Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1631
View
19
Reply

[Jenayah] 1 PPP Hospital Kerajaan dan 2 juruteknik TNB mengaku bersalah langgar PKP BERPARTI dengan 2 wanita tempatan dan 4 Indonesia jam 2:50 pagi! Telah beristeri, malah ada yang 2 isterinya!

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-4-2020 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 8-4-2020 06:26 AM

Tiga petugas 'front liner' mengaku salah ingkar PKP
NORMAWATI ADNAN | | 8 April 2020


Seramai 15 individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan ingkar PKP dengan menyertai sebuah parti hiburan, 5 April lalu.

IPOH - Seorang penolong pegawai perubatan di hospital kerajaan dan dua juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) antara 15 individu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini terhadap pertuduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menyertai parti hiburan di sebuah rumah di Taman Casa Lapangan di sini, Ahad lalu.

Ketiga-tiga mereka berusia 24, 33, dan 38 tahun bersama 12 yang lain termasuk enam wanita membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nabihah Mohd Noor.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka terdiri sembilan lelaki tempatan, dua wanita tempatan dan empat wanita warga Indonesia berusia lingkungan 19 hingga 38 tahun didapati telah berhimpun di dalam mana-mana kawasan jangkitan bagi maksud kegiatan sosial di sebuah rumah di Jalan Casa Lapangan 2, Taman Casa Lapangan, Ipoh pada jam 2.50 pagi, 5 April lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Peraturan 6 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Afiqah Izzati Mazlan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi.

"Tiga daripada mereka adalah kakitangan awam yang merupakan petugas barisan hadapan pada tempoh PKP ini dan kesalahan ini tidak sewajarnya dilakukan.


Seramai 15 individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan ingkar PKP dengan menyertai sebuah parti hiburan, 5 April lalu.

"Mereka sepatutnya lebih peka bahawa perintah dikeluarkan kerajaan ini adalah bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19)," katanya.

Dalam rayuan, kesemua tertuduh diwakili Peguam, Awatif Ahmad Bashir dan Nor Izawani Ahmad Jalaludin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana ada antara mereka telah berkahwin, mempunyai dua isteri, menanggung keluarga dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah kemudiannya mengenakan hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara jika gagal bayar.

Pada prosiding sama, mahkamah turut mengenakan jaminan wang masing-masing sebanyak RM3,000, RM8,000 dan RM10,000 terhadap empat daripada wanita berkenaan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dan memiliki dadah jenis ketamin.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan kes pada 4 Jun depan sementara menunggu laporan kimia.

Mengikut fakta kes, kesemua mereka telah ditangkap semasa sedang berhibur di sebuah bilik tingkat bawah rumah berkenaan oleh anggota yang menjalankan tugas Ops Cantas Covid-19.

Soal siasat dijalankan, kesemua tangkapan telah menyatakan sebab tidak munasabah iaitu berkumpul untuk melepak dan bersembang-sembang.

Serbuan itu turut menemui dadah dipercayai jenis ecstasy dan ketamin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-4-2020 02:15 PM | Show all posts
Dalam rayuan, kesemua tertuduh diwakili Peguam, Awatif Ahmad Bashir dan Nor Izawani Ahmad Jalaludin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana ada antara mereka telah berkahwin, mempunyai dua isteri, menanggung keluarga dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Ni namanya takda masalah cari masalah, dah tau ada keluarga siap ada dua isteri masih nak berhibur di luar.  Bila tertangkap tau pulak merayu2.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangap sangat dah ke tu.. kot ye pun berangkut la sorang je dulu. Takde la kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 02:19 PM | Show all posts
herm benda haram memang sedap..bos iols selalu cakap mcm tu kalo kitorang bwak kes jenayah cth bersetubuhan luar nikah or khalwat ni..hermmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 02:20 PM | Show all posts
Tiga daripada mereka adalah kakitangan awam


staff TNB dikira penjawat awam ka?

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 02:24 PM | Show all posts
takde sakit ko carik penyakit

time2 gini tahan2 la sikit nafsu kote tu

kan tak pasal2 kena tatatertib silap2

buang keje pencen tarak hapah pun tarak


baidewey sedap lazat2 jgk ayam2 tu

mana la tak goyang memasing
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 03:06 PM | Show all posts
Dengan yindonnnnn 🤦🏽‍️
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 03:11 PM | Show all posts
syok ke parti ramai2..hahahah. dah la parti dalam rumah jek.low class nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
t_hahahaha replied at 8-4-2020 03:11 PM
syok ke parti ramai2..hahahah. dah la parti dalam rumah jek.low class nya

Sesetengah spesies manusia hanat ni memang ketagih gangbang..
X dpt thn nafsu la tu time pkp ni..   Sebelum2 ni selalu dah kot anjurkan party gangbang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut pun dah nak botak...kepamm..perut gendut menggelambir lemak tepu ada hati nak gangbang...syialll
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 03:35 PM | Show all posts
Cari penyakit betul
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 04:27 PM | Show all posts
Pasti keluarga mereka malu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2020 06:19 PM | Show all posts

Mereka ini kira frontliner lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 08:38 PM | Show all posts
jerukkedondong replied at 8-4-2020 03:33 PM
Rambut pun dah nak botak...kepamm..perut gendut menggelambir lemak tepu ada hati nak gangbang...syia ...

walaupun umur dah 70...nafsu ttap ada



Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Krg dpt Covid 19 package dgn HIV. Kesian isteri
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak leh bayang perasaan wife. Laki galak tak puas2. Kenapa nak berbini kalau nafsu tak cukup satu... Teruskan lah membujang dan berseronok, boleh rasa ramai mana yang nak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Party dadah la nii ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 11:13 AM | Show all posts
harap jasa2 3 frontliner itu dalam musim Covid19 ini tidak terpadam begitu sahaja dengan kesilapan ini

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pixie902 replied at 8-4-2020 02:15 PM
Dalam rayuan, kesemua tertuduh diwakili Peguam, Awatif Ahmad Bashir dan Nor Izawani Ahmad Jalaludin  ...

Uik??? Ada hati nak hukuman ringan semata2 beristeri 2 dan ada anak? Wtf sangat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ChemicalRomance replied at 9-4-2020 11:15 AM
Uik??? Ada hati nak hukuman ringan semata2 beristeri 2 dan ada anak? Wtf sangat!!!

Dah tertangkap baru sedar anak ramai, bini ramai, tanggungjawab besar. Masa bergelumang maksiat tak ingat pulak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list