Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
335
View
0
Reply

[Tempatan] 36 jemaah tabligh Malaysia dari Sulawesi pulang melalui Johor.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-3-2020 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-3-2020 07:48 AM

36 jemaah tabligh Malaysia dari Sulawesi pulang melalui JohorBernama -

March 26, 2020 10:45 PM


Jemaah tabligh yang tiba dari Sulawesi, Indonesia disaring petugas kesihatan di terminal feri Johor. (Gambar Bernama)


ISKANDAR PUTERI: Seramai 36 jemaah tabligh Malaysia yang menghadiri Ijtimak Dunia 2020 Zon Asia di Sulawesi, Indonesia, disahkan pulang secara berperingkat menerusi 2 terminal feri antarabangsa di Johor sejak 23 Mac.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata semua mereka pulang menerusi Terminal Feri Antarabangsa Stulang dekat Johor Bahru dan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour.

Beliau berkata semua individu berkenaan pulang menerusi negeri ini pada 23 Mac, 24 Mac dan hari ini.
Menurutnya, semua mereka seterusnya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke pusat kuarantin di negeri masing-masing.
Kita jangka ada 30 lagi individu daripada jemaah tabligh yang akan balik ke Malaysia (menerusi Johor dan menggunakan feri). (Kita juga akan pastikan) mereka ini akan melalui saringan oleh KKM dan dikuarantin selama 14 hari.

Mereka hanya ada 2 pilihan untuk pulang, sama ada menerusi Stulang ataupun Puteri Harbour, tidak ada laluan lain (menerusi Johor), katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ketibaan 8 jemaah tabligh berkenaan di Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, hari ini.

Sebelum ini, KKM dilapor menganggarkan 80 hingga 100 rakyat Malaysia ke Sulawesi bagi menghadiri perhimpunan berkenaan.
Bagaimanapun, penganjur dilapor membatalkan perhimpunan yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 22 Mac itu, berikutan kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, Ayob Khan berkata hanya tinggal 12 individu di negeri ini yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur baru-baru ini, dikenal pasti masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan.

Untuk rekod, beliau berkata terdapat seramai 1,716 individu di negeri ini menghadiri perhimpunan berkenaan dan daripada jumlah itu, 1,704 daripadanya sudah menjalani pemeriksaan.

Terdahulu, Ayob Khan yang turut membuat tinjauan di Pasar Borong Pandan pagi tadi, berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan orang ramai yang masih ingkar dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tiada lagi amaran. Selepas ini kita akan pastikan siapa yang ingkar, kita akan tangkap. Jika sekatan jalan raya kita dapati lebih daripada 2 orang (di dalam satu kenderaan), kita akan suruh mereka patah balik, katanya.
Setakat ini, katanya polis sudah membuka 32 kertas siasatan dan 3 kes pelanggaran PKP ditangkap semalam bakal dituduh di mahkamah.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/26/36-jemaah-tabligh-malaysia-dari-sulawesi-pulang-melalui-johor/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list