Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
2678
View
88
Reply

[Tempatan] Bacalah kisah pesakit MENIPU DOKTOR ini mengenai kontak rapat dengan jemaah TABLIGH, siap eja Jawi lagi! ‘Ta ya alif dal alif, tiada, susah sangat ke doktor nak faham?'

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-3-2020 11:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 26-3-2020 03:10 PM

‘Ta ya alif dal alif, tiada, susah sangat ke doktor nak faham?'
Diterbitkan Hari ini 9:06 pm



"Kejujuran pesakit sangat berharga bagi kami," itulah kata-kata tegas yang pastinya terbit dari sudut hati penuh pengharapan seorang doktor perubatan, dan mereka yang berada di saf paling hadapan dalam usaha merawat pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19.

Tampil meluahkan rasa kesal, Dr Ahmad Samhan mendedahkan betapa kakitangan perubatan juga terdedah dengan jangkitan virus yang sedang dibendung kini.

Menulis di Facebook hari ini, beliau menceritakan bagaimana terdapat pesakit yang sanggup menipu apabila ditanya mengenai sejarah kontak rapat dengan mana-mana kluster pesakit Covid-19.

Kisah yang diceritakan oleh kawannya itu juga menunjukkan betapa golongan pengamal perubatan begitu terdedah dengan jangkitan Covid-19 ketika menjalankan tugas.

Menurutnya, ada pesakit yang tidak mengaku mempunyai kontak apabila hadir sesi saringan walaupun hasil pemeriksaan memberi gambaran pesakit itu mengalami kesan teruk

“Saya tengok hasil X-ray dada encik teruk. Betul ke encik tak ada kontak rapat dengan jemaah Tabligh atau pesakit positif covid-19?” Entah kali ke berapa agaknya dia ditanya soalan yang sama oleh doktor.

"Namun pesakit itu tidak mengaku, malah menegaskan perkataan 'tiada' dengan ejaan Jawi.

“Betul doktor, berapa kali saya nak jawab. Ta ya alif dal alif. Tiada. Susah sangat ke doktor nak faham jawapan saya?”


Dr Ahmad Samhan

Bagaimanapun selepas dirujuk kepada doktor pakar, pesakit tersebut juga menegaskan perkara sama iaitu 'tiada' kontak rapat dengan mana-mana individu yang positif Covid-19.

10 doktor, misi, staf kesihatan kena saring

Dr Ahmad berkata, doktor pakar kemudianya akur dan pesakit itu dimasukkan di wad biasa untuk jangkitan pneumonia (jangkitan paru-paru).

Katanya, doktor yang merawat pesakit tersebut kemudiannya diberitahu supaya menjalani saringan Covid-19 susulan pesakit itu sebenarnya positif.

"Terduduk, tercengang, kelu. Akhirnya barulah dia mengaku pernah ada kontak rapat dengan jemaah Tabligh di satu majlis perkahwinan.

"Yang lagi menyedihkan, ketika dalam wad biasa beliau telah menyebabkan pesakit di sebelah dijangkiti. Lebih teruk bila pesakit yang dijangkiti itu perlu diintubasi dan masuk ke ICU (unit rawatan rapi).

"Lebih 10 orang doktor, misi dan staf kesihatan lain turut terdedah dan perlu menjalani saringan. Dah terlambat," tulisnya.

Dr Ahmad berkata, kisah itu diceritakan oleh salah seorang sahabatnya yang dikuarantin beberapa hari lepas.

"Adakah kebohongan itu dapat menjanjikan nyaman pada perasaan? Kejujuran pesakit sangat berharga bagi kami. Andai dijual, kami sanggup membeli.

"Kami barisan frontliner berjanji sepenuh hati yang kami akan terus bekerja dan merawat pesakit lain.

“Tidak ada agama yang menggalakkan berbohong dan masalah lebih cepat diselesaikan jika kita jujur dalam tindakan," tegasnya yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2020 11:09 PM | Show all posts
Siasatan punca wabak rumit, makan masa, kata Dr Noor Hisham
Hariz Mohd Diterbitkan Hari ini 6:47 pm.



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa jangkitan Covid-19 dari kluster himpunan tabligh di Sri Petaling , Kuala Lumpur telah merebak kepada lima generasi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata atas sebab itu, siasatan untuk mengesan sumber jangkitan adalah rumit dan mengambil masa.

“Kalau lihat kluster tabligh sahaja, katalah ada indeks kes 71 kes indeks, dan (ia) jangkiti keluarga mereka. Keluarga mereka itu generasi pertama.

“Ahli keluarga (kemudian) jangkiti jiran, dan jiran mereka jangkiti pula kawan mereka

jadi kita lihat dah ada lima generasi jangkitan.

