Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
1938
View
66
Reply

[Tempatan] Ahli Parlimen Pasir Gudang PKR: Penggunaan wang negara dan rakyat perlu kelulusan Parlimen kerana kerajaan mesti telus. Ini wang awam. Wang negara. Wang rakyat!

[Copy link]

Author: I.am.PH    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-3-2020 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Penggunaan wang negara dan rakyat perlu kelulusan Parlimen
Oleh HASSAN ABDUL KARIMMarch 28, 2020 9:29 pm



Saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, pertama-tama ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah berjaya membentangkan Pakej terbaru rangsangan ekonomi prihatin yang bersifat peduli rakyat pada hari semalam 27 Mac 2070 dengan jumlah peruntukan keseluruhannya yang besar sebanyak RM250 bilion.

Saya menyokong pakej terbaru tersebut atas dasar keperluan untuk menolong semua lapisan rakyat yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dipanjangkan sehingga 14 April 2020.

Usaha Kerajaan memperuntukan RM10 bilion untuk memastikan antara lainnya supaya rakyat tidak kelaparan, sektor perindustrian tidak bangkrap dan para pekerja tidak dibuang kerja serta rakyat golongan M40 dan B40 semuanya terbela adalah patut dipuji.

Sebagai seorang ahli parlimen dari parti pembangkang sekarang ini akibat daripada pertukaraan kerajaan mulai 1 Mac 2020 lalu, saya berpendapat pada masa sekarang ini, persoalan politik partisan boleh diketepikan dahulu dan semua tenaga digembleng untuk melawan ancaman wabak penyakit Covid-19 yang telah meragut 26 nyawa rakyat Malaysia setakat hari ini 28 Mac 2020.

Justeru itu saya merayu kepada YAB Perdana Menteri melakukan seperti apa yang dilakukan di Dewan Senate di Amerika Syarikat di mana Pakej Rangsangan Ekonomi mereka yang melibatkan jumlah lebih USD2 trilion telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan Senate dengan sokongan kedua-dua parti Republikan yang memerintah dan Parti Demokrat yang pembangkang. Demi negara dan rakyat mereka kedua-dua pihak mengetepikan politik partisan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan hidup negara mereka. Saya berharap hal yang sama dapat dipraktikan di Malaysia sekarang ini.

Sebagai seorang ahli parlimen saya perlu membangkitkan soal berikut ini untuk mendapat jawapan dari YAB Perdana Menteri. Dari punca kuasa mana kerajaan yang ada sekarang boleh membelanjakan wang yang sebegitu banyak melalui pakej rangsangan ini? Setiap perbelanjaan kewangan oleh kerajaan mesti diluluskan oleh Parlimen. Parlimen sekarang tidak bersidang. Jumlah Pakej rangsangan ini amat tinggi sama banyak dengan belanjawan tahunan negara. Siapa yang luluskan? Adakah Kabinet ada kuasa untuk meluluskan wang sebanyak itu untuk dibelanjakan mulai April ini?

Saya tidak menafikan keperluan untuk menyelamatkan rakyat dan negara dalam masa yang kritikal dan krisis kesihatan yang meragut nyawa. Kita berada dalam keadaan hidup dan mati. Lebih 30 juta rakyat negara ini perlu diselamatkan. Ekonomi negara kita juga perlu diselamatkan. Sektor industri, kilang-kilang dan jaringan ekonomi negara perlu diselamatkan. Ini matlamat dan tujuan kita. Caranya ialah dengan kerajaan memperuntukkan dana bagi mencapat matlamat tersebut. Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah dari segi perundangan.

Kerajaan mesti telus. Ini wang awam. Wang negara. Wang rakyat. Dalam peruntukan belanjawan tahun 2020 yang telah diluluskan pada 5 Disember 2019 yang lalu peruntukan khas untuk perbelanjaan luar jangka dan bencana telah diluluskan oleh Parlimen. Tetapi jumlahnya tidak banyak.

Saya ingin tanya RM250 bilion ini datang dari mana? Untuk menampung Belanjawan tahun 2020 Kerajaan terpaksa berhutang dan mendapat bantuan dari Petronas dalam bentuk dividen khas.

Seingat saya negara mempunyai Simpanan Rezab sebanyak lebih RM400 bilion. Simpanan Rizab negara ini tidak boleh digunakan dengan sesuka hati. Kerajaan tidak boleh menyentuh simpanan rizab negara itu tanpa kelulusan dari Parlimen.

Perlu saya menarik perhatian bahawa kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yasin belum sampai sebulan dibentuk dan belum lagi menghadapi proses semakan parlimen.Keesahan dan keabsahan kerajaan sekarang masih tanda tanya. Kerajaan yang berada dalam situasi seperti ini tidak boleh sewenang-wenang menggunakan wangnegara. Saya tahu ada orang percaya Cash is King. Saya berharap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengulangi kesilapan Perdana Menteri keenam lalu dalam usaha untuk mendapatkan simpati dan sokongan rakyat. Wang negara perlu digunakan dengan cermat dan hati-hati.

