Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3346
View
112
Reply

[Tempatan] Wanita jerit 'idiot' didakwa, tidak mengaku bersalah

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-4-2020 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Wanita jerit 'idiot' didakwa

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/561960/wanita-jerit-idiot-didakwa

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2020 @ 12:17 PM

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my



TONG Poh Kim, 44, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas dua pertuduhan.  FOTO  Hafidzul Hilmi Mohd Noor.

PENGURUS jualan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana mengeluarkan kata kesat terhadap anggota polis dan menghalang penjawat awam pada 31 Mac lalu.

Tertuduh, Tong Poh Kim, 44, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Halim.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ketika sekatan jalan raya Op Covid-19 penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Persiaran Surian, Jalan Damansara-Kota Damansara pada 31 Mac, jam 9.40 pagi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh di Jalan Persiaran Surian menghala masuk ke Pelangi Damansara didapati berkelakuan kurang sopan terhadap anggota polis bernama Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah dengan berkata idiot.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100.

Manakala pertuduhan kedua, wanita itu didakwa pada hari, masa dan tempat yang sama dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu polis Korporal Izuan Hasim Nor Hamzah daripada menjalankan tugas-tugas dengan fungsi jawatannya dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam, Datuk Suraj Singh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris mencadangkan supaya tertuduh dibenarkan wang jamin RM1,000.

Bagaimanapun peguam bela, Suraj Singh meminta mahkamah supaya mengurangkan jumlah wang jaminan seringan-ringannya kerana tertuduh bekerja dengan berpendapatan RM2,000 saja.

Nurshahira membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM1,000 untuk pertuduhan pertama dan RM3,000 untuk pertuduhan kedua dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mei 2020 sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan semula.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-4-2020 12:30 PM | Show all posts
amoi ni kalu zaman geng2 PH memerintah confem lepas ni.......bagus laa kena tangkap dpt merasa check in kat lokap pastu kena denda beribu......polis askar hari2 berkawal tgh panas hujan pastu ko plak tetiba cakap mcm tu kat dia org
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:31 PM | Show all posts
Berpendapatan RM2000 tapi pakai X70 tuh Nanti ada yg ckp ala tu keta laki dia hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaah.. Tu la aku ckp Ah So.. Umur 44
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:38 PM | Show all posts
gaji rm2k, pakai x70, pakai loyar bukan kaleng2.

hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu zaman ph bukan saje lepas tp dapat
pembelaan lagi dr cacai dap dan RBA. di angkat sebagai srikandi lg kerana berani maki polis melayu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana iamph dan lain2 penyokong ph? Kalau kamu tak rasis, kenapa bila kesalahan melibatkan kaum sendiri diam tak berkutik?
Salah bangsa sendiri, diam. Sah2 pesalah ni menghalang dan menghina penjawat awam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:46 PM | Show all posts
padan muka..
jap lagi jgn plak ko klaim ko gila atau mental
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:48 PM | Show all posts
kalau ph yg memerintah, abam bomba pun kena. tanpa pembelaan utk abam bomba.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:57 PM | Show all posts
kalo budak haritu kene 10k....xkan ah so ni below kan.... xmengaku salah pulak tu... tunggu hakim ckp aper... loyer teror ke merror ke denda harus saksama...

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:57 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 3-4-2020 05:51 AM

Semoga Puan Tong Poh Kim mendapat pembelaan seadil-adilnya dan tidak terjadinya keadaan trial by media

Mahkamah Benarkan Wanita Maki Polis Dijamin
By Muhammad Iqbal Basri - 3 April 2020

Tong Poh Kim, 44, dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah pada jam 9.40 pagi pada 31 Mac..



Bagi pertuduhan berkelakuan kurang sopan dia dituduh melakukan kesalahan bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan yang boleh didenda tidak lebih RM100, jika sabit kesalahan



Bagi pertuduhan kedua,dia dituduh bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Jumlah jaminan untuk kedua-dua pertuduhan itu ditetapkan sebanyak RM4,000.