“Setiap orang yang jangkiti orang lain, dah lima kali, dah lima generasi,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham menjawab soalan mengenai perkembangan psiasatan KKM terhadap corak atau pola penyebaran Covid-19, dan jika sama ada mereka berjaya mengesan sebarang kelompok atau kluster lain.

Setakat ini, KKM telah menjalankan ujian saringan kepada 13,762 peserta himpunan Tabligh.

Himpunan itu yang dianggarkan dihadiri kira-kira 16,000 orang, termasuk 1,500 warga asing, mejadi kluster terbesar Covid-19 di Malaysia setakat ini.

Daripada 2,031 pesakit yang disahkan positif wabak itu setakat ini, 1,117 orang daripadanya, atau 55 peratus, mempunyai kaitan dengan kluster itu.

Jumlah kematian di Malaysia setakat ini pula 23 orang.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor di wuhan masa awal wabak pun pasti ada berhadapan individu yang tak mngaku ada contact

mungkin tulis dalam mandarin

wa pu chi taww.. pu ka nang
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts


I  xrajin nak google pasal tabligh perhimpunan tabligh ni....

so i tanya tt bole? Sebab i tengok byk betul pengetahuan tt tentang perhimpunan  tabligh...dan mereka yg tak buat saringan....

ada x mereka bg data masing2 masa daftar nak join perhimpunan tu?

Ke perhimpunan tu tak perlu daftar?

Kalau daftar ... senang sikit la nak jejaki sesiapa yg belum saringan kan?

Tapi kalau tak daftar... mcm mane ye nak kesan mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:29 PM | Show all posts
dizekni replied at 26-3-2020 03:17 PM
Doktor di wuhan masa awal wabak pun pasti ada berhadapan individu yang tak mngaku ada contact

mun ...

pi ji ke le tek hang
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cumikucingku replied at 26-3-2020 11:28 PM
I  xrajin nak google pasal tabligh perhimpunan tabligh ni....

so i tanya tt bole? Sebab i te ...

Ramai yg takut rasanya dgn covid19 n in denial... Tak kira bangsa atau agama serta warna kulit
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 26-3-2020 11:40 PM

untuk 1 perkara dia buat kajian betul2/habisan2....untuk perkara lain...dia peduli apa....apa motif dia sebenarnya???????@ada udang disebalik batu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut sgt hang dgn jawi. Mesti suku-sakat cina2 dap.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2020 11:45 PM | Show all posts
Cumikucingku replied at 26-3-2020 03:28 PM
I  xrajin nak google pasal tabligh perhimpunan tabligh ni....

so i tanya tt bole? Sebab i te ...

Dari hasil pembacaan saya, perhimpunan tabligh tidak ada formal registration, kalau ada pun bersifat loose, iaitu cukup maklumkan organizer berapa jumlah perwakilan yang hadir untuk tujuan logistik sahaja. Dengan kata lain, contohnya dari dari negeri A N number of karkun (gelaran untuk anggota tabligh lelaki) dan N number of karkunah (gelaran untuk anggota tabligh wanita). Tidak ada daftar yang komprehensif.

Polis terpaksa buat detective work dengan menemuduga karkun dan karkunah satu persatu yang mereka tahu dan membina database dari situ.

Semoga bermanafaat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2020 11:49 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 26-3-2020 03:55 PM
Austronesian replied at 26-3-2020 03:41 PM
Takut sgt hang dgn jawi. Mesti suku-sakat cina2 dap.

Sim alif ya, ta ya dal alif qof, ta alif qof wau ta
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 26-3-2020 11:49 PM
Sim alif ya, ta ya dal alif qof, ta alif qof wau ta

Ckp sajalah tapi sesama sendiri mmg berpakat anti jawi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 26-3-2020 11:45 PM
Dari hasil pembacaan saya, perhimpunan tabligh tidak ada formal registration, kalau ada pun bersif ...

Hmm... jadi jika yg warga asing tu dah balik negara masing2 kkm tak tau la mereka dah pegi check kat negara masing2 ke belum kan tt?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
im4me replied at 26-3-2020 11:29 PM
pi ji ke le tek hang

Amenda tu

cikgu mandarin mati tak sempat sambung kelas

haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 26-3-2020 11:45 PM
Dari hasil pembacaan saya, perhimpunan tabligh tidak ada formal registration, kalau ada pun bersif ...

Sejak puluhan tahun pun memang ini konsepnya penganjuran himpunan tabligh

tiada isu tiada masalah

cuma tahun ni ada virus cina dari Wuhan

itu sahaja, no more no less
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2020 12:02 AM | Show all posts
Cumikucingku replied at 26-3-2020 03:56 PM
Hmm... jadi jika yg warga asing tu dah balik negara masing2 kkm tak tau la mereka dah pegi check k ...

