Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3693
View
81
Reply

[Tempatan] (PKPD) di Simpang Renggam. JKM tidak dapat memenuhi permintaan penduduk yang mahukan rokok dan makanan kucing.

[Copy link]

Author: lanesra    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 27-3-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 26-3-2020 04:19 PM
Selangor  n kl tu sbb ramai ummah2 dr negeri degil tu dtg membiak

Kalau takda ummah ni, takda manusia lah kat kl, selangor ni..kang jadi negeri mundur plak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 26-3-2020 11:41 PM
bukan kelantan dgn ganu juga termasuk
dlm negeri degil? aku nampak kat mana ntah

Jgn lupa pulau ppl
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 27-3-2020 12:20 AM
Kalau takda ummah ni, takda manusia lah kat kl, selangor ni..kang jadi negeri mundur plak.

Mesti dr negeri degil ni.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Johor byk tabligh ke sebas bagai dr kg terlibat..biar betul...org johor biasa suka karok..x mungkin join tabligh..fitnah ke atas tabligh...mohon tabligh doa ke atas pemfitnah theols biar covid berlari2 mengejar theols gedik sgt
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2020 09:11 AM | Show all posts
'Semuanya kerana kenduri kahwin'

SEMUANYA bermula daripada majlis kenduri kahwin dan tahlil pada 15 Mac di Bandar Baru Ibrahim Majid, dakwa penduduk Kampung Datuk Ibrahim Majid, Roslizam Mostajab, 45, penularan wabak Covid-19 di kawasan perkampungan berkenaan.

Menurutnya, bermula dengan dua orang dikesan positif wabak itu, kini ia menular sehingga menyebabkan kira-kira 3,570 penduduk di dua kawasan di Simpang Renggam diarahkan berkurung di kediaman masing-masing.

Ia menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam tadi.

Katanya, walaupun Kampung Ibrahim Majid terletak kira-kira 1.5 kilometer dari Bandar Baru Ibrahim Majid, namun ia menjadi laluan utama ke beberapa kampung lain selain jalan pintas ke Pekan Simpang Renggam.

Keadaan ini menyebabkan kadar penyebaran wabak itu berlaku terlalu pantas dan sehingga hari ini, sebanyak 61 kes positif Covid-19 daripada 83 kes yang dilaporkan di Kluang.

Jumlah ini akan meningkat dalam sehari dua jika usaha memutuskan rangkaian Covid-19 tidak dilakukan dengan lebih gigih, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Roslizam dalam pada itu menggesa penduduk kampung memberikan kerjasama kerana apa yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada kecuaian mereka.

Bagaimanapun, apa yang kami bimbang sekarang ini adalah soal bekalan makanan asas kerana arahan PKPD ini mengejut menyebabkan sebahagian besar penduduk tidak membuat sebarang persediaan.

Kami berharap kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk membantu penduduk yang terjejas kerana tempoh PKPD selama 14 ini bukanlah satu masa yang singkat, katanya.

Difahamkan, selain Kampung Datuk Ibrahim Majid yang mempunyai 1,495 penduduk, penduduk terjejas lain adalah dari Kampung Parit Salman (180 penduduk), Parit Kasmani (20 penduduk), Parit Takibek (120 penduduk), Lorong Perdana (180 penduduk), Taman Surau (95 penduduk) dan Jalan Benut (150 penduduk).

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid dikenakan PKPD bermula tengah malam tadi, susulan 61 kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Ia membabitkan 3,570 penduduk daripada 650 keluarga dan akan berkuat kuasa mulai sehingga 9 April.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 10:17 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 26-3-2020 10:01 PM
klu melayu senang sikit nak dengar arahan, klu kelly ni aku rasa ada drama tamil sebelum kena cota ...

semua bangsa, sama je pun..

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbaloi tak. Sesiapa rasa sayang dan rugi cancel kerja kahwin ari tu??
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cap_ayam at 27-3-2020 10:47 AM

Terbaik kerajaan amik langkah ini bagi mengekang penularan wabak. Sabarlah mudah2an semua cepat sihat dan keadaan kembali pulih.

Anyway dah 2 tahun berturut2 beli kuih raya kat simpang renggam.. exit plaza tol tu.. tak jauh dari exit tu ada tempat jual kuih raya. Sedap2 jugak rasa biskut dan kerepek.

Tahun ni asalkan ada makanan atas meja tu dah bersyukur sangat dah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 26-3-2020 10:18 PM
kalau PH masih ada tentu la masih kajian lagi
tapi PN mudah
terus lockdown

Kejadah dia nak suruh ikut macam lahat datu? Sana bukan kes penyakit berjangkit.

Better teruskan apa yang kerajaan sekarang dah buat. Tak payah bagi keluar langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 26-3-2020 11:43 PM
sbb ada yg tak reti duduk diam2 dlm rumah.   klu semua follow betul2 MCO takkan la virus tu melomp ...

Ini memang sah ada caprut tak reti bahasa bila orang suruh dok rumah jangan keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
siq replied at 27-3-2020 12:08 AM
sedap sangat ke lauk kenduri tu ye? banyak sangat ke beribu2 RM rugi kalau tangguh or batalkan ye? n ...

Sedap hingga menjilat kaki gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nur123 replied at 