Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
2289
View
72
Reply

[Tempatan] Update #44 NGO BERSUARA! Menteri sembang kari, NGO sembang berisi #19: Di Malaysia kerajaan halang NGO bantu, di Perancis digalakkan! Macamlah agensi kerajaan ini cekap sangat! Kalaulah PH...

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-3-2020 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 30-3-2020 05:46 AM

Di Malaysia kerajaan halang NGO bantu, di Perancis digalakkan
March 29, 2020 8:20 pm



Pengarah Kesihatan Perancis, Jerome Salomon menyeru rakyat negara itu supaya tampil menggerakkan usaha serta bersolidariti bagi menangani krisis akibat wabak Covid-19.

Menurut laporan Le Monde semalam, Jerome menyeru semua sukarelawan supaya pergi ke laman web Jeveuxaider.gouv.fr jika ingin membantu pertubuhan-pertubuhan terbabit dalam suaha berkenaan.

Katanya, tumpuan adalah terhadap empat misi utama iaitu mengedarkan makanan, penjagaan kanak-kanak terbiar, menjalin hubungan dengan mereka yang tersisih, serta bersolidariti dengan penduduk tempatan.

Namun di Malaysia, semalam, Majlis keselamatan Negara (MKN) memutuskan bahawa NGO, parti politik dan sebagainya tidak lagi dibenarkan mengedarkan sumbangan kepada mana-mana badan dan individu secara sendirian dan hanya boleh disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat sekali gus diedarkan oleh anggota Rela dan Agensi Pertahanan Malaysia.

Sehubungan itu pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia dalam satu kenyataan merayu agar kerajaan memberi pelepasan kepada mereka untuk mengedar makanan dan keperluan asas kepada golongan memerlukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PRK) berkuatkuasa.

Kami sedar betapa seriusnya situasi yang kini melanda negara, dan kami memberi komitmen sepenuhnya untuk membantu kerajaan untuk bersama-sama melawan Covid-19 dan menghentikan penyebaran virus ini.

Pada masa yang sama, mungkin wujud kekurangan kesedaran terhadap berapa banyak komuniti dan golongan berisiko yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakkan (MCO), dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan barangan keperluan asas termasuk makanan.

Golongan-golongan yang terkesan termasuk golongan B40, golongan miskin di bandar dan luar bandar, rakyat yang telah hilang punca pendapatan akibat MCO, golongan tua, golongan yang tidak boleh ke luar rumah, orang sakit, anak yatim, orang asli, pekerja asing, pelarian, dan ramai lagi, kata kenyataan yang dibuat bersama 47 NGO itu.



Bestnya semalam makan besar dengan family, akan stay dengan parent untuk 3 - 4 hari bergantung mood, baru balik ke suite Jalan Sultan Ismail

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 30-3-2020 10:33 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 30-3-2020 03:14 AM

Pemuda DAP: Usah sekat NGO bantu orang awam
Diterbitkan Hari ini 12:26 pm


Kerajaan digesa memberi perlepasan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan pada saat penularan wabak Covid-19.

Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, berkata larangan kepada NGO menyalurkan bantuan secara langsung kepada pihak yang berkaitan sama seperti tidak membenarkan pihak berkuasa menjalankan tugas.

Sekiranya niat di sebalik pengumuman ini adalah untuk meminimumkan risiko penularan dan jangkitan, keputusan yang lebih tepatan ialah mewajibkan pemakaian pakaian pelindung diri (PPE) atau diberikan latihan khusus.

Kalau benar-benar gusar dan khuatir, boleh syaratkan seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) atau Rela untuk mengiring dan memantau bantuan diagihkan.

Pendekatan ini sudah tentu lebih berkesan berbanding menghalang NGO, pertubuhan belia dan badan kebajikan daripada terus membantu, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, NGO C yang membantu memberikan sumbangan perlu mengehadkan pergerakan mereka bagi mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.

Menghargai bantuan yang disalurkan, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menubuhkan pusat pengagihan makanan buat NGO yang ingin menghantar barang keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, Lee turut menggesa kerajaan menarik balik kenyataan berkenaan kerana dianggap mengancam kebajikan rakyat bawahan pada waktu krisis ketika ini.

Fahmi Fadzil: NGO & Sukarelawan Dilarang Agih Makanan Terus Kepada Penerima?
2,088 views•Mar 29, 2020


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:37 AM | Show all posts
iols dengar semalam Ismail Sabri kata bukan halang, tapi ada prosedur n cara yang betul untuk bagi bantuan. sebab NGO ni pun bakal terdedah kepada risiko.. so ada SOP yang perlu dipatuhi. takde lak gomen kata jangan bantu...hurmmmm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:43 AM | Show all posts
bab hasut & menipu bagi kat tt & dap..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 30-3-2020 10:43 AM
bab hasut & menipu bagi kat tt & dap..

