Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
4722
View
87
Reply

[Tempatan] Ko Jawablah Dgn Hakim - The Jogging Cardiologist Kena Dakwa

[Copy link]

Author: Nahnukutu       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-3-2020 01:42 PM | Show all posts |Read mode
image.png

Audrey Dermawan
audreymd@nst.com.my



PAKAR kardiologi yang mencetuskan kekecohan selepas bertelagah dengan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana dilarang berjoging, 19 Mac lalu didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini.

Bagi pertuduhan pertama, Dr Ong Hean Teik, 60, didakwa menghalang penjawat awam iaitu anggota penguat kuasa MBPP, Muhd Alif Aizad Abd Latif melakukan tugas di Taman Bandaraya, kira-kira 6 petang 19 Mac lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.


Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa atas kesalahan keluar dari rumahnya di Jalan Tanjung Bungah ke Taman Bandaraya mengikut Seksyen 3(1) Akta Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7(1) akta sama iaitu denda maksimum RM1,000 dan hukuman penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Dr Ong mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Pendakwaan kes ini dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan, manakala Hean Teik diwakili peguam bela, Bala Mahesan.

Yazid memaklumkan kepada mahkamah bahawa Seksyen 186 Kanun Keseksaan adalah tidak boleh diikat jamin kerana salah satu sebagai Kanun Prosedur Jenayah.

Kami juga meminta syarat tambahan kepada tertuduh supaya menyerahkan pasportnya kepada mahkamah kerana kes berkenaan mendapat perhatian umum, katanya.

Jamaliah membenarkan Hean Teik diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan RM5,000 bagi jaminan untuk pertuduhan di bawah Seksyen 7(1).

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes berkenaan pada 9 Jun nanti.

Terdahulu, video berdurasi empat minit menunjukkan Hean Teik bertelagah dengan seorang anggota penguat kuasa MBPP tular di media sosial, minggu lalu.

Dalam video berkenaan, dia mempersoalkan larangan jongging oleh anggota penguat kuasa berkenaan dengan memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan perintah berkurung dan lokasi itu adalah jalan awam.




Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 1:20 PM


Cuba lah hujah jantung ko tu... ko hengat hakim heran...





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 30-3-2020 01:51 PM | Show all posts
bodoh tak boleh dia ajar pakar jantung ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyooo... tak sangka sampai kena dakwa cardiologist jogging ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital mana dia keje x dinyatakan plk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka.. Tak kira la ang pakar jantung ka.. Ang merempit ka.. Asalnya langgar MCO mmg patut kena dakwa dan denda /penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ego kan. Kalau masa jogging tu ikut arahan dan balik umah, kan settle.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mengaku bersalah pak cik ni. Masih tersenyum disebalik mask. Jenis degil keras kepala ni tak kira kau blaja tinggi mana pun & pegang jawatan apa pun. Memang ada spesis mcm ni yg rasa diri hebat
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal2 kena naik turun mahkamah. Duit melayang, masa terbuang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:07 PM | Show all posts
Moga jadi mengajaran buat yang lain sila ikut arahan dan peraturan yang dikeluarkan.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:14 PM | Show all posts
hmmm.. nth la
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:24 PM | Show all posts
padan muka hang
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahah replied at 30-3-2020 01:56 PM
Aiyooo... tak sangka sampai kena dakwa cardiologist jogging ni...

Mmg patut didakwa sebab status as doc buat rmai ikut..kang polis tahan org awam depa jawap cardiologist kata xpe g joging kan dah menyusahkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu je cara nak ajar puak perasan serba serbi lebih  dari orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis keras kepala mcm ni, penjara je bagi dia. Tukar warganegara.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:42 PM | Show all posts
maya karin terlepas? bukan bimbo tu sokong dr ni jogging time mco ka
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:59 PM | Show all posts
Ya ampun sebagai doktor pakar anda lagi arif untuk memastikan kuarantin bagi menghalang Covid-19 dari merebak. Ini dia gi jogging masa PKP. Bila org Majlis suruh dia balik siap malawan lagi. Doktor apakah kepelikan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 30-3-2020 01:58 PM
Hospital mana dia keje x dinyatakan plk..


Dr tu ada klinik sendiri dkt penang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 03:20 PM | Show all posts
dia boleh la bawak model jantung ke court
DAP tak ikut sekali ka?

dia tak fhm ke kesalahan dia ialah menghalang tugas penjawat awam
org biasa pun fhm
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 04:56 PM | Show all posts
dah tua pun .....



Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnikutunya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list