Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
3081
View
29
Reply

Amy Pheeeewitttt tinggalkan Search

[Copy link]

Author: BomBoLoniS    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-3-2020 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by BomBoLoniS at 29-3-2020 11:29 PM

KUALA LUMPUR: ‘Saya gembira dengan keputusan ini... Muktamad dan saya tidak akan berpatah balik. Saya harap mereka boleh merancang sesuatu untuk masa hadapan Search.”

Demikian reaksi Amy Search mengulas keputusan mengundurkan diri daripada band yang ditubuhkan pada 1981 itu, seperti diumumkan, petang tadi.

Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman berkata, keputusan meninggalkan Search sudah lama difikirkan cuma baru dapat ditunaikan.

“Ini bukan keputusan terburu-buru. Sebaliknya, sudah lama saya fikiran. Bagaimanapun, saya bukanlah berhenti terus daripada menyanyi. Jika ada undangan yang mahukan saya menyanyi, saya akan pergi.

“Saya akan bergerak secara solo, bukannya berkumpulan. Daripada segi lagu, jika ada permintaan peminat yang mahukan saya menyanyikan lagu Search, saya tetap tunaikan,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Ditanya apakah benar faktor kualiti vokal yang semakin menurun menjadi antara punca dia mengundurkan diri, bapa kepada pelakon Nabila Huda ini mengakui hakikat itu.

“Memang benar faktor vokal menjadi antara punca. Tapi pada saya, sesuailah dengan peredaran usia. Ini bukan berlaku pada saya sahaja, malah penyanyi lain di seluruh dunia, katanya.

Ini bukan kali pertama Amy mengundurkan diri daripada Search. Penyanyi berasal dari Johor ini pernah meninggalkan kumpulan yang mencetuskan fenomena dengan lagu Fantasia Bukan Madu itu pada 1994 bagi memulakan karier solo.

Sementara itu, pemain bass, Nasir Daud ketika dihubungi, reda dengan keputusan Amy.

Tidak terkejut dengan berita itu, Nasir berkata, mereka sudah menjangka perkara itu akan terjadi sekali lagi.

“Kami anggota Search termasuk Kid dan Din tidak terkejut. Sebaliknya, kami dapat menjangka perkara itu terjadi kerana sejak beberapa bulan lalu, Amy seakan-akan menjauhkan diri.

“Sebelum ini, kami sering berhubung melalui aplikasi WhatsApp. Biar lambat sekali pun, Amy akan menjawab pesanan yang dihantar.

“Namun, sejak kira-kira empat bulan lalu, Amy tidak menjawab pesanan atau panggilan telefon.

“Kami dapat mengagak perkara ini akan terjadi apabila pihak pengurusannya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Amy sudah penat dan ingin fokus kepada perniagaan ketika kami mengumumkan Konsert Apologia Search & Awie yang sepatutnya berlangsung, semalam,” katanya.

Nasir berkata, dia dan teman-teman reda dengan pendirian Amy.

“Lagipun Amy sudah tiada hati, takkanlah kami hendak berlutut dan menangis minta dia tarik balik keputusan.

“Hidup perlu diteruskan, kami ada tanggungjawab dan komitmen yang perlu dilunaskan. Lebih baik kami fokus kepada Search bersama Datuk Awie” katanya.

Tambah Nasir, kesukaran menghubungi Amy menyebabkan mereka menghadapi masalah menerima tawaran persembahan. Mereka bimbang dilabel ‘besar kepala’ dan sukar bekerjasama.

Mengenai alasan vokal tidak semantap dahulu yang dinyatakan Amy, Nasir berkata, perkara itu dianggap tidak munasabah.

Nasir berkata, bagi anggota Search yang lain, penyanyi itu masih mampu menyanyi.

Biarpun kehilangan penyanyi yang baik, Nasir berkata, anggota Search akur dengan keputusan Amy.

Ditanya apakah Search akan menghalang Amy menggunakan nama kumpulan itu untuk kerjaya solonya, Nasir berkata, mereka tidak boleh menghalang.

“Kami tidak akan menghalang atau bagi penalti kepadanya. Terpulang dan biarlah Amy fikir sendiri.

“Jika dia masih mahu menggunakan ‘label’ Search terpulanglah. Kita hargai usaha dan bakti dicurahkan kepada Search selama ini.

“Bakti Amy tidak dapat dinilai, kami akui kehilangan penyanyi yang baik tetapi apa yang boleh buat... Search harus bakur,” katanya.

Petang tadi, Amy atau nama penuhnya, Suhaimi Abdul Rahman mengumumkan pengundurannya daripada Search.

Amy membuat pengumuman itu dalam segmen #ArtisDudukDiam yang disiarkan secara langsung oleh Astro Gempak, kira-kira jam 3.30 petang.
IMG_20200329_224400.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 29-3-2020 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe la pak amy... sekarang pun mmg xbole buat show...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Uncle uncle bergaduh
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua, maybe dia pun dah hilang drive nak rockin mcm dl
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya gembira dengan keputusan ini".. Ada message trsembunyi. Smell sumting fishy..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2 la tu hal dunia pak Amy... usia makin lanjut... baik sediakan bekalan utk akhirat pula...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kes arwah yazid aritu nasir ni yang banyak bersuara. Ni kes amy pun dia jugak, fishy kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
join lah GV this year..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis pon xrasa sebab suara dan faktor usia. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
awat time ni gk hang nak berundur???
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok ja..undur masa nama dikemuncak..i sokong u amy.fokus family,ibadah dn kesihatan.tu lbh baik..buat yg berpada2 sudahlah..inshaAllah..ada rezeki tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:30 AM | Show all posts
dah tua nak mam pun bergaduh sesama geng
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok bgs la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
xpela dia dh tuakan 60 lebih kan umur amy ni. dia nk tumpu kt bisness n bykkan ibadat la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tua2 ni tak payah la nak semakkan kepala dgn hal2 dunia n hal "kawan2" ni amy... aku yg belum 40s pun dah malasssss nak fikir pasal hal dunia n kawan2 sangat... yg penting (n harus diutamakan) adalah diri sendiri n keluarga, terutamanya kesihatan... nak buat konsert bukannya senang kan, perlu komitmen yg sangat tinggi, esp vokalis la... stamina, suara n kesihatan kena tiptop, apatah lagi utk konsert skala besar (kot) macam tu

so takpe je, be selfish, coz no one else can love you like "you"

aku takkan kata "sudah2 la tu" pada ahli2 search yg lain, semua orang pun ada passion masing2, n mungkin bidang seni tu periuk nasi meke, tapi ye la... harap takde la bermasam muka atau dendam... masing2 dah tua pun..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tak gaduh, ok je statement masing2
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:38 AM | Show all posts
bagus Amy fikir umur keadaan masa depan... smpi masa undur diri... dia sendiri tau smpi bila nk rockin atas stage...dgn umur pun dh lanjut malu kt anak cucu... lagi pun Amy ade sek pondok... malu kt diorg jg...

ade org nk panggil nyanyi.. baru nyanyi... betul tindakan dia xyah concentrate band rock dh tua2 ni..

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Amy sibuk bisnis dan ibadat
Kadang dia pg indon bt show tv dan showcase

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:55 AM | Show all posts
Skuau replied at 29-3-2020 11:47 PM
awat time ni gk hang nak berundur???

ni tentu bukan faktor suara atau keluarga
undur masa ni kot jika dia tak nak terlalu banyak org tertanya2
masa org tgh heboh dgn covid-19
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 09:24 AM | Show all posts
OK la tuh.. Lagu2 beliau baik solo atau bersama-sama kumpulan Search tetap layan juga
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list