Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
765
View
15
Reply

[Tempatan] 1,000 gelandangan di KL dipindah ke 3 kem PLKN.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-3-2020 02:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-3-2020 10:27 AM

1,000 gelandangan di KL dipindah ke 3 kem PLKNBernama -

March 28, 2020 7:39 PM


Hisham Ahmad Dahlan berkata, gelandangan di sekitar KL akan ditempatkan di kem PLKN Kuala Kubu Bharu, Semenyih dan Sepang untuk mengekang penularan Covid-19.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 gelandangan di ibu kota akan ditempatkan di 3 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Hisham Ahmad Dahlan berkata, gelandangan itu akan ditempatkan di Kuala Kubu Bharu, Semenyih dan Sepang untuk mengekang penularan Covid-19.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan proses penempatan mereka, termasuk memberi keperluan harian seperti makanan.

Kami sedia maklum golongan ini tidak mempunyai tempat tinggal sepanjang PKP dilaksanakan, justeru DBKL mengambil usaha proaktif memastikan golongan ini tidak dipinggirkan.

Penempatan mereka di kem-kem ini akan dibuat berdasarkan kategori seperti status tahap kesihatan dan warganegara, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hisham berkata, polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta beberapa agensi lain akan membantu membawa gelandangan ini ke kem itu.
Tiada siapa terkecuali dalam tempoh pelaksanaan PKP. Kita tidak mahu mereka berada di luar kerana untuk mencegah wabak ini, kita perlu kerjasama semua pihak.
PKP yang mula dikuatkuasakan 18 Mac lalu, dilanjutkan sehingga 14 Apr.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/28/1000-gelandangan-di-kl-dipindah-ke-3-kem-plkn/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 29-3-2020 06:22 AM | Show all posts

SAtu tindakkan yang  bagus bagi penempatan sementara mcm ini kpd homeless .

Diharapkan juga mereka mereka ini melalui test corona virus.

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 29-3-2020 06:22 AM
SAtu tindakkan yang  bagus bagi penempatan sementara mcm ini kpd homeless .

Diharapkan juga me ...

Betul tu kakdar. Setelah berpuloh tahun baru dorang ada akal untuk fikirkan sesuatu untuk golongan gelandangan. Kakdar tak balik m'sia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 29-3-2020 06:42 AM
Betul tu kakdar. Setelah berpuloh tahun baru dorang ada akal untuk fikirkan sesuatu untuk golongan ...

Tapi ramai je gelandangan by choice kan?
1. Pemalas sbb tak nak kerja seronok mkn Di tanggung
2. Bekerja tapi tiada tpt tinggal. Sesekali balik rumah keuarga di kg
3. Ada masalah mental
4 penagih dadah
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 29-3-2020 06:53 AM
Tapi ramai je gelandangan by choice kan?
1. Pemalas sbb tak nak kerja seronok mkn Di tanggung
...

Manusia ada pelbagai masalah yg kompleks untuk difahami. Kita sendiri pun ada masalah kita sendiri. So, no need to dig sampai bijik-bijik sampai memeningkan kepala. Just uruskan aje. Itu cara negara maju dan bertamadun buat
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 29-3-2020 06:57 AM
Manusia ada pelbagai masalah yg kompleks untuk difahami. Kita sendiri pun ada masalah kita sendiri ...


Itu mmg hasil kajian dari ngo dan pihak bwrkuasa. Dan sudah mcm2 cara yg di ambil utk bantu mereka, rumah transit gelandangan, sekolah utk ank2 gelandangan dan mcm2 lagi.  You pulak buat apa selain melabel seolah negara kita tak bertamadun?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap mereka patuhi arahan nanti sebab sebahagian dari mereka ni tak suka diatur, nak bebas ikut kepala sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by apam at 30-3-2020 03:04 PM
arasham replied at 29-3-2020 07:06 AM
Itu mmg hasil kajian dari ngo dan pihak bwrkuasa. Dan sudah mcm2 cara yg di ambil utk bantu mere ...


Triggered ke sis?
Bila masa aku kata negara kita takda tamadun?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 09:30 AM | Show all posts
sesuatu yg positif dari wuhan virus
harap kekallah 1 penempatan utk homeless
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 09:39 AM | Show all posts
orgsepang replied at 29-3-2020 07:09 AM
Harap mereka patuhi arahan nanti sebab sebahagian dari mereka ni tak suka diatur, nak bebas ikut kep ...

Betul tu harap2 kali ni mereka akan ikut arahan demi keselamatan mereka juga kalau ada yang degil susah juga tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis covid tu klu boleh try buat keje kampung ke.kuala kubu bharu dh serene area sikit, kwsn tu tenang je. Tp bnyk kuarters peninggalan org x duduk kt sana. Sayang struktur cantik, tp angker la.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 29-3-2020 06:57 AM
Manusia ada pelbagai masalah yg kompleks untuk difahami. Kita sendiri pun ada masalah kita sendiri ...

Negara maju mcm US? Berlambak mati masa winter
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 29-3-2020 10:06 AM
Habis covid tu klu boleh try buat keje kampung ke.kuala kubu bharu dh serene area sikit, kwsn tu ten ...

Org2 homeless ni kental org nye. Takat angker small matter je katanyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Pajeri_Nenas replied at 29-3-2020 10:21 AM
Negara maju mcm US? Berlambak mati masa winter

Yang baik dijadikan teladan yg buruk dijadikan sempadan
Jangan sempitkan negara maju pada definasi zaman sekarang atau definasi yahudi aje.
Dah ribuam tahun tamadun dunia wujud. contoh yg baik boleh kita ikuti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 01:51 PM | Show all posts
apam replied at 29-3-2020 06:57 AM
Manusia ada pelbagai masalah yg kompleks untuk difahami. Kita sendiri pun ada masalah kita sendiri ...

Definisi negara maju dan bertamadun?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Good to know mrk ini tak dilupakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list