* Hassan Abdul Karim adalah Ahli Parlimen Pasir Gudang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 29-3-2020 09:34 AM | Show all posts
Setuju..... tapi dulu ada orang cakap yang bukan kerajaan sila duduk diam
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh tak sekolah tapi nak join politik

kita pun tahu dalam situasi tertentu, terutama sewaktu krisis, segala bentuk perbelanjaan negara hanya perlukan kelulusan YDP Agong

Rba dapig pun sama bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau makcik kiah baca ni mesti pening balik ni,kata 25billion je bukan 250billion....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
im4me replied at 29-3-2020 09:34 AM
Setuju..... tapi dulu ada orang cakap yang bukan kerajaan sila duduk diam

Hahhahahahhahahaha.....tepat sasaran dek....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Busuk hati PHundek ni. Lagi nak delay2 bantuan ke raykat. 2 mp dapig positif covid bakpa lagi nak bersidang ramai2 kat parlimen? Nak bg mati semua mp ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la.. Akal nak salahkan kerajaan.  

Bila bersidang nanti... Drag sampai 2-3 bulan.. Lepas tu salahkan kerajaan kononnya lambat bagi bantuan.

Kalau spesis bangsat..selamanya bangsat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 09:51 AM | Show all posts
fliphair8 replied at 29-3-2020 01:39 AM
Hahhahahahhahahaha.....tepat sasaran dek....

orang yang kasi formula tu pun kena covid-19 dengar dari desas desus
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
baru lepas habis parti isap ice ke?yg MP dengkilntu isap ice kat mana pulak sekarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
im4me replied at 29-3-2020 09:51 AM
orang yang kasi formula tu pun kena covid-19 dengar dari desas desus

Pejabat parlimen simpang renggam ada kes positif covid, sebab termasuk dalam senarai KKM

tak pasti orang awam, kakitangan atau maszlee sendiri yang terjangkit
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
im4me replied at 29-3-2020 09:34 AM
Setuju..... tapi dulu ada orang cakap yang bukan kerajaan sila duduk diam

Ini ke?
Screenshot_2020-03-25-07-12-50-1.png
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 29-3-2020 09:59 AM
Pejabat parlimen simpang renggam ada kes positif covid, sebab termasuk dalam senarai KKM

tak pa ...

Maszlee mana dok kampung...dia dok cyberjaya..dok baca buku jaa....x percaya stalk twitter dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chetimor at 29-3-2020 10:08 AM

Sengaja mencari isu utk  melengahkan bantuan kepada rakyat. Di saat macam ni boleh terfikir utk bersidang? Sedangkan makcik pakcik di rumah tidak ada duit yg mencukupi brg keperluan.Jika ada nilai kemanusian dlm diri benda ini boleh diperhalusi kemudian. Sudah sudahla provaksi.. di saat kerajaan bagi bantuan pun anda mengeluh itu ini.. lambat atau tidak bagi bantuan anda mengecam dengan gigih sama macam anda bahasakan tabligh itu dgn perkataan 'bebal'.. oh lupa ingin menanam kebencian bukan? psikologi sama macam tempat sekolah cina aku mengajor je kamu ni TT.. aku hanya mampu senyum dan berlalu saja  sbb dah tau minda org cam kau ni setakat tu je mampu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
singajantan replied at 29-3-2020 10:05 AM
Maszlee mana dok kampung...dia dok cyberjaya..dok baca buku jaa....x percaya stalk twitter dia

Kesian orang simpang renggam

tol tak dapat free

covid pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:11 AM | Show all posts
dizekni replied at 29-3-2020 01:59 AM
Pejabat parlimen simpang renggam ada kes positif covid, sebab termasuk dalam senarai KKM

tak pa ...

Dah jadi kluster terpaksalah terima hakikatnya....jangan pulak kata makan tempe and keep calm....sila ikut langkah2 yang kerajaan sarankan ,,,sebok time ni nak memberukkan diri dalam parlimen...akai tak da ka

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi pembangkang pun memekak..... kau nak bersidang apa....dah tu nak makan apa .... kalau ph masih ada x habis bersidang.. sebeb semua bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
im4me replied at 29-3-2020 10:11 AM
Dah jadi kluster terpaksalah terima hakikatnya....jangan pulak kata makan tempe and keep calm....s ...

Sorrylah eh I nak hijack benang si ayam ni. Muak lah dgn plotaik otak dia. Eh ayam kan ekor sentiasa bergelumang taik. Hari ni buat laksam lah dari baca ayam ni berkokok sambil kais taik
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:15 AM | Show all posts
bukannya wang bapak kau? ini duit rakyat , kembali kepada rakyat? yang kau nak panas kenapa bodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
benda krisis ni kena cepat & pantas.  klu tunggu Pakatan Hancing mmg malapetaka la.. menteri2 PH masih sibuk naik belon panas masa tengah kecoh coronavirus,  masih sibuk rasmi acara2 Tahun Melawat Malaysia 2020.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
im4me replied at 29-3-2020 10:11 AM
Dah jadi kluster terpaksalah terima hakikatnya....jangan pulak kata makan tempe and keep calm....s ...

Aku MP kot, tak kan la kena kurung dalam rumah jugak

tu yang otak jem gamaknya

hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list