Maklumat karkun warga asing disampaikan kepada authority negara masing-masing. Itu terserah kepada negara tersebut. Contohnya di bawah ini:

COVID-19: Kemboja, Indonesia sahkan kes berkait perhimpunan tabligh
Selasa, 17 March 2020 | 5:01pm



PHNOM PENH: Kementerian Kesihatan Kemboja hari ini mengesahkan 11 kes COVID-19 baharu membabitkan peserta perhimpunan tabligh di Malaysia.

Secara keseluruhan, 12 kes baharu coronavirus itu dilaporkan termasuk 11 etnik Islam Khmer yang menyertai Jodr Qudama dan Ulama Malaysia anjuran tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Difahamkan, pasukan tindakan kecemasan peringkat kebangsaan dan daerah di Kemboja sedang mengesan semua peserta acara terbabit atau yang berhubungan rapat dengan mereka.

Sementara itu, Indonesia hari ini mengesahkan tiga warganya yang menyertai perhimpunan tabligh di Malaysia disahkan COVID-19.

Jurucakap Kementerian Luar, Teuku Faizasyah, mengesahkan kesemua mangsa terbabit menyertai program tabligh di Malaysia dan kini dirawat di hospital.

Acara di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur antara 27 Februari hingga 1 Mac lalu itu disertai kira-kira 16,000 orang dari pelbagai negara.

Difahamkan, perhimpunan itu disertai 700 orang dari Indonesia, 200 dari Filipina dan 95 dari Singapura.

Singapura dilaporkan sedang mengesan peserta perhimpunan itu manakala di Brunei, sekurang-kurangnya 38 daripada 50 kes COVID-19 di negara itu dikaitkan dengan perhimpunan tabligh berkenaan. - AGENSI


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 26-3-2020 11:17 PM
Doktor di wuhan masa awal wabak pun pasti ada berhadapan individu yang tak mngaku ada contact

mun ...

Okey...ni kelakar. 100 markah untuk kau.

Teruskan tt. Teruskan politikkan org2 tabligh. Buat mcm diorg pendosa terbesar dalam sejarah manusia lebih dari dosa kaum kau di wuhan sana.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2020 12:07 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 26-3-2020 04:10 PM
dizekni replied at 26-3-2020 04:00 PM
Sejak puluhan tahun pun memang ini konsepnya penganjuran himpunan tabligh

tiada isu tiada masa ...

Contoh organizer yang bodoh. Sudah jelas perhimpunan ini melibatkan jumlah ramai dan dari pelbagai negara tetapi tidak ada database peserta. Sekiranya ada teroris atau penjenayah menyusup, hanya mampu nganga mulut dan kata dulu OK je. Lagi pun jika ada kebakaran di tempat perhimpunan tersebut dan banyak yang mati, terpaksa buat ujian DNA untuk kenal pasti mayat. Perhimpunan pengakap lebih ter-organize jika dibandingkan kumpulan yang mengaku Islamik dan ada banyak golongan profesional di dalamnya!

Tak akan seorang pun yang terfikir untuk buat pendaftaran online guna smartphone? Aktiviti budak sekolah pun boleh buat register online!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 27-3-2020 12:07 AM
Contoh organizer yang bodoh. Sudah jelas perhimpunan ini melibatkan jumlah ramai dan dari pelbagai ...


Ada surat kebenaran polis untuk perhimpunan melibatkan jumlah ramai

polis bagi kebenaran kerana PH tak keluar sebarang larangan

buat kami, ini semua ujian dan ada hikmahnya

bukti bahawa kepimpinan negara kami bukan perkara boleh diambil mudah

hanya yang kompeten dan berkemampuan sahaja layak mentadbir

kami bersyukur dengan langkah PKP ini, bukti kebijaksanaan PN

jemaah tabligh hanya mangsa keadaan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2020 12:17 AM | Show all posts
dizekni replied at 26-3-2020 04:14 PM
Ada surat kebenaran polis untuk perhimpunan melibatkan jumlah ramai

polis bagi kebenaran kera ...

Perhimpunan Pengakap pun ada surat kebenaran polis, bezanya adalah, perhimpunan Pengakap ada database peserta
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 27-3-2020 12:05 AM
Okey...ni kelakar. 100 markah untuk kau.

Teruskan tt. Teruskan politikkan org2 tabligh. Buat mc ...

Bab MENIPU ni kita tak boleh lawan depa baq hang

trademark

pfftt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list