Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1830
View
38
Reply

Covid 19 / Dajjal

[Copy link]

Author: Lavender85    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 27-3-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dapat dari group whatssap tadi.. Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Marilah kita sama2 bermuhasabah diri dan meningkatkan amalan kita. Bykkan berdoa agar segala ibadat dan amalan kita diterima Allah swt. Buangkan sengketa , benci membenci, didiklah anak dan keluarga kita sementara diberi peluang Allah dengan masa yg ada.
Semoga segala ibadah dan amalan kita diterima Allah swt. Amin..

Penulisan asal :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=264610047889010&id=100030200497747

Covid-19 & Dajjal?

Hari ini aku nak kongsi sikit keadaan persamaan antara Covid-19 & Dajjal. Terlalu banyak persamaan. Gambaran ini hanya 1% saja. Ini penting, sila baca sampai habis.

Allah dah bagi hint siap-siap. Baiknya Allah, sebelum dilepaskan Dajjal, diberi kita bersedia dalam menghadapi situasi yang sebegini sukar.

Orang bijak akan ambil ibrah, orang jahil akan terus menyalah-nyalah.

Masih fikir nak shopping baju baru?
Masih fikir nak ke Saloon & Spa?

Dah rindu kopi starbuck?
Dah rindu burger McD?

Setakat hari ini lebih 6 ribu kematian di Italy & hampir 1 juta orang kehilangan pekerjaan di Australia -
Al-Jazeera.

Kita masih nak bermanja-manja lagi. Masih nak fikir benda-benda yang tak penting & tak mendatangkan faedah. Masih nak benci membenci, masih nak memaki hamun.

Fikir lagi nak ke sana ke mari. Boleh siap rindu nak keluar dating dengan balak/awek. Boleh layan movie porno di Netflix dikala orang susah hati & bersedih dengan wabak Covid-19 yang membunuh ini.

Ini bukan posting kecaman. Ini posting mengajak orang berfikir. Apa guna kita hidup tak saling mengingatkan.

Ketika mana Dajjal muncul, masing-masing akan kelam kabut. Suami akan kehilangan isteri. Isteri tak sabar dengan dugaan kesusahan, diikutnya Dajjal yang mampu beri nikmat kemewahan.

Ini bukan aku cakap. Ini dah disabdakan oleh Nabi saw. Kaum paling ramai menjadi pengikut Dajjal adalah kaum wanita.

Kaum yang mudah tewas dengan nafsu. Sebab itu Nabi suruh ikat & tambat anak isteri di tiang-tiang rumah.

Waktu itu orang tak fikir nak berjimak, tak fikir nak tergoda dengan perempuan kiri kanan. Masing-masing cuma fikir nak survive hidup, lindungi ahli keluarga & makan.

Makanan umat islam ketika itu hanya zikir. Kalau kita fikirkan logic akal, memang tak akan kenyang. Tapi Islam ni tak boleh kita fikir dengan logic akal. Kalau Allah berkehendak, dengan zikir boleh mengenyangkan.

Masih buta ke kita dengan apa yang jadi di sekeliling kita hari ini? Masjid kosong, orang terhalang dari mengerjakan Umrah. Kemungkinan tak boleh mengerjakan Haji.

Nabi saw pernah bersabda satu hari umatku akan terhalang dari menunaikan Haji & Umrah. Kalau nak kepastian boleh search.  Banyak hadis yang berkaitan.

Tak akan terjadinya kiamat selagi mana pintu-pintu Masjid masih dibuka. Tanda Dajjal tu semakin hampir kemunculannya apabila masjid-masjid semua kosong. Masih tak nampak lagikah kita apa dah jadi hari ini?

Okay mungkin belum cukup jelas lagi gambaran itu.

Cuba perhatikan Danau Tiberias. Airnya semakin mengering. Apa tandanya itu? Itu tanda besar bahawa Dajjal itu tak lama lagi akan muncul.

Kita perhatikan Kebun Kurma Baisan. Pohonnya 100% sudah tidak berbuah. Sekarang kering kontang. Itu tandanya apa? Dajjal semakin hampir.