Kan. Lidah ayam berbelit rupanya. Taik bkn kat ekor je, kat otak pun ada...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu france fail.

Boleh ngo nak bantu. Guna saluran yang betul.

Government dah sediakan tabung covid and sukarelawan covid..

Kalau nak bantu dengan duit boleh salurkan ke tabung covid.

Kalau nak bantu dengan tenaga boleh hubungi sukarelawan covid..

Sebabnya kita tengah lockdown. Biar gomen je uruskan..kalau gomen effected senang kita blame gomen..

Ni kalau ngo yang masak yang sebarkan covid contohnya..agihkan pula ke banyak tempat. Tak ke naya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
DAP berselindung sebalik NGO untuk berpolitik

agih barang sikit, viral yang lebih

nanti lu olang kena covid salahkan gomen jugak

manyiak degil balik wuhan lagi baik la
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembangkang ni semua nak politiikkan sekarang ni..

Mesti mereka risau malaysian bersatu under this crisis dan mereka dilupakan

Tp elok ngo2 ni drpd bagi bende2 makanan nasik bungkus la bagai elok bg brang dapur,beras semua tu kat public..

Ini dak..semua nak bagi nasi la,kfc la kat hospital pastu hurung kemera korg utk photo'op..hospital is a warzone and i thnk they dont need unnecessary ppl there
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan halang ler buduh. NGO kne ikut SOP yg ditetapkn utk elak jdnye lg mcm kes org berkumpul rmi2 mcm mgu lepas utk dptkn bantuan.

ayat mne yg kate halang tu?





Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:52 AM | Show all posts
kalo dah bebal tu bebal jugak la..
org cakap lain dia paham lain...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 30-3-2020 10:37 AM
iols dengar semalam Ismail Sabri kata bukan halang, tapi ada prosedur n cara yang betul untuk bagi b ...

tt mmg kaki fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 30-3-2020 10:46 AM
DAP berselindung sebalik NGO untuk berpolitik

agih barang sikit, viral yang lebih

sbb dgn muhyiddin bg mcm2 dap n ph mmg hilang nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 30-3-2020 10:54 AM
sbb dgn muhyiddin bg mcm2 dap n ph mmg hilang nyawa.

Ni thread putar belit fitnah

jis jis kling klong mana

-98
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:59 AM | Show all posts
hoi jawablah isu topeeng test kit dari china tiada kualiti siap negara luar pulangkan? jawablah mangkuk hayun komunis tersangkak di cariforum.

buka thread banyak2 tapi pengecut tak de telur. jangan sampai kena sumbat dalam reban ayam belakang rumah sis vokuru
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 11:02 AM | Show all posts
setiap benda ada SOP.....so harap semua faham lah kepentingan SOP nih...

Jgn waktu side yg kita sokong ikut SOP kita pun sokong tp bila melibatkan pihak yg kita x sokong dgn SOP2 pun kita maki....

SOP dicipta utk kelancaran dan juga utk safety...harap semua faham dan jgnlah memana pihak dok politikkan SOP
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
lol...kat perancis tu pembangkangnya ph ke?perancis n malaysia bukan satu negara oiii,lain undang2.....
kenapa tak bgtau sekali kt us xda pkp,kenapa malaysia ada
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-3-2020 11:06 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 30-3-2020 03:11 AM



Fakta dilapangan berbeza kerana agensi kerajaan tidak semua mampu membantu walaupun ada SOP dan sebagainya


Sementara itu pihak JKM tidak cukup manpower dan kemampuan logistik untuk menyimpan dan menyalurkan bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tak setuju ngo bagi direct ke sasaran sbb boleh jd ngo sumbang skali corona ke penerima atau kutip dari penerima. yg dapat pulak sebar kat isi rumah masing2. utk kutip mungkin risiko rendah tapi takut ada yg tak gheti gi salam/cakap dekat2
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-3-2020 11:07 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 30-3-2020 03:30 AM


Sementara menunggu perbincangan selesai orang miskin kena puasa dahulu lah ya

Menteri sembang kari, NGO sembang berisi
NGO Dilarang Agih Makanan Terus Kepada Penerima, Apa Isunya?
March 29, 2020



Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dilarang agih makanan terus kepada penerima.

