Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
8290
View
102
Reply

Emelda Rosmila 'sekolahkan' netizen

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-4-2020 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Emelda 'sekolahkan' netizen

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/04/671595/emelda-sekolahkan-netizen

Rabu, 1 April 2020 | 8:51am

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my


Pelakon, Emelda Rosmila tidak mahu mengaibkan netizen, tetapi tindakan mereka melampaui batas. STU/Syakirah Azhar

KUALA LUMPUR: Pelakon, Emelda Rosmila memberi pengajaran terhadap netizen yang suka menghukum golongan selebriti tanpa usul periksa.

Menerusi akaun Instagram (IG), isteri pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramli meletakkan paparan skrin, sekali gus mempromosikan beberapa individu yang lantang mengecam membabitkan isu pertikaman lidah antara artis dan netizen yang hangat diperkatakan.

Tindakannya nyata memberi kesan apabila beberapa netizen tampil membuat permohonan maaf akibat perbuatan mereka mengutuk dan mengeji anak seni.

Emelda berkata, dia tidak bermaksud mahu mengaibkan sesiapa.

Ini cara saya mahu memberikan pengajaran kepada netizen yang tak tahu menghormati individu lain. Kalau lihat cara tutur, saya jadi takut.

Artis pun manusia. Apa hak mereka nak bercakap macam-macam. Saya nak luahkan isi hati saya dalam ruang sendiri, kenapa kamu boleh masuk dan cakap sesuka hati.

Di mana silapnya menyuarakan pendapat peribadi. Dengan penuh rendah hati dan diri untuk bertanyakan adakah mungkin golongan artis dan penggiat seni tidak terkecuali untuk mendapatkan insentif kerajaan dalam dunia dilanda musibah ini?

Penggiat seni juga rakyat Malaysia, berhak bersuara untuk diri sendiri. Kenapa perlu kecam? Kalau saya rasa perlu, saya ambil. Kalau tak perlu pastinya akan dahulukan yang memerlukan. Jangan cetek akal. Emosi menguasai diri hinggakan otak di hujung jari, luahnya.

Pelakon drama Manjalara dan Kekasihku Seru itu memberikan contoh jika aplikasi TikTok memaparkan gelagat individu menayang aset secara terbuka menerima pujian netizen.

Tayang aset, semua komen padu dan merecik, tetapi apabila bersuara mengenai nasib penggiat seni, cuba bela diri, netizen seperti dirasuk syaitan.

Adilkah begini? Jika kamu boleh hidup dengan makan nasi bersama ikan kering setiap hari, jangan salah dan cemburukan orang yang berusaha nak makan daging.

Mana akal kamu semua? Saya selalu anggap diri saya kerdil. Saya orang yang sangat merendah diri. Saya letakkan diri saya sama orang lain. Lebih atau kurangnya, saya tetap rasa kerdil. Tetapi, jangan kerana sikap rendah diri ini, kamu boleh buat sesuka hati, katanya.

Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia tidak pernah bertindak sebegini. Ini kerana apa yang dilakukan netizen melampaui batas manusia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 1-4-2020 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Heuheehe nasib baik aku bukan netizen
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh blahhhhhh

u think u are so great?

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bendanya kak oi... Kau nak bantuan, apply je la bantuan tu. Government buka utk semua. Apehal nak minta khas utk korang pulak. Hari ni dah boleh apply, apply la ramai-ramai mana yg layak apply tu. Bila dah dapat, berpada-pada la berbelanja. Government bagi duit tu utk keperluan, bukan utk kemahuan luxury. Orang menyampah sebab korang rasa diri korang tu mcm satu kasta tinggi pulak. Minta bukan-bukan dah mcm nak tampung kemahuan luxury korang pulak. Haih... Makin banyak korg bercakap makin dungu bunyinya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Meh la emlda sekolahkan forumers sini...

Tgk sapa yg nangis di bucu katil nak bersara
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:38 AM | Show all posts
jaga mak mertua jelah baik2, tak pon bukak kedai goreng pisang mesti sold outt
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Who are you again???

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur la i minat artis k pop
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi, sebab ada platform je boleh guna press utk serang balas. Sekali nitizen boikot mmg sendu sesendunyaa laa
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebun ok?     
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersara je la acik oiii..ko dgn laki ko elok masuk gua jer muhasabah diri. Nak kata pelawak pun tak, berlakon pun buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Entoh laaa , nampak fofular dgn drama Manjalara sajok kaw nih melda oiii ! Pehtu sendurina until now jua , laki bini sama acah2 retis versatil & always perfect ! Pooodaaahhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Entitled sgt ko kak
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 11:00 AM | Show all posts
Amboii dah semua org tahap makan ikan kering masa susah mcm ni hg tamak nak makan daging..nampak tak tamaknya artis ni..

Sapa kata gologn artis penggiat seni tak dpt insentif? Apply la ikut level rakyat yg dah di abaq tu... penat la cakap dgn org IQ tinggi nihhhh !

Nk mkn daging wagyu pakai duit sendiri lah bongok .. nk mkn dgg tapi nak bolot hak org makan ikan kering..mentaliti IQ tinggi pabendaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
akak buat hidung and runcingkan muka kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik ko sekolah kn family scammer ko, dari kakak, abang ipar Scammer. Lepas tu laki pun nk join jadi Scammer tapi belum untung besaq dah kantoiii.
Sedih hidup, laki Dahlh hodoh, nk jadi Scammer pun bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 1-4-2020 11:00 AM
Amboii dah semua org tahap makan ikan kering masa susah mcm ni hg tamak nak makan daging..nampak tak ...

Exactly! Tahi nya perangaiiiii! Keji sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
x payahla nak sekolahkan kitaorg kak.. iq kita mmg rendah bak kata kaaia.. nt menangis akk kitaorg sekolah kan akk balik
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 11:58 AM | Show all posts
Edited by tagas at 1-4-2020 12:00 PM

suka hati la netizen nak ckp apa pun suma ada hak komen


in dis situation u alls as retis patut diam tak berkutik

dr berbunyik tu lebih elok dr nak lwn dgn netizen

as a customers is always right than uolls assumes as service provider

kang kena boikot all industri hiburan uoollss nak mkn ape jgn ego
jgn main2 dgn kuasa netizen gomen pun bleh bertukar

tgn taw  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list