Ini bukan aku dengar khabar angin. Ini Hadis Nabi saw & hadis ini adalah hadis sahih.

Kita saksikan bangunan tinggi-tinggi dibina. Masing-masing berlumba-lumba membangunkan gedung-gedung yang mewah.

Nabi saw pernah bersabda,

Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi. (HR. Muslim).

Sekarang petanda itu dah jelas depan mata. Menara jam, Burj Khalifah & Kingdom Tower. Mereka semua dari keturunan arab yang dahulunya fakir & pengembala kambing.

Tanah Arab sekarang dah mula menghijau. Kalau dulu cuma ada padang pasir. Jauh sekali nak dihujani salji. Tapi hari ini? Salji dah mula turun di tanah Arab.

Tak lama lagi tanah Arab akan subur dengan pohon-pohon & rumput-rumput yang menghijau. Itu tanda Dajjal itu akan muncul sangatlah dekat.

Apa persediaan kita dalam menghadapi Dajjal?

Kalau ditakdirkan Dajjal itu muncul dalam masa terdekat ni, jangan sesekali jumpa & bertentangan mata dengan dia. Kalau boleh elak sedaya yang mungkin.

Dia akan pukau kita sehingga kita ikut & sembah dia. Hebatnya sihir Dajjal ini.

Tak kisah iman kita setaraf wali macamana sekali pun, kalau berdepan dengan Dajjal, kita akan tewas.

Macamana rupa Dajjal?

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim: Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis kafir...

Perkataan Kafir ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang mukmin saja. Orang kafir, munafik & fasik, tak akan nampak perkataan ini.

Jadi, elak dari bersua muka dengan Dajjal. Suami-suami wajib ikat anak isteri ketat-ketat di rumah.

Sebab waktu Dajjal muncul, Dajjal akan masuk ke setiap penjuru kampung, bandar, taman-taman, lembah-lembah & tak akan ada satu tempat pun yang tak akan dijejaki oleh Dajjal.

Kenapa perlu ikat anak bini? Sebab bila Dajjal tiba di tempat kita, Dajjal akan menghentakkan kakinya sehingga menyebabkan orang-orang yang berada di dalam rumah akan memberontak keluar untuk bertemu dengan Dajjal.

Kalau ditakdirkan bersua muka dengan Dajjal, pilihlah tangan kirinya. Tangan kanannya menggenggam syurga, tangan kirinya menggenggam neraka.

Pilihlah neraka, kerana fitnah Dajjal syurga itu neraka, neraka itu syurga.

Amalkan surah Al-Khafi 10 ayat awal & 10 ayat akhir. Hafal surah ni, sebab waktu kemunculan Dajjal, surah-surah dalam Al-Quran akan hilang dari kitab-kitab, dinding-dinding & di mana-mana ada tertulisnya kalam-kalam Allah ini.

Abu Darda mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa telah membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka ia telah terjaga dari fitnah Dajjal". (HR An-Nasai)

Siapa yang baca surah ini ketika Dajjal muncul, Dajjal tak akan nampak orang itu walau berada di depan matanya sendiri. Jadi, kita akan terselamat dari dipengaruhi oleh si makhluk terlaknat ini.

Amalkan ayat ini selepas tasyahhud,

Allaahumma inni auudzubika min adzaabil qabri wa min adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.

Ertinya, Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal. (HR. Muttafaq alaih)

Sewaktu Dajjal tiba di setiap negara, negeri, bandar, taman-taman, kampung-kampung & lembah-lembah, kalau penduduk di kawasan itu sembah Dajjal, maka tempat itu akan subur & diberikan kemewahan oleh Dajjal.

Tapi kalau penduduk di kawasan itu ingkar dengan arahan Dajjal, maka tempat itu akan jadi padang jarak padang terkukur. Kering kontang tak ada air, tak ada makanan, haiwan mati, tanah tandus, orang-orang akan kebuluran yang amat sangat.

Jadi apa kaitan dengan Covid-19?