Pengurusan kes ditetapkan pada 20 Mei.

Anak guam saya takut, panik C Peguam
By Kumara Sabapatty - 3 April 2020


Datuk Suraj Singh bersama anak guamnya, ketika hadir pada pendakwaan menghalang tugas penjawat awam semasa sekatan jalan raya Op Covid-19 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 03 APRIL 2020

PETALING JAYA C Kerajaan dan pihak berkuasa polis diminta mempertimbangkan semula hukuman penjara ke atas semua pesalah-pesalah sepanjang Op Covid-19 yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Suraj Singh yang bertindak sebagai peguam bela seorang wanita yang memaki hamun polis semasa sekatan jalan raya di Persiaran Surian pada 31 Mac lalu itu berkata, kerajaan tidak wajar menghukum setiap pesalah pertama dengan hukuman penjara.

Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya hukuman ringan seperti khidmat komuniti bersifat kemasyarakatan perlu dilaksanakan.

Katanya, beliau memahami keadaan yang sedang dilalui kerajaan tetapi tetapi bukannya menghantar pesalah ke penjara.

Beliau mendakwa anak guamnya, Tong Poh Kim kini dalam keadaan panik dan takut.

Kami juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula kes sebegini kerana sejak kebelakangan ini banyak dibuat dan pihak kerajaan perlu mengambil kira mereka yang ditangkap ini bukan penjenayah berat.

Mereka bukan penjenayah serius yang melakukan kesalahan-kesalahan berat, yang perlu diasingkan daripada masyarakat seperti kes jenayah berat samun, kes rompak ataupun kes-kes rogol kita faham, katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.

Tertuduh yang berusia 44 tahun hadir ke Mahkamah Majistret bersama saudaranya sekitar 8.30 pagi bagi menghadapi pertuduhan menghalang penjawat awam bertugas dalam sekatan jalan raya baru-baru ini.

Wanita itu menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut sebelum dibenarkan ikat jamin RM1,000 untuk tuduhan pertama dan RM3,000 dengan seorang penjamin untuk tuduhan kedua.

Hakim Nurshahira Abdul Salim menetapkan 20 Mei sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan semula.

Tambahnya, tujuan hukuman dijatuhkan terhadap pesalah bertujuan untuk menginsafkan mereka dan mempersoalkan apakah menjatuhkan hukuman penjara untuk kes-kes iseperti ini adalah munasabah.

Ini kerana, kata peguam bela itu, tindakan tegas sedemikian  hanya menambah ketakutan rakyat.

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
gaji rm2000 mampu pakai lawyer
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:59 PM | Show all posts
lipans replied at 3-4-2020 12:38 PM
gaji rm2k, pakai x70, pakai loyar bukan kaleng2.

hebat.

terpikir jgk mcm tu... x70 dgn gaji rm2k...

tah2 buat partime mcm macai2 dapig kt cari... elaun tinggi bukak thread hasutan...


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muke hancing, jgn guna oku card lagi dhlh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengurus jualan gaji 2k?? Membongok tak habis2 puak nih
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-4-2020 01:05 PM | Show all posts
Semoga tong dikenakan denda dan penjara maksimum...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 3-4-2020 01:04 PM
Pengurus jualan gaji 2k?? Membongok tak habis2 puak nih

2k tu pendapatan waktu pkp ni kot chuols...haruslah husnuzon gituh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu bukan main kau kerek meng idiotkan abang polis. Ni bawak gi mahkamah tau pulak nak tunduk. Menipu sangat la gaji RM2k. Harap disabit bersalah & mereput dlm penjara 2 tahun. Time tu baru kau sedar siapa yg idiot
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 01:12 PM | Show all posts
vanilla_vell replied at 2-4-2020 08:58 PM
gaji rm2000 mampu pakai lawyer

bergitulah if pakai loyer keling;sepatutnya loyer keling ni pun kena siasat sbb menipu makamah.

masukan amoi tua ni satu lokapdgn loyer dia.



Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mereput dalam penjara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list