Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
866
View
16
Reply

[Tempatan] Khalid Samad - MPP dipecat: Biarlah mereka menjalankan tugas mereka di waktu mencabar ini. Selepas reda nanti, buatlah semahu kamu. Mahu masuk ikut pintu belakang, tingkap atau dari atap sekalipun

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-3-2020 10:23 PM | Show all posts |Read mode
‘Selepas Covid-19 reda, terpulang mahu masuk ikut pintu belakang atau atap’
Oleh KHALID SAMAD March 26, 2020 9:38 pm



Negara kita Malaysia khasnya serta dunia secara amnya sedang bergelut menangani ancaman Covid-19. Kes Covid-19 meningkat semakin hari sehingga 2,031 kes dengan 23 kes kematian setakat 12 tengahari hari ini.

Rakyat berhadapan suasana tidak menentu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang awalnya bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac ini.

Namun, sekarang dilanjutkan lagi sehingga 14 April depan. Industri perhotelan kerugian sehingga RM500 juta dan sehingga 20 Mac lalu, sebanyak 2,041 pekerja di sektor perhotelan di seluruh negara telah diberhentikan.

Petani terpaksa membuang beratus tan sayur; nelayan tidak dapat turun ke laut; penoreh tidak dapat keluar menoreh.

Paling malang, rakyat yang tidak berupaya terpaksa mengeluarkan duit simpanan hari tua sendiri demi kelangsungan hidup sehari-hari. Mereka tiada pilihan dan terpaksa dalam keadaan terdesak.

Kita semua diminta untuk tidak berpolitik mahu pun mempolitikkan isu dalam negara dan diseru agar sama-sama membantu dan saling berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam mendepani serta menangani Covid-19. Duduk di rumah. Hentikan penularan Covid-19.

Malangnya di Wilayah Persekutuan, semua Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) yang selama ini menjadi mata dan telinga Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) sendiri; berperanan sebagai duta kecil agensi dan kementerian yang bertindak menyantuni dan membantu penduduk setempat yang memerlukan; tidak pernah lokek menyumbang tenaga dan masa dalam memastikan kesejahteraan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, akhirnya diberhentikan dan dibuang begitu sahaja tanpa sebab dan alasan yang jelas dan munasabah.

Lebih malang lagi penamatan pelantikan ini berlaku pada kala rakyat sedang dihimpit dengan 1,001 masalah. Dengan masalah sedia ada, ditambah dengan masalah yang hadir impak daripada Covid-19 yang melanda.

Kerajaan yang baik, prihatin, peka dan adil terhadap rakyatnya akan menolak ke tepi segala sesuatu yang tidak menguntungkan rakyatnya terutama pada waktu getir sebegini.

Bukan itu sahaja. Jelas dilihat bahawa pengorbanan Ahli MPP tidak dihargai. Jelas, dendam politik mendahului kepentingan masyarakat.

Sedarlah. Ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita menunjukkan keangkuhan dan kuasa yang kita ada.

Justeru, saya merasa kesal dan menyatakan simpati saya kepada Ahli MPP dan masyarakat di atas tindakan kementerian yang menamatkan pelantikan mereka.

Jika tidak mampu untuk berlaku adil, jangan pula pula menjadi zalim dan kejam, bukan kepada Ahli MPPWP semata-mata tetapi masyarakat Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang memerlukan khidmat mereka.

Bersabarlah sekejap sehingga Covid-19 ini reda. Biarlah mereka menjalankan tugas mereka di waktu mencabar ini. Selepas reda nanti, buatlah semahu kamu. Mahu masuk ikut pintu belakang, tingkap atau dari atap sekalipun.

* Penulis ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lid carlsberg ni watak pak pandir dalam ph

bodohnya tak dibuat2

amat disayangi dap atas amanah menjaga tuan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagaimana bilderbergen ltk seorng saintis dari nrgara dunia ke4 utk menjaga who, begitulah dap meletak mat sabu kalid salehudin supaya ikut ckp dia org
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Cian abam lid...putri TT cepatan donk...tenang2 kan mas lid...mas lid lagi penasaran donk..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2020 10:42 PM | Show all posts
Mengapa MPP cemerlang pun ditamatkan, tanya Fahmi
Diterbitkan Hari ini 10:11 pm



Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berkata majlis perwakilan penduduk (MPP) kawasan itu pernah diiktiraf Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai yang terbaik di Kuala Lumpur.