Ramai duduk rumah, di zaman Dajjal nanti  ramai juga duduk rumah. Tapi golongan yang faham agama.

Macam kes sekaranglah. Semua yang duduk rumah, jenis yang faham bahasa. Jenis tak faham bahasa, semua duk merayap ke sana ke mari.

Kalau beginilah sikap kita, kalau Dajjal muncul, kita mungkin salah seorang boleh jadi pengikut Dajjal.

Arahan kerajaan pun kita ingkar, apatah lagi arahan Nabi saw.

Masjid kosong. Sekarang semua masjid kosong. Seolah-olah Allah dah bagi hint. Esok Dajjal muncul, semua masjid akan lengang. Bukan saja kosong, azan pun tak akan berkumandang.

Panic buying. Kalau Covid-19 ni, orang panic berebut-rebut nak beli barang dapur. Semua risau kelaparan takut tak dapat makan.

Kalau Dajjal muncul, semua orang Panic buying juga. Masing-masing panic berebut-rebut nak dapatkan bekalan makanan dari Dajjal. Maka semua dari mereka tercabutlah iman masing-masing.

Terpisah keluarga. Kalau Covid-19, salah sorang ahli keluarga dijangkiti virus, ahli keluarga tak akan dapat bersua muka lagi. Kalau ada rezeki jumpa, tak ada rezeki, hanya memandang dari jauh jenazah ahli keluarga dikebumikan.

Kalau Dajjal muncul, ramai akan kehilangan ahli keluarga. Ada ahli keluarga yang lemah imannya akan jadi pengikut-pengikut Dajjal.

Frontliner bertungkus-lumus. Kalau Covid-19, masing-masing berusaha sehabis keringat untuk tangani virus ini.

Kalau Dajjal muncul, ketua keluarga merangkap frontliner berusaha bertungkus lumus menghalang ahli keluarganya dari menjadi pengikut Dajjal.

Sebab itulah, kita amat dituntut belajar agama. Supaya kita faham akan hakikat hidup ini. Semua ini bakal berlaku & kita lebih bersedia.

Pentingnya kita memilih pasangan yang faham agama. Supaya dia boleh selalu mengingatkan kita tentang kecaman-kecaman ini & terus mengajak kita ke arah kebaikan serta menambah amalan.

Bagi orang lelaki, tambah ilmu agama. Perlu faham untuk fahamkan ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga, ini tanggungjawab kalian.

Bagi orang perempuan, ini bukan zaman nak bermanja & menggedik fikirkan nak bercantik-cantik 24 jam. Cantikkan otak dulu sebelum cantikkan fizikal.

Kalau Dajjal keluar, dia takda pilih-pilih kau cantik ke hodoh. Paling penting iman kau roboh.

Jadi, tiba masa kita sedar diri. Tambah ilmu & terus bersedia. Kerana orang bijak adalah orang yang sentiasa bersedia.

Pakat muhasabah.
Semoga bermanfaat.

Kredit yatt hayati
#Covid19

SIAPA BACA SAMPAI HABIS

JAWABLAH SALAM NI
ASSALAMUALAIKUM
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 27-3-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Waalaikumussalam. Semoga di beri kemudahan utk hafal surah AlKahfi buat diri sendiri dan semua umat Islam
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 03:02 PM | Show all posts
derang cakap dajjal tu dulu TV skg Internet plak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 27-3-2020 02:27 PM
Waalaikumussalam. Semoga di beri kemudahan utk hafal surah AlKahfi buat diri sendiri dan semua umat  ...

Semoga diberi kecerahan dan d permudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 03:24 PM | Show all posts
haah yg sekarang pun dah takut kalau dajjal datang rasanya mmg tergoda..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 10:31 AM | Show all posts
BENCANA WABAK (VIRUS CORONA?) SUDAH DI RAMAL OLEH ULAMA BESAR ARIF BILLAH SEKITAR 1000 TAHUN MASEHI YANG LALU.

