Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1200
View
28
Reply

[Tempatan] Perintah berkurung yang pertama di Malaysia

 Close [Copy link]

Author: rayriff    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-3-2020 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by rayriff at 26-3-2020 11:36 PM

Sumber berita harian

KUALA LUMPUR: Dua kawasan penduduk di Simpang Renggam, Johor menjadi lokasi pertama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam ini, selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.

Dua kawasan itu ialah Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan susulan jumlah jangkitan positif COVID-19 yang tinggi di daerah Kluang.


Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 83 kes positif COVID-19 di Kluang dan daripada jumlah itu, 61 kes adalah dari Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid.

"Perintah PKPD membabitkan 3,570 orang penduduk tempatan terdiri daripada 650 keluarga.

"Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini hingga 9 April depan." katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Justeru, Ismail Sabri turut meminta semua penduduk di kawasan berkenaan diminta bertenang dan memberi kerjasama penuh kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

so sama2 la kita patuh arahan kerajaan supaya rantaian covid-19 dimusnahkan, Insya Allah!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka tu kena dr contact mana? Jemaah tabligh ke atau yg lain?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
61 yg positif ni dah termasuk kiraan hari ni..yg bacaan hari naik jd 200 lbh tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kena sbb kenduri. Anak2 balik kg, gi sebar kan.  Ada kenduri, 1 kg dtg. Mmg mengundang la.

Suspek covid kt kg ni je dekat 5 ribu org. Mau x kena total lockdown.

Nak kuar beli brg pn X dpt. Tggu je jkm dtg hanta mknan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:23 AM | Show all posts
CORONA MENCARI  orang yang menipu nak mansuhkan tol simpang renggam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap.. Aku tanya.. Keluar sidai baju pun tak boleh? Sebab apa yg aku faham kalau tak boleh keluar dari rumah makna setakat dok depan pintu rumah saja la
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2020 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
makiting replied at 26-3-2020 11:47 PM
Mereka tu kena dr contact mana? Jemaah tabligh ke atau yg lain?

rasanya ni kluster kenduri.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2020 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
epuepy replied at 27-3-2020 12:05 AM
Ni kena sbb kenduri. Anak2 balik kg, gi sebar kan.  Ada kenduri, 1 kg dtg. Mmg mengundang la.

Sus ...

yup kena bertahan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2020 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-3-2020 12:33 AM
Jap.. Aku tanya.. Keluar sidai baju pun tak boleh? Sebab apa yg aku faham kalau tak boleh keluar dar ...

Kalau ikut yg saya faham, x boleh.

# Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

# Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

# Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

# Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

# Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

# Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

# Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

# Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

# Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
rayriff replied at 27-3-2020 04:54 AM
Kalau ikut yg saya faham, x boleh.

# Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di k ...

Jenuh.. Sidai baju dlm rumah nampaknya depa.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2020 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau rumah takde pagar, tempat  sidai pulak dekat ngan jiran, sempat la bersembang kot.

tapi kalau ada pagar, tak pasti lah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
epuepy replied at 27-3-2020 12:05 AM
Ni kena sbb kenduri. Anak2 balik kg, gi sebar kan.  Ada kenduri, 1 kg dtg. Mmg mengundang la.

Sus ...

Kg mn yg smpai 5k ? Kt artikel tulis 3k lebih jah penduduknya pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:57 AM | Show all posts
HannahMontana replied at 27-3-2020 12:23 AM
CORONA MENCARI  orang yang menipu nak mansuhkan tol simpang renggam.

iols menunggu komen ni...

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
epuepy replied at 27-3-2020 12:05 AM
Ni kena sbb kenduri. Anak2 balik kg, gi sebar kan.  Ada kenduri, 1 kg dtg. Mmg mengundang la.

Sus ...

Kat tempat iols bapa pengantin ni 2 org sedara positif covid. Jadi dia assume infection berlaku masa kenduri dia. Panggil semua tetamu buat saringan
Dah dekat 10 hari tempat iols still bebas covid




Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-3-2020 12:33 AM
Jap.. Aku tanya.. Keluar sidai baju pun tak boleh? Sebab apa yg aku faham kalau tak boleh keluar dar ...

Aku penah tanye ni sblm krjn umumkan perintah berkurung ari tu.. Ade yg ckp blh.. Kita nye kat sana je ke x blh jemur baju kat luar.. Atau semua Johor ni.. Petang td tempat aku dah start sembur.. X tau tuk covid atau tuk denggi.. Sbb bau dia mcm yg ubat denggi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 27-3-2020 12:59 AM
Kat tempat iols bapa pengantin ni 2 org sedara positif covid. Jadi dia assume infection berlaku ma ...

kau bagi kontact number bapak pengantin ditempat kau itu pada pihak berkuasa..

he seems to have his unique way utk panggil orang masuk kandang buat saringan..and semua turuti...maybe he can use the same method on sisa sisa tablighian yng belum atau degil pala batu tak.mahu buat saringan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 27-3-2020 12:23 AM
CORONA MENCARI  orang yang menipu nak mansuhkan tol simpang renggam.

Aku suspek virus sekadar nak bypass kawasan tersebut melalui highway, bukan nak lebarkan kuasanya dikawasan itu, not realising masih kena bayar tol, itu yg mengamuk terus kasi spray kawasan itu.



Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
rayriff replied at 27-3-2020 12:55 AM
kalau rumah takde pagar, tempat  sidai pulak dekat ngan jiran, sempat la bersembang kot.

tapi kal ...

sultan ter over kaya..setakat dryer to each house apa ada hal?

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-3-2020 12:33 AM
Jap.. Aku tanya.. Keluar sidai baju pun tak boleh? Sebab apa yg aku faham kalau tak boleh keluar dar ...

Mana boleh bersidai
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekadar bertanya....
Kenduri area kampung ni di buat di dalam dewan atau perkarangan rumah?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list