Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
651
View
9
Reply

[Tempatan] Harakah semenjak menjadi kerajaan

[Copy link]

Author: ResellerMaxis    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-4-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Semenjak jadi kerajaan ni. Bila baca harakahdaily macam baca kitab agama rasanya. Tiada lagi fitnah, benci dan sebagainya.

Harakah dah dapat hidayah ke?

Contoh artikel terbaru dari harakah.

PKP: Latih untuk sabar dan syukur
April 2, 2020

WALAUPUN kita semua terbeban dengan situasi semasa penularan wabak COVID-19 dan tekanan melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang makin diperketatkan, kita tetap menerima situasi ini dengan sudut positif.

Ya, pengalaman yang sedang ditimba pihak Kerajaan bagaimana mengurus bencana penyakit berjangkit yang sangat serius, mengurus kawalan pergerakan, mengurus rantaian bekalan makanan dan pelbagai lagi.

Pengalaman juga buat rakyat saat kita bersatu hati untuk membebaskan diri dari cengkaman penularan wabak. Mementingkan diri sendiri atau bersatu hati demi semua pihak dan generasi akan datang. Kajilah apa yang kita perolehi. Lesson learnt!

Advertisement

Saat ini kita mesti mempelajari dan melatih diri untuk sabar dan syukur. Bagaimana untuk bersabar mendepani ujian dan bagaimana pula untuk bersyukur setelah seringkali mendapat nikmat.

Dua elemen ini akan lahirkan akhlak mulia di dalam diri kita semua. Kalau tidak, semuanya hancur. Berlatihlah untuk sabar dan syukur!

Ujian di saat fitnah Dajal sangat jauh lebih berat dari ujian semasa ini. Adakah kita sempat?

USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM C HARAKAHDAILY 2/4/2020

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 2-4-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Contoh artikel lain dari harakah.

Akhlak mendepani musibah
March 31, 2020

DALAM Surah al-Kahfi Allah memperlihatkan kepada kita cara berhadapan dengan keadaan realiti semasa hari ini. Selain kisah pemuda al-Kahfi yang menyusun strategi agar doa mereka diperkenan, juga kisah Zulqarnain yang bekerjasama dengan rakyatnya, terdapat dua lagi kisah yang perlu direnungi.

Insaf dengan tertahannya rezeki

Melalui Surah al-Kahfi, Allah merakamkan berkaitan pemilik dua kebun yang memiliki kemewahan hasil tanaman melimpah ruah. Dengan nikmat sedemikian menyebabkan wujud riak sombong dan bangga terhadap kekayaannya. Mendabik dada bahawa segala-galanya adalah berkat usaha keringatnya semata-mata. Lalu Allah datangkan petir menyebabkan semua hasil kebun itu musnah sekelip mata;

Advertisement

                  

Dan harta kekayaannya dibinasakan; lalu ia membolak-balikkan kedua tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang ia telah belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata: Aduhai kiranya dulu aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Tuhanku.

[al-Kahf: 42]

Manifestasi ujian itu seakan-akan sama seperti apa yang kita alami saat ini. Siapa sangka, sejak berlakunya wabak pandemik COVID-19 kita diuji dengan tertahannya rezeki. Ada yang terputus pendapatan harian, tersekat untuk keluar makan, dan tidak kurang juga yang mengalami kemelesetan dalam perniagaan.

Bahkan dalam kajian sesetengah artikel mengatakan bahawa kita mungkin akan mengalami pasca COVID-19 yang lebih teruk berbanding wabak yang berlaku sekarang.

Justeru, apa yang perlu disedari adalah ia merupakan teguran dari Allah. Jentikan untuk kita yang mungkin alpa dengan nikmat yang ada. Barangkali lalai dengan materialistik dunia hingga terlupa kepada Kuasa Yang Memberi. Lalu, ujian ini mendidik kita untuk memandang aspek kehidupan orang lain yang lebih memerlukan. Bagaimana kita berkongsi nikmat dengan cara yang sederhana.

Didik sabar dan sangka baik

Semasa menempuh perjalanan yang panjang bersama Yusha bin Nun, Nabi Musa telah menunjukkan contoh yang baik bersama pelapisnya itu. Baginda walaupun seorang Rasul tetapi masih merendahkan diri dalam menuntut ilmu. Dalam mencari makna kebenaran, Nabi Musa telah menekankan aspek adab. Baginda tidak sedikitpun membebankan Nabi Khidir malah menggunakan laras bahasa yang sesuai ketika berkomunikasi. Akhlak ini yang mendatangkan rahmat dari Allah beriringan dengan ilmu;

         

Nabi Musa berkata kepadanya (Khidir): Bolehkah aku mengikutmu, agar dengannya engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?