(Sumber Kitab: Akhbaruz Zaman, Hal: 365)

مما قاله ابراهيم بن سالوقيه المتوفي عام ٤٦٣ هجري

Ramalan Syeikh Ibrahim Salweqie (wafat 462 H)

حتى اذا تساوى الرقمان  (20=20)
Sehingga ketika terjadi dua nombor kembar (2020)
وتفشى مرض الزمان
dan tersebar wabak sejagat
منع الحجيج
Jamaah haji dilarang
واختفى الضجيج
Sepi sunyi hening
واجتاح الجراد
Terjadi serangan belalang
وتعب العباد
Ahli Ibadah lesu dan malas
ومات ملك الروم
Matinya pemimpin dunia
من مرضه الزؤوم
Kena serangan wabak (virus)
وخاف الأخ من اخيه
Orang takut dan curiga hatta kepada saudaranya sendiri
وصرتم كما اليهود في التيه
Umat bingung dan merana seperti kaum Nabi Musa yang merana dipadang Tieh
وكسدت الاسواق
Urus niaga (ekonomi) rosak dan merudum
وارتفعت الاثمان
Harga melonjak mahal

فارتقبوا شهر مارس
Maka waspadalah .. dimulai dari bulan ketiga
زلزال يهد الاساس
Adanya gempa yang meluluh lantakkan meruntuhkan
يموت ثلث الناس
Sepertiga umat manusia akan mati
ويشيب الطفل منه الراس
Anak2 banyak yang rambutnya memutih .

مقتطفات من كتاب اخبار الزمان صفحة ٣٦٥
لابراهيم بن سالوقيه

Diambil dari Kitab "Akhbaruz Zaman", Hal: 365  Syaikh Ibrahim bin Saluqiyah Radhiyallahu 'anhu.

Banyak berdo'a, bertaubat serta mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasulullah saw, Insya Allah pasti Selamat.

Aamiin Aamiin Aamiin

Mohon baca Al Fatihah.11 Kali.

Takut lah kamu akan FIRASAT orang Mukmin.

Muga Bermanfaat

Ilahi anta maksudi wa redhaka matlubi
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-3-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 28-3-2020 10:31 AM
BENCANA WABAK (VIRUS CORONA?) SUDAH DI RAMAL OLEH ULAMA BESAR ARIF BILLAH SEKITAR 1000 TAHUN MASEHI  ...

Terima kasih atas perkongsian
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 09:38 AM | Show all posts
Lavender85 replied at 28-3-2020 11:17 AM
Terima kasih atas perkongsian

iya, sama2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 09:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-3-2020 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Perk77 replied at 31-3-2020 09:33 AM
Boleh tk Aku ckp...ade org besar nk sakit tenat....Sama ade Di msia atau di luar negara...sebab Aku  ...


meremangnya baca .. siapa agaknya tu ?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-3-2020 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Perk77 replied at 31-3-2020 10:08 AM
Entah lah..Aku tk pasti..sama ade berimaginasi tinggi benor...yg org berserban Tu Aku nampak byg 3 ...


akhir zaman kan ramai org2 baik alim ulama akan diambil nyawa. rasa sedih + takut sgt kalau fikir2 apa nasib nanti kalau Dajjal keluar .. harap sgt keluarga semua terselamat
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 31-3-2020 10:11 AM
akhir zaman kan ramai org2 baik alim ulama akan diambil nyawa. rasa sedih + takut sgt kalau fiki ...

Ya...Allah Tu maha penyayang..dia bg musibah peristiwa tp DH warning siap2 suruh kita prepare...tp Kita ni lalai sokmo...Masih bergaduh pasal politik ..nk korek Salah org selagi boleh....dpt bantuan lambat sikit tk bersyukur......kurang roti gardenia MCM nak kiamat dunia...senang ckp...ramai tk bersyukur DLM musibah ni....bukan lah Allah DH ckp...sesiapa yg bersyukur Aku tambah Kan nikmat nya......
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-3-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Lavender85 at 31-3-2020 10:43 AM
Perk77 replied at 31-3-2020 10:17 AM
Ya...Allah Tu maha penyayang..dia bg musibah peristiwa tp DH warning siap2 suruh kita prepare...tp ...


