Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
582
View
5
Reply

[Tempatan] Agong, Permaisuri setuju kerajaan tak bayar emolumen diraja 6 bulan.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-4-2020 12:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 31-3-2020 08:59 AM

Agong, Permaisuri setuju kerajaan tak bayar emolumen diraja 6 bulanBernama -

March 31, 2020 6:49 PM


Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar emolumen diraja kepada mereka berdua selama 6 bulan mulai Mac hingga Ogos.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata persetujuan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertujuan membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19, serta menyahut keputusan kerajaan memotong 2 bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung Covid-19.

Perkenan Seri Paduka Baginda Berdua ini turut mencerminkan keprihatinan dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara, katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Fadil berkata perkara tersebut dimaklumkan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, sempena Hari Doktor semalam, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya barisan hadapan atas khidmat, bakti dan pengorbanan tanpa penat lelah dan mengira masa menjalankan tanggungjawab membendung pandemik itu.

Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan berkaitan di atas pengiktirafan yang diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tata cara pengendalian Covid-19 di Malaysia, katanya.

Ahmad Fadil berkata Agong menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama mereka, berdoa memohon ihsan Allah semoga Malaysia sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 1-4-2020 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow bagusnya
Kalau semua raja2 ikut cmni pun bagus
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
good job
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemotongan tu tak seberapa bagi meka, tak terjejas pun tapi gesture tersebut amat dihargai rakyat. Menunjukkan kerajaan sensitif dgn masalah rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:30 AM | Show all posts

Aii nak tanya sebulan Agong dpt berapa ribu? and permaisuri agong dapat berapa ribu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:42 AM | Show all posts
takde ke PH yang nak kondem? geng2 PH bila lagi nak letgo gaji MP dulu2? ye la kalau syed saddik boleh banje amoi RM250k, derma kat rakyat pasti membantu, kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list