Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1106
View
14
Reply

[Tempatan] Tabik abang polis

 Close [Copy link]

Author: BomBoLoniS    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-3-2020 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TANGISAN wanita di taman permainan ketika ditemui dua anggota polis menjalankan arahan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merungkai nasib keluarganya yang kehabisan bekalan makanan di rumah mereka.

Menerusi kenyataan dikongsi di Laman Facebook rasmi Polis Johor, anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Koperal Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel Mudrikah Nazirul Nordin, menemui wanita itu bersama suami dan anak berusia setahun di taman permainan dekat Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan, pasangan suami isteri bersama anak mereka diminta untuk pulang ke rumah sebagai mematuhi PKP.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu tiba-tiba menangis memaklumkan mereka tiada wang dan semua bekalan makanan di rumahnya sudah kehabisan.

Malah lebih menyedihkan anak kecil itu ketika ditemui hanya berbekalkan botol susu yang diisi air milo.

Anggota berkenaan yang bersimpati bawa keluarga itu ke kedai runcit berdekatan dan membelikan susu kepada anak pasangan terbabit serta barangan makanan.

Pasangan keluarga itu tinggal di Taman Tampoi Indah dengan menyewa bilik. Suaminya tidak lagi berkerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja manakala isteri seorang tukang cuci di Larkin dan kini diarahkan bercuti, katanya dalam hantaran Facebook itu.

Hantaran yang dimuat naik itu mendapat reaksi daripada warganet yang rata-rata memuji tindakan mulia anggota polis terbabit serta mendoakan keluarga terbabit dibantu.
IMG_20200326_221054.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan bodoh...lockdown untuk warga emas saja lah....kesian Kat diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak puji abang2 polis tu.

Tapi family ni... Ntah la.

Tempat akak, orang susah biasanya kurus. Jarang jumpa gemok gedempol.

Dan Milo fyi, agak mahal dek. Huntok family tu afford Milo, is something.

Am I mean? Yeah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-3-2020 10:28 PM
Akak puji abang2 polis tu.

Tapi family ni... Ntah la.

jarang jumpa yang kurus keding hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bloodyamuk replied at 26-3-2020 11:05 PM
jarang jumpa yang kurus keding hahaha


Ada, penagih dadah.

Tempat akak biasanya orang susah tak gemuk. Badan lean takda lemak macam suami akak dalam gambar tu. So akak agak skeptikal if ko kata ko susah tapi gemuk cam badak. Ertinya ko cukup ja makan. Or mungkin ko ada penyakit ka, genetik ka, tu akak tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-3-2020 03:09 PM
Ada, penagih dadah.

Tempat akak biasanya orang susah tak gemuk. Badan lean takda lemak  ...

Org belah borneo mmg kecik2 sister, belah semenanjung miskin pun besar, mostly sbb pemakanan & lifestyle. so tak pelik akak ni besar. Berat badan tidak mempengaruhi kekayaan & kemiskinan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
VirusCinta replied at 26-3-2020 10:24 PM
Kerajaan bodoh...lockdown untuk warga emas saja lah....kesian Kat diorg ni

Apa yg bodohnya. Mintalah bantuan kalau dlm kesusahan. Jiran2 pun ambillah tau....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Please la, suami dia kerja kat Singapore, exchange almost SD1= RM 3. Suami kerja gaji hari kot, tak kerja xde la duit. Tak payah la nak tuduh2 sebab dia badan gempal tak logik dia tak cukup makan, sebab anak minum milo tak logik dia xde duit. Tak payah tuduh tak payah body shaming.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 03:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Means masa suami dia kerja singapore byk duit lepas convert tu.... dia tak berigt2. Sejenis yg kais pagi habiskan petang. . Mmg susah juga nak educate org pasal jimat cermat. Apanya yg ada . U know ... kebykan org melayu yg tun M ckp lazy malay tu bukan lazy sbnrnye. Tapi dah di terbiasakan dgn zon selesa

Hanya org yg dibesarkan oleh mangsa perang (mak yg lahir zaman perang) je yg boleh train anak2 hidup dgn apa yg ada & menyimpan sedikit utk masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 04:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-3-2020 10:28 PM
Akak puji abang2 polis tu.

Tapi family ni... Ntah la.

baru tertanye2 biasa org yg hidup susah kurus2... tp bini nya ni gedempol lain macheeam.. harap2 stock polis belanja jimat2 makan.. mentekedarah xhengat xkan nk nangjs2 kt taman lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 27-3-2020 03:57 AM
Means masa suami dia kerja singapore byk duit lepas convert tu.... dia tak berigt2. Sejenis yg kais  ...

Kebanyakkan kita x ada simpanan...ada survei kata hanya 30% je yg ada simpanan yg boleh survive bila sumber pendptan kita terjejas...mgkn diorg selesa selama ini,kalau kena buang kerja ke,boleh kerja lain dan x mgkn msia dlm perang ke....
Tapa berlaku yg ,betul2 luar dugaan kita....seluruh dunia mengalaminya...itulah ptgnya simpan walaupun berapa pendptan kita...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 06:21 AM | Show all posts
Pasangan keluarga itu tinggal di Taman Tampoi Indah dengan menyewa bilik. Suaminya tidak lagi berkerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja manakala isteri seorang tukang cuci di Larkin dan kini diarahkan bercuti, katanya dalam hantaran Facebook itu.


Sila lah buat kegiatan lain selama perintah kawalan ini. Itu jer nak ckp ~
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap betul2 mmg tkde duit & mmg bekalan makanan tu digunakan utk makan (read as: bukan dijual & duit pulak digunakan ke tempat lain)
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana pergi nya org zakat... apa guna kutip 1 billion tp tk guna duit tu pd masa terdesak mcm ni..
Pusat zakat cuma tadbir je duit tu.. disimpan.. bkn bg dividen pun.
Kita byr zakat sbb tk dpt jumpa 7 penerima asnaf ni.. tp bila keadaan darurat mcm ni... status miskin senang je jd fakir..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 06:46 AM | Show all posts
Thread dah ada
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1194827

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list