Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
3324
View
48
Reply

[Tempatan] Tulisan rakyat Msia di Ireland... bersyukurlah korang duduk Msia. Hargailah kakitangan & frontliner KKM. Hospital Msia tak perfect tetapi hospital kita bukanlah teruk sangat

[Copy link]

Author: harizs    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 31-3-2020 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bismillah,

Assalammualaikum warga MAHN

Ireland  hari ke 18 RMO,

Kes di Ireland semakin meningkat

Total Kes 2910 termasuk 295 kes baru dan 8 kematian. Sudah melebihi Malaysia daripada jumlah yg dijangkiti.

Paling aku kagum sebagai rakyat Malaysia walaupun tinggal diperantauan betapa cekap dan maju sistem Kesihatan dan Perubatan di Malaysia.

Kes pertama di Malaysia bermula pada 23 January dan di Ireland kes pertama disahkan  pada 29 Februari. Sehingga hari ini cuma 5 pesakit kembali pulih dan disahkan bebas Covid19 manakala Malaysia sudah berjaya merawat 479 pesakit dan disahkan bebas covid19. Kalau diambil kira ia satu pencapaian yg amat baik berbanding negara maju yang lain termasuk beberapa negara di eropah dari kiraan peratus.Tahniah kepada semua yg terlibat terutama front liners

Di Ireland penduduk tak sampai 5juta pun, lebih kecil dibanding penduduk Selangor yg hampir 7juta. Apatah lagi Malaysia keseluruhan  penduduk yang sudah hampir 30 juta. Jadi untuk kes jangkitan dari segi angka dan peratusan di sini lagi membimbangkan. Terutama negara eropah yg kebanyakannya  terjejas teruk   

Kalau orang Malaysia complain pegi hospital kena tunggu sampai 4 jam untuk rawatan di unit kecemasan, maka harus org tu datang sini, sebab kebiasaan menunggu di unit kecemasan disini tak lama cuma dlm 6 jam paling cepat, tp tu pun di kawasan pedalaman.. Klu dekat Dublin dlm 12 jam itu standard. Aku pernah temankan kawan 2 kali, yg pertama 19 jam yg ke2 pergi 21 jam . Mula sampai buat 1st screening dan diberi paracetamol utk tahan sakit sementara tunggu nama dipanggil. Tak boleh nak kemana2 sebab takut missed bile doctor panggil. Saya yg teman pun blh sakit ye..Bayaran bukan seringgit ye tapi 100 euro lebih kurang 470 ringgit x termasuk ubat ye . Bukan saje2 nak pegi unit kecemasan tapi mmg sistem dia kat sini lepas jumpa GP atau doctor kat klinik mereka akan refer hospital, 1st  kena melalui unit kecemasan tak kisah apa kes pun. Nama pun unit kecemasan, dah tentu rawatan diutamakan pada yg boleh menyebabkan kehilangan nyawa dahulu, contoh kemalangan. Jadi kalau boleh di Malaysia jangan la kita suka2 ke unit kecemasan sebab masih banyak klinik Kesihatan untuk mendapatkan rawatan awal, kecuali utk kes yg betul2 perlukan rawatan kecemasan sebab bila lama menunggu anda mengeluh.  Saya yakin ramai yg dlm bidang ni terutama doctor dan nurses setujukan??

Untung kat Malaysia siap datang jemput ke hospital untuk kes covod19, di Europe kebanyakan masih menunggu giliran untuk diberikan ujian atau saringan, belum lagi rawatan. Cuma diminta kuarantin dan isolation di rumah sendiri kecuali kes yang kritikal. Kalau di US saringan percuma jika didapati positif covid19 tapi kalau negative tunggu je bil beribu sampai. Jadi anda rasa ramai ke yang sanggup volunteer buat saringan kalau tak yakin betul2 terkena jangkitan?  Jadi bersyukur jika anda masih di Malaysia sebab saya cemburu

Tahniah kepada semua para pekerja KKM dan semua front liners termasuk yg masih bekerja di pasaraya dan untuk semua yg sentiasa berdoa untuk kesejateraan semua. Kerana doa adalah senjata kita yg plg mujarab, InshaAllah. Aaminn.

P/S: menu apa adanya, mmg bukan ikut selera tekak melayu yg rindukan budu dan belacan. Tp kerana sy memilih utk duduk dirumah sy makan apa adanya.. Alhamdulillah.

#StayHomeSaveLives

Maaf panjang lagi karangan harini..  Kalau bosan abaikan je, sekadar berkongsi pandangan dan kebanggaan seorg rakyat Malaysia diperantauan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 31-3-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Salute cara kkm handle wabak ni, tindakan pantas & cekap. Jumlah yg positif masih terkawal tak spike lebih2, dlm 100 ke 200 les jer sehari, yg sembuh pun ramai & kematian mostly sbb ada NCD. Gov plak cepat bertindak & mendengar bila kkm suggest utk kawal pergerakan. Team work yg sangat bagus dari gov, kkm & frontliners yg lain. Proud Malaysian.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pun masih ada yg susah sgt nak bekerjasama. Suruh duduk dalam rumah je pun.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 11:51 PM | Show all posts
Aku teringat ucapan Shamsul Debat.. Kat luar negara pekerja kesihatan kejar pesakit sebab lari dari bayar ubat, kat Malaysia pekerja Kesihatan kejar pesakit sebab tertinggal ubat....... KKM memang terbaik.............
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yang masih belum tahu tahap perkhidmatan kesihatan negara kita jauh lebih baik berbanding banyak negara maju
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 12:21 AM | Show all posts
pun masih ada bangsa komunis yg kutuk hospital malaysia mcm kat melaka tu..

dan kes staf kkm kat kelantan yg srh org kampung uruskan jenazah mangsa covid. cant brain on this.

kepada sesapa yg bekerja kerajaan sedikit nasihat dr aku, kalo rs diri tu x bleh buat yg terbaik and x ada niat utk membantu rakyat, elok berhenti je lah. bg peluang kat org lain yg btl2 nak keje dan berkelayakan..