[al-Kahf: 66]

Sepanjang proses tempoh PKP yang kita hadapi, elemen pendidikan cukup memainkan peranan penting yang perlu dimuhasabah. Bagaimana ibu bapa mampu memberi tauladan yang baik sepanjang berada di rumah. Bagaimana proses komunikasi sesama ahli keluarga itu dipraktikkan. Semua ini memberi impak dalam menatijahkan institusi keluarga yang utuh.

Selain itu, perlu diketahui bahawa isu perjalanan Nabi Musa, Yusha dan Nabi Khidir bukan semata-mata kisah pengorbanan dalam mencari ilmu. Hakikatnya ia adalah isu bersabar dengan segala ketentuan Allah Taala;

           

Ia menjawab: Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu.

[al-Kahf: 70]

Allah Taala merencanakan bahawa setiap apa yang berlaku mempunyai sebab tersendiri. Tuan pemilik perahu, perahunya tidak lagi dirampas kerana bocor. Ibu bapa kehilangan anak menjadi asbab keimanan mereka terselamat. Dua anak yatim yang dibantu, memang akan terjaga hartanya sehingga dewasa kelak.

Ada perkara yang Allah berikan pahit dahulu seperti perahu bocor, anak meninggal dunia. Ada perkara Allah beri sudah jelas nampak kebaikannya seperti membina dinding yang hampir roboh. Kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan.

Berdoa memohon ampun

Orang Islam yang menyedari bahawa perkara yang berlaku hari ini merupakan bala dari Allah akan memperbanyakkan istighfar memohon ampun. Berdoa untuk kebaikan semua umat Islam agar bala ini dapat segera diangkat.

Hentikan troll, sindrom sinisme terhadap perkara yang sepatutnya diinsafi tidak lagi dijadikan bahan jenaka. Jauhkanlah diri dan keluarga dari racun maksiat. Ia menambah nilai kelalaian.

Sewaktu berlindung di dalam gua, pemuda al-Kahfi berdoa dengan satu doa yang boleh dijadikan pedoman kita hari ini.

               

(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).

[al-Kahf: 10]

Rahmat yang dimaksudkan ialah perlindungan, rezeki, petunjuk, kesabaran dan keampunan. Kualiti penghayatan doa ini akhirnya menyebabkan tubuh badan mereka terjaga dari sudut fizikal sehingga 309 tahun lamanya.

Bahkan yang kita dambakan bukan semata-mata selamat fizikal dari wabak penyakit tetapi benar-benar mendapat keampunan, belas kasihan dan redha Allah Taala. Itu kunci keselamatan sebenar.

NAJWA ZAKARIA C HARAKAHDAILY 31/3/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-4-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel jadi pembela muhyidin pun ada. Kagum betul iol dengan transformasi harakah ni..

TS Muhyiddin tak buat apa-apa masa jadi Menteri KDN?
April 1, 2020

SEORANG pemimpin PAN bernama Jamzuri Ardani dengan lantangnya bertanya: Cuba bagitau apa yang Muhyiddin buat masa dia jadi Menteri KDN yang boleh dibanggakan? Yilek!

Advertisement

Untuk makluman Jamzuri Ardani, di sini dinyatakan 10 pencapaian utama Kementerian Dalam Negeri hanya untuk tahun 2019 sahaja sewaktu ia berada di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin:

(1)    Menaikkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Keamanan Global (Global Peace Index, GPI), yang diukur berdasarkan 23 inidikator, antaranya ialah konflik luar, persepsi jenayah, konflik dalaman, kadar pemenjaraan (incarceration rate), demonstrasi ganas dan keganasan, daripada tangga ke-25 pada tahun 2018 kepada tangga ke-16 pada tahun 2019.

(2)    Merangka dan melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam, iaitu satu dasar yang bersifat holistik dengan enam teras dan 21 strategi sebagai panduan untuk menangani isu dan cabaran utama keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam dengan penglibatan bersepadu daripada semua pihak, pada 3 Oktober 2019.

(3)    Mengekang aktiviti jenayah sekali gus menurunkan kadar jenayah berbanding tahun sebelumnya di mana melalui usaha yang berterusan oleh PDRM jenayah indeks telah menunjukkan penurunan sebanyak 249 kes berbanding sasaran sebanyak 269 kes bagi setiap 100,000 penduduk iaitu penurunan sebanyak 7.5 peratus.