Semalam isu NGO mengagihkan makanan menjadi panas selepas menteri kanan tidak membenarkan mereka menyumbangkan makanan terus kepada penerima sebaliknya menghantarnya ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Menteri Pertahanan, langkah ini diambil sebagai langkah mengawal pergerakan susulan daripada kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).



Pejabat JKM yang kini menjadi fungsi sebagai pusat pengumpulan diharapkan dapat mengurangkan pergerakan sebahagian yang bebas keluar dengan alasan menghantar makanan.

Hanya anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dibenarkan untuk melakukan pergerakan dari rumah ke rumah.

Sebagai langkah membendung penularan COVID-19 di Malaysia, langkah ini diambil sebagai satu inisiatif berjaga-jaga sehinggalah perintah ini tamat pada 14 April hadapan.

Merupakan isu perdebatan yang tiada penghujung, mari kita lihat apa fungsi NGO yang sebenarnya menurut saudara Mukmin Nantang, pengasas badan NGO Borneo Komrad (tulisan mengenai NGO ini total daripada beliau).

1. Mengapakah bantuan dari NGO wujud?
NGO dan bantuan-bantuannya wujud untuk melengkapi masalah atau persoalan masyarakat yang tidak diselesaikan oleh kerajaan. Memang semua kerja NGO sepatutnya kerja kerajaan. Tapi kerajaan lebih banyak main politik dan tidak mampu bergerak seprogresif NGO dalam membantu masyarakat terpinggir. Tumbuhnya NGO bagai cendawan selepas hujan adalah mencerminkan kelompongan yang besar dalam kerja-kerja orang politik.

2. Kerajaan mahu pun mana-mana orang politik tidak harus sombong.
Sedarlah diri. Sepatutnya bekerjasama dengan NGO dan mengambil maklumat atau dapatan dari NGO. Ketika kamu duduk di atas kerusi empuk NGO sedang bekerja setiap hari memahami masalah masyarakat. Kamu dari atas memang tidak akan pernah memahami.

3. NGO juga mahu duduk rumah dan berehat.
Tapi bagaimana kalau setiap hari kami dibanjiri mesej dan didatang oleh orang berjumpa kami untuk memohon bantuan? Mengapa mereka bertemu NGO bukan pusat kerajaan? Sebab sistem kerajaan sangat teruk banyak birokrasi, serabut dan akhirnya masalah masyarakat banyak tidak mampu diselesaikan.

4. Kerajaan banyak bercakap soal polisi dan dasar tetapi implimentasinya bagaimana?
Bagaimana dengan orang di pulau, orang di pedalaman, pelarian dan orang tanpa dokumen? Bagaimanakah cara mendekati dan membantu mereka? Sedarlah bukan saja mereka tidak dapat bantuan, informasi juga mereka tidak dapat. Tidak semua orang ada kenderaan dan kelebihan menggunakan jalur lebar (internet).

5. Sedarkah kerajaan ada pulau yang berjam-jam untuk kita sampai menaiki bot.
Ada pedalaman yang berhari untuk kita sampai dan ada yang tidak boleh masuk menggunakan kenderaan. Ada pelarian yang terperangkap di penempatan mereka. Ada orang tanpa dokumen yang takut untuk keluar dan bantuan tidak pernah sampai ke tempat mereka.

6. Kerajaan tidak perlu larang NGO, kami boleh berhenti sendiri buat kerja kebajikan kemanusian ini.
Bolehkah kerjaan beri jaminan akan membantu semua golongan diceruk-ceruk mana pun? Boleh? Kalau boleh kami semua berhenti buat kerja PERCUMA ini!

7. Jangan kata kami tidak salurkan maklumat kepada kerajaan.
Habis air liur, habis kertas A4 laporan dicetak dan habis duit berulang kali naik turun pejabat kerajaan. Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) ?. Kalau JKM ni bagus rancangan Bersamamu TV3 pun tak wujud!

8. Bercakap dari bibir politikus
yang sedang duduk dikerusi empuk tidak mungkin sama dengan gambaran sebenar penderitaan rakyat kelas bawah.

9. Saya tidak akan berhenti bagi bantuan.
Hukumlah apa pun, dan jangan lupa bantu komuniti yang saya jaga!

10. Kami NGO juga takut dijangkiti COVID-19
tapi yang lebih kami takut adalah saudara semanusia kita dibiarkan mati tak makan, mati tidak beri perubatan.


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 11:08 AM | Show all posts
NGO ni patut sedar, bukannya saja takut sukarelwan boleh get infected, tapi mereka pun boleh jadi penyebar virus kalau tak berjaga jaga. Since mereka  akan jumpa ramai orang ketika nak serahkan sumbangan, kalau tidak dikawal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list