Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
922
View
18
Reply

[Tempatan] Tabik abang polis. Menolong keluarga yang tiada wang dan kehabisan bekalan makanan.

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-3-2020 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Tabik abang polis
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/558973/tabik-abang-polis

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 9:19 PM

Omar Ahmad
am@hmetro.com.my


RAKAMAN gambar anggota polis membantu pasangan suami isteri yang kehabisan bekalan makanan.  FOTO Ihsan Facebook Polis Johor.

TANGISAN wanita di taman permainan ketika ditemui dua anggota polis menjalankan arahan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merungkai nasib keluarganya yang kehabisan bekalan makanan di rumah mereka.

Menerusi kenyataan dikongsi di Laman Facebook rasmi Polis Johor, anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Koperal Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel Mudrikah Nazirul Nordin, menemui wanita itu bersama suami dan anak berusia setahun di taman permainan dekat Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan, pasangan suami isteri bersama anak mereka diminta untuk pulang ke rumah sebagai mematuhi PKP.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu tiba-tiba menangis memaklumkan mereka tiada wang dan semua bekalan makanan di rumahnya sudah kehabisan.

Malah lebih menyedihkan anak kecil itu ketika ditemui hanya berbekalkan botol susu yang diisi air milo.

Anggota berkenaan yang bersimpati bawa keluarga itu ke kedai runcit berdekatan dan membelikan susu kepada anak pasangan terbabit serta barangan makanan.

Pasangan keluarga itu tinggal di Taman Tampoi Indah dengan menyewa bilik. Suaminya tidak lagi berkerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja manakala isteri seorang tukang cuci di Larkin dan kini diarahkan bercuti, katanya dalam hantaran Facebook itu.

Hantaran yang dimuat naik itu mendapat reaksi daripada warganet yang rata-rata memuji tindakan mulia anggota polis terbabit serta mendoakan keluarga terbabit dibantu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:10 PM | Show all posts
Alhamdullillah..semoga murah rezeki abang polis...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:18 PM | Show all posts
semakin kita banyak memberi, semakin Allah murahkan rezeki kita dalam pelbagai bentuk...agittewww...acik2 gundu jangan tahu nak menternak lemak aje yach
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:22 PM | Show all posts
oRANG BAGHAL SAHAJA YANG TIDAK MEMAHAMI APA ITU KESEMPITAN HIDUP.

nAK MAKAN PUN XDE.

Nak cekau duit xtahu dimana ...cari kadang tu cari sampai xingat diri sendiri dah xmakan...cari xjumpa.

Rezeki sempit.

Kita lah kena tolong.

Tidak pernah papa kedana org suka menolong orang lain.

kita kutip doa kudus tulus ikhlas dari orang.

Kita jadikan semua itu saham akhirat ,amalan yang diterima ,jariah yang barkah !

Ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:24 PM | Show all posts
Aku kutuk sekutuk kejian dan hinaan penuh tragis kecelakaan kpd  manusia manusia yang suka menghina org susah.

Sebenarnya xde siapa nak jadi susah.

Kadang tu susah sebab ujian.

Tp kita sbg manusia xboleh sesekali kata org tu susah disebabkan dia malas.


Ko fikir jadi kaya tu rajin sangat ? Asbab apa ko dapat dari sumber haram pun boleh jadi kaya ,istifroj nya ko dgn kekayaan itulah ko xpernah bertaubat ,masuk kubur dalam keadaan penuh dosa dan penuh kemurkaan Allah .
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:27 PM | Show all posts
***istidroj
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:30 PM | Show all posts
sedey baca.. ada tak cara utk pastikan org2 mcm ni tak ketinggalan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
I'm sorry.kurang kemampuan  dan kurang informasi.kalau information betul sampai kat dia,dia dah pegi mengadu kat zakat or pejabat daerah.Mcm tpt kita,pejabat daerah dah war2kan,sapa berkeperluan,datang ambil bantuan kat pjbt daerah .surau/masjid ada sediakan dr tabung masjid.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan mereka. Tak ada siapa yg nak susah dan miskin.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:32 PM | Show all posts
Unsung heroes . Bukan macam PM tepi yang tak habih habih buat video tapi satu habuk pun tarak ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mgkin kerajaan johor tlepas pandang kot. Sbb tgok kt tenet ngo2 dan badan bkanun johor dh start mcari gol asnaf utk diberi bantuan. Bab sedekah jariah ni, mmg boleh tabik kt rakyat malaysia. Tua muda miskin kaya, mmg selagi boleh sedekah kita akan sedekah. Moga amalan ni mjadi asbab utk Allah mengangkat virus ni dr kita semua. Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak jasa abang polis hanya Allah swt yang dapat membalasnya


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2020 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 26-3-2020 04:10 PM
Banyak jasa abang polis hanya Allah swt yang dapat membalasnya

Yup...moga murah rezki abg polis
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasihat aku satu aje, jgn beranak ramai2 dlu. Rancang keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih kpd abam2 pulis atas ihsan yg diberikan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan Pusat kena pastikan negeri negeri ni implement semua arahan accordingly... esp flat flat tu... hmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 09:16 PM | Show all posts
Pernah terima bantuan MAINJ


WANITA yang ditemukan polis bersama suami dan anak berusia setahun di taman permainan ketika menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Tampoi Indah semalam, pernah menerima bantuan sara hidup Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Amil Baitulmal Johor Bahru, Muhammad Zakuan Ghazali berkata, nama wanita itu ada dalam rekod bantuan MAINJ sejak 2014.

Bagaimanapun bantuan sara hidup itu tamat pada Oktober tahun lalu kerana wanita terbabit berkahwin baru.

MAINJ sudah menyampaikan bantuan RM300 one off kepada mereka bagi membeli barangan sepanjang (PKP) dan bantuan sara hidup bulanan akan disambung semula, katanya ketika dihubungi.

Semalam, ketika Op Covid-19 dijalankan oleh dua anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Koperal Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel Mudrikah Nazirul Nordin menemukan wanita itu bersama suami dan anak perempuannya di taman permainan.

Ketika dua anggota polis itu meminta mereka supaya pulang ke rumah, bagaimanapun wanita itu menangis kerana mereka kehabisan bekalan makanan di rumah dan tidak mempunyai wang.

Hantaran itu dimuat naik di Facebook rasmi Polis Johor, memaklumkan anggota terbabit membawa keluarga itu ke kedai runcit berdekatan dan membelikan susu kepada anak pasangan terbabit serta barangan makanan.

Keluarga berkenaan tinggal di Taman Tampoi Indah dengan menyewa bilik. Suaminya tidak lagi berkerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja manakala isteri seorang tukang cuci di Larkin dan kini diarahkan bercuti.

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga jiran2 tetangga saling bantu membantu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list