"Kita arahkan semua penduduk tak ada kaitan perkhidmatan penting perlu duduk diam-diam di rumah, tak perlu bergerak tanpa sebab," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
apa yg uturn ayam ph kaki provoke
btw dap forever pembangkang so takyah la nak sembang apa pun, melayu ttp tolak dap haha
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 05:01 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 8-4-2020 09:27 AM

Akibat buat dahulu, FIKIR KEMUDIAN, tiada kajian kerana tidak mahu macam PH konon! Overcrowded prison: Govt to look into dept directors proposal to not jail MCO violators
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1195967

Pesalah PKP tidak perlu dipenjarakan: Kit Siang
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN | | 5 April 2020



SHAH ALAM C Pemimpin DAP menyokong cadangan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar supaya pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dipenjarakan kerana wabak koronavirus (Covid-19) bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, pihak mahkamah perlu bertindak tegas terhadap mereka yang ingkar dengan PKP, tetapi pada masa sama turut menggunakan hukuman yang tidak berbentuk pemenjaraan kerana ia membantutkan tujuan asal PKP iaitu untuk memutuskan rantaian jangkitan dan mendatarkan lengkungan penyebaran Covid-19.

Menurutnya, perbuatan memenjarakan mereka membawa risiko penularan wabak Covid-19 ke dalam penjara kerana sistem penjara sekarang ini terlalu sesak, dengan hampir 73,000 banduan ditempatkan di 50 kompleks penjara di seluruh negara.

Dalam situasi penjara yang sesak sebegini, pembatasan sosial adalah mustahil untuk diamalkan. Oleh sebab itu, hukuman kepada hampir 400 orang pesalah yang ingkar dengan PKP ini harus diubah kepada hukuman yang tidak berbentuk pemenjaraan.

Perkara ini juga penting untuk melindungi para petugas di Jabatan Penjara yang tidak diberikan alat pelindungan diri (PPE) dan terdedah kepada risiko dijangkiti wabak ini, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Kit Siang lagi, di United Kingdom, kerajaan negara itu telah mengumumkan para banduan berisiko rendah yang berada di penghujung hukuman akan dipertimbangkan untuk diberikan pembebasan awal bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di dalam penjara yang boleh melumpuhkan hospital setempat.

Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan yang sama untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19 memandangkan keadaan sesak penjara-penjara di Malaysia dengan membenarkan pelepasan awal banduan terutama dalam kalangan banduan warga emas, banduan yang dijadualkan untuk dibebaskan dalam tempoh beberapa bulan lagi dan banduan yang dipenjarakan atas kesalahan kecil dan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan keganasan.

Selain itu individu yang mempunyai keadaan kesihatan yang berisiko tinggi dan banduan yang telah melakukan jenayah yang tidak membawa sebarang bahaya kepada orang lain juga patut diberi tindakan sama, katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 8-4-2020 09:00 AM
apa yg uturn ayam ph kaki provoke
btw dap forever pembangkang so takyah la nak sembang apa pun, mel ...

Rajin dino layan tt
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dellema replied at 8-4-2020 05:02 PM
Rajin dino layan tt

geram la haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 8-4-2020 05:06 PM
geram la haha

Mcm ko geram dgn BN dulu ke No, hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 8-4-2020 05:07 PM
Mcm ko geram dgn BN dulu ke No, hahahaha

bn mmg kekal byk rasuah legasi atuk.. tp elok dah join lh haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 05:12 PM | Show all posts
Again as i said before, judiciary bergerak on their own. The judgement was sentenced by the court dengan mengguna pakai akta dan undang2 yg sedia ada.

Gov tidak menjatuhkan hukuman terhadap pesalah2 ini.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 8-4-2020 05:08 PM
bn mmg kekal byk rasuah legasi atuk.. tp elok dah join lh haha

Bab atok aku setuju dgn ko, stand aku pasal atok mmg mcm dulu iaitu aku mmg x pernah suka dia dan satu2 nya tindakan dia yg aku rasa beneficial utk negara hanyalah dlm isu imuniti raja2, tu jer aku nmpk ada kebaikan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan u turn. Tapi adjust hukuman ikut situasi cik ayam. Penjara dah crowded kena fikirkan alternatif. Rakyat malaysia ni degil. Alang2 collect duit rm1000 tu dapat bagi income kat negara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 8-4-2020 05:24 PM
Bab atok aku setuju dgn ko, stand aku pasal atok mmg mcm dulu iaitu aku mmg x pernah suka dia dan  ...

dan satu lg jasa die jatuhkan ph haha
aku stick dgn pndpt aku pilih kurg mudarat... nak ckp ban rasuah semua ade saham masing2

dap dgn terowong pun tutup buku.. tunggu lepas covid
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 06:22 PM | Show all posts
Bodo ayam ni.
Diorang dulu yang uturn x nak ngaku.
Ni dah jadi bodo susahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Halla macam jumud sangat memasing xbleh langsung sopek kiri kanan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 07:23 PM | Show all posts
Tahniah YB Tuan Lim Kit Siang kerana pandangan Tuan diterima dengan baiknya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
helloo amoi pig

dats y rakyat maw u jadik pembangang balik

kasi ini mcm la baru lu org nampak mcm ada wat keja sikit

mcm ada skolah sket

kalo tidak seblum ni lu org mcm tadak keja lor

time u pegang tu gomen dulu mkn gaji buta taw

hali2 pelirtik saja lu olang dulu

keja tadak jln lor

ni mcm baru ngam lor  
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 8-4-2020 07:23 PM
Tahniah YB Tuan Lim Kit Siang kerana pandangan Tuan diterima dengan baiknya

p berambus dap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list