(4)    Menguruskan pendatang asing dalam negara di mana melalui pelaksanaan Program PATI Pulang ke Negara Asal oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk membolehkan warga asing yang telah melakukan kesalahan imigresen pulang ke negara asal secara sukarela mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, seramai 192,260 orang PATI telah berdaftar, seramai 100,242 PATI telah pulang ke negara asal dan sebanyak RM 134.6 juta kompaun telah dikutip.

(5)    Mempergiatkan operasi membanteras PATI berserta majikan yang menggaji PATI di mana sebanyak 17,536 operasi ke atas PATI telah dilaksanakan dengan seramai 51,300 orang PATI dan 1,266 orang majikan telah ditangkap oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

(6)    Menubuhkan jawatankuasa bagi menangani pencerobohan nelayan asing dan melaksanakan Ops Naga yang merupakan satu usaha bersepadu bersama agensi-agensi yang berkaitan di mana operasi ini yang bertumpu di Selat Melaka dan Laut Cina Selatan telah berjaya menahan sebanyak 134 bot nelayan asing.

(7)    Mempercepatkan proses pemerolehan kewarganegaraan bagi pemohon yang layak menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa melalui pengwujudan sebuah Task Force bagi mempercepatkan proses pertimbangan terutamanya bagi Permohonan Kewarganegaraan Kanak-Kanak Di Bawah Usia 21 Tahun Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, di mana sebanyak 25,111 atau 98.5 peratus daripada 25,495 permohonan telah berjaya diproses.

(8)    Menangani kesesakan di Tambak Johor dengan melaksanakan sebanyak sembilan inisiatif yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan di Tambak Johor, khususnya melibatkan pelantikan Ketua Penyelaras bagi Kompleks Kastam dan Imigresen Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), penyuraian kenderaan berat ke holding bay bagi laluan masuk di KSAB, pembukaan laluan kontra di laluan masuk pada waktu puncak di KSAB, pembukaan laluan khas lori tanpa muatan di BSI dan penambahan anggota Polis Bantuan di BSI.

(9)    Melaksanakan operasi penguatkuasaan pengoperasian 24 jam secara pilot test di ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao khusus untuk kenderaan berat dan bermuatan dari 18 Jun 2019 hingga 17 September 2019 dan melanjutkannya sehingga 17 Jun 2020.

(10)  Menambahbaik kebajikan penjawat awam, khususnya dengan meluluskan kenaikan elaun sebanyak RM 2 sejam daripada kadar sedia ada bagi anggota RELA serta meluluskan dua elaun kepada PDRM, iaitu penyelarasan Imbuhan Tetap Perumahan bagi Perkhidmatan PDRM dan Bayaran Insentif Penerbangan Operasi Special Mission Equipment.

Kepada pemimpin PAN berkenaan, ingatlah, jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap seseorang individu atau sesuatu puak itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

Tulisan pemimpin PAN berkenaan boleh dibaca di sini:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10207265068940488&id=1697373867

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF C HARAKAHDAILY 1/4/2020

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 01:58 PM | Show all posts
Ada lg Harakah ni..ingt dh tutup..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok ape bace benda2 positif...bak kater puteri Ayam... Minda positif!!

#AkuPemujaPuteriAyam
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-4-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 2-4-2020 01:58 PM
Ada lg Harakah ni..ingt dh tutup..

Iol pun ingat benda sama gak. Dah xleh berjihad lawan kerajaan, xleh buat artikel fitnah, artikel membenci pemimpin dan lain lain..

So sekarang ni utk umat islam yg prefer utk jadi lebih islam dari orang lain, nak berjihad dan lain lain baca paper mana yer?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-4-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
asma87 replied at 2-4-2020 01:58 PM
Ok ape bace benda2 positif...bak kater puteri Ayam... Minda positif!!

#AkuPemujaPuteriAyam

Betul. Memang ok. Iol bagi 5 star pada harakah kerana berjaya buat transformasi macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 2-4-2020 02:04 PM
Betul. Memang ok. Iol bagi 5 star pada harakah kerana berjaya buat transformasi macam ni..

THORBAIK!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
...Haramkah ni utang berjuta  dgn printing co. pun tak bayau lagi.



https://www.financetwitter.com/wp-content/uploads/2019/09/PAS-Harakah-Newspaper-Owed-Printing-NAJ-Press-Resources-RM3-Million.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 18-4-2020 11:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list