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-4-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 1-4-2020 12:12 AM
Ramai yang masih belum tahu tahap perkhidmatan kesihatan negara kita jauh lebih baik berbanding bany ...

hospital kita x secantik hospital2 di obersea.  tapi dari segi servis & kos mungkin kita better.  Peruntukan kerajaan agak besar utk hospital,  sbb sbb kita allocate kurang utk pertahanan/persenjataan
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Apo??? Kat us free jika positif jah? Kalu negatif kena bayo..omg..harap insuran cover
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 1-4-2020 01:04 AM
Apo??? Kat us free jika positif jah? Kalu negatif kena bayo..omg..harap insuran cover

Sbb Insurans x cover result negatif sbb tu kena bayar
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 1-4-2020 12:12 AM
Ramai yang masih belum tahu tahap perkhidmatan kesihatan negara kita jauh lebih baik berbanding bany ...

Indeed. Sapa2 yg pernah tinggal di UK/Europe sgt appreciate dgn sistem kkm.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:43 AM | Show all posts
Indeed Malaysian Hospital still the best service love from Japan.

Orang Malaysia merunggut tunggu giliran lambat, aku di Jepun sama jer berjangut juga nak tunggu nombor giliran.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi satu yang sy faham kat US kalau pesakit xda insurans atau medical card diorang susah nak bagi rawatan sbb kos rawatan sngat mahal ya...jumpa Dr ja sdah brapa kena bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:22 AM | Show all posts
kat sana, kedai barangan fetish bermurah hati derma semua stok hospital scrubs dia org kpd NHS
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon hapuskan sistem insurans mysalam yg bakal menyusahkan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya kita ni terer baik dr misi engineer loyer akauntan etc cumer kita ni ada inferiority complex asyik pk org lain lebih maklumlah dah bnyk kali kena jajah...apek2 superiority complex dtg exagerate ckp singapore lbh baik kita pun telan. Aku dah niasa compete dgn asian dan bagi aku secara averagenya kita ni bwh sikit jer dari jpn, tinggi sikit dari thai. Thai pun mcm kita inferiority complex tapi bijak bkn mcm yg kat bwh tu sembang jer lebih time buat kerja mmg kelaut. Kita ada potensi jadi cam jepun. 3 characteristic jepun yg kita ada tapi pada level yg rendah. 1pentingkan masyarakat instead of individualistic yg kita sikit jer kurang tapi makin meningkat. 2work hard yg ni susah nak compete sbb jepun satut2nya culture yg org mati kerja dlm opis, mngkn ada yg ckp kita pun kerja kuat, wait seminit, kalau hg boleh balik pkl 1pgi pkl8 pagi dah dekat opis hari2 then hg boleh ckp hg sama level.3diligent jepun boleh buat krja yg sama selama at least 30thn. Kalau tgk nobel prize winner dia buat research on one subject at least 30thn!!! Ada satu buku aku beli ditulis oleh medical dr yg dah practice 50thn x3 org hahaha byangkan....4fine observation yg ni kita tak der sbb dia org belajar fine arts dari tadika thru caligraphy 5discipline yg ni kira ok not so bad. So kalau kita improve characters ni kita akan jadi a close no2 to japan. Improve character jer tak yah invest biliyun2. So tahniah kkm thats why aku tak fhm apasal kita nak hntr student gi belajar medik kat indon la india la dan nak ikut ordr dari md who yg bkn medical dr dari ethiopia hahaha what a joke...we can decide for ourselvesla....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:19 AM | Show all posts
harisbee replied at 31-3-2020 09:04 AM
Apo??? Kat us free jika positif jah? Kalu negatif kena bayo..omg..harap insuran cover



mana dpt info ni? hishhh memandai jer.


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 1-4-2020 06:20 AM

Rasa mcm ade byk kali gak sis ni cite pasal kat ireland ni,
Tadi pun dia ade cite lagi.
Memang berbeza tul orang eropah dengan kita. Depa still sambil lewa berdepan virus ni walopun duk panic buying bagai tp langkah2 pencegahan tu tak bersungguh sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:20 AM | Show all posts
7doors replied at 31-3-2020 10:02 AM
Lagi satu yang sy faham kat US kalau pesakit xda insurans atau medical card diorang susah nak bagi r ...


Amenda yg you faham ni? hish!!


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 1-4-2020 06:19 AM
mana dpt info ni? hishhh memandai jer.

Dlm surat tu la...x betoi ka
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:19 AM | Show all posts
harisbee replied at 31-3-2020 02:48 PM
Dlm surat tu la...x betoi ka



Tak betul. Utk test tak perlu bayar apa apa sebab insurance cover. Semua orang yg ada perkerjaan ada health insurance sebab company provide utk mereka. Company yang TIDAK bagi insurance pada staff boleh dihukum dgn denda yang besar. Obama care tolong orang miskin utk dptkan rawatan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list