Kata Fahmi MPP Lembah Pantai diberikan anugerah emas dengan lima bintang pada majlis anjuran kementerian itu pada 28 Fen lalu.

"Anugerah ini diberi atas pengiktirafan mutu kerja, laporan lengkap dan aktiviti-aktiviti di lapangan yang dibuat MPP Lembah Pantai.

"Pengiktirafan ini dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan sendiri.

"Adakah pengiktirafan ini tidak bermakna?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, berkenaan penamatan tugas semua ahli MPP di Kuala Lumpur dan Labuan.

Annuar mendakwa tindakan itu dibuat atas pertimbangan kepentingan awam.

Kata bekas setiausaha agung Umno itu, pejabatnya menerima aduan yang mendakwa perkhidmatan anggota MPP tidak memuaskan, selain tidak mematuhi garis panduan.

"Berdasarkan laporan yang diterima, terdapat sebahagian besar MPP Wilayah Persekutuan yang tidak aktif dan tidak pernah menghantar sebarang laporan kegiatan dan perbelanjaan seperti yang disyaratkan sejak ahli-ahlinya dilantik.

"Malah banyak yang tidak pernah menghantar laporan walaupun peruntukan telah dibelanjakan. Selain itu, pihak KWP juga menerima banyak aduan daripada penduduk setempat yang tidak berpuas hati kerana MPP Wilayah Persekutuan tidak aktif dan berfungsi dengan baik," katanya.

Menurut Fahmi jika pertimbangan Annuar itu diambil kira, mengapa khidmat anggota MPP Lembah Pantai juga ditamatkan.

"Bagaimana pula dengan MPP lain yang turut diiktiraf pada malam itu?" katanya.

Menurut Fahmi, jika benar ada MPP yang tidak berfungsi, setidak-tidaknya ia dirombak dengan mengambil kira cadangan ahli parlimen kawasan tersebut.

"Bukannya semua ditamatkan serentak sebegini rupa. Dan bukan pada waktu ini, ketika perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa kerana Covid-19 melanda," katanya.

Justeru Fahmi berkata semua ahli parlimen di Kuala Lumpur dan Labuan berharap Annuar mengkaji semula keputusannya untuk menamatkan khidmat semua MPP terbabit.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
khalid samad lg. Bapak sapa ni wei? Kalo ada anak dia dlm ni tlg la pujuk bapak tu bw2 la terima kenyataan. Letih la..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sarankan Lid ni dibawa berubat cara kampung

entah apa yang dibagi makan dek dap agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:39 PM | Show all posts
Yang saya dengar dari orang kampung mak saya kat selayang sekarang ni, MB  Selangor yang pilih bulu  bagi bantuan  pada rakyat terdesak sekarang ni ... Kalau betullah apa busuk sungguhh perangai orang PH ,  Chegu Bard pun cakap orang PKR bagi bantuan pun siap ada bendera PKR lagi , ini misi nak membantu rakyat ke nak berpolitik nih ????   Patutlah Allah tumbangkan orang-orang ni semua , Allah nak selamatkan kita dari terus hancur dek puak Pakatan Haramjadah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampah masyarakat.....busok!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
..masa zaman kamu..ramai pekerja kerajaan kamu buang.kasihan ada guru yg sgt bgs tp hnya satu kesalahan kecil kamu buang tnpa penjelasan kukuh.dtg panggil pn tidak kan.kamu kamu kamu aniaya org..semoga allah jua yg membalas apa yg kamu kamu kamu lakukan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 03:40 PM | Show all posts
#shahalammenyesalmengundibalaciDAP
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 04:04 PM | Show all posts
marilah bersama menghayati ayat terbaik utk DAPig dan pengkhianat ini..
5c544421374493.5644be87531a5.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 04:13 PM | Show all posts
Bye Khalid samad
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
#shahalamdalamgerhana
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 04:22 PM | Show all posts
Move on la weiiiiiiiiiii..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 04:37 PM | Show all posts
ini ajala kejaguhan PH, jadi pembangkang. Teruskan.

Rakyat tak bodo dah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 04:40 PM | Show all posts
tu la gara-gara hilang jawatan, elaun selepas 22 bulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list