saya tgk gaduh sana sini pun mula2 rasa nk join.. tapi teringat pernah sorg makcik (kariah) kat masjid rumah.. Waktu tu ada isu psl seorg hamba Allah ni.. kita kat belakang dia pun biasala manusia biasa x lari dari kdg2 nk luahkan rs x puas hati (mengumpat) . Makcik tu ckp apa2 pun yg dia buat pasti xkan terlepas utk ditanya diakhirat kelak. kita sbgai hambaNya mengumpat kita yg berdosa sama je dgn dia.. Sebaiknya buat x tau , sabar dan berdoa  org tu diberi hidayah.. tersentap dan terdiam terus kitorg huhu.. rasa berdosa sgt.. makcik tu la makcik yg paling boleh kata x pernah complaint atau mengata org.. selalu saf pertama dan hari2 ada kat masjid dgr kuliah dari ustaz2 jemputan..rajin puasa sunat Isnin/Khamis atau mana2 hari yg dianjurkan dlm Islam puasa sunat. Dia jugak rajin bawak mak dia yg dh uzur pimpin sama2 solat jemaah. mengaji quran sama2 dgn mak dia. kalau sedekah walaupun nmpk dia sorok2 selalu mesti nilai dia besar2 rm50 mcm tu.. tgk org mcm ni selalu buat diri rasa insaf dan nk jadi lagi baik.. Tulah sejak rmo ni tak tau la apa khabar makcik2 kariah2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 31-3-2020 10:42 AM
saya tgk gaduh sana sini pun mula2 rasa nk join.. tapi teringat pernah sorg makcik (kariah) kat  ...

Dulu Aku pun gitu...DLM bod Artis..ade juga komplein tp takde la extreme sgt...Lepas Tu Aku perasan Aku susah nk solat..MCM liat or MLS...pastu Aku slow2 DH tk reply sgt...jengah2 baca je...or bg pendapat...( Aku elak utk mengutuk or mengumpat)...sebba bila aku start nk Komen je Aku DH terbyg merangkak kat Padang masyar...terus cancel...berat dosa Kita lagi berat Hati Kita nk buat kebaikkan..lagi berat rezeki nk masuk.....ni la Aku Cuba Jaga sekarang....perlahan2 sebba Aku bukan solehah sgt....sikit2 tp sebaik mungkin Cuba istikhomah.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-3-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Perk77 replied at 31-3-2020 01:28 PM
Dulu Aku pun gitu...DLM bod Artis..ade juga komplein tp takde la extreme sgt...Lepas Tu Aku perasa ...

lagi satu saya pun ada kenalan org2 yg digossip , sy tau la apa sebenarnya jadi bagai.. Kalau ikut kehendak hati ni nk je saya bagi tau.. Tapi sbb mengingatkan ayat kita bukak aib org Allah akan bukak aib kita.. mmg taubat rasa nk bagi tau.. jari ni akan dihisab kelak.. Nauzubillah.. takut..
sy cuba bagi komen yg bersifat general x menghina sesiapa.. semoga kita sama2 istiqamah x melakukan perkara yg dibenci Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 11:22 PM | Show all posts
rantaikendoq replied at 29-3-2020 09:50 AM
sekadar renungan...

https://www.youtube.com/watch?v=wc6f0hFz94Y&t=157s

thanks. interesting video.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Wsalam....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 28-3-2020 02:31 AM
BENCANA WABAK (VIRUS CORONA?) SUDAH DI RAMAL OLEH ULAMA BESAR ARIF BILLAH SEKITAR 1000 TAHUN MASEHI  ...

Allahu takutnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Perk77 replied at 31-3-2020 01:33 AM
Boleh tk Aku ckp...ade org besar nk sakit tenat....Sama ade Di msia atau di luar negara...sebab Aku  ...

Siapa..??ceritalah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Perk77 replied at 31-3-2020 05:28 AM
Dulu Aku pun gitu...DLM bod Artis..ade juga komplein tp takde la extreme sgt...Lepas Tu Aku perasa ...

Alhamdulillah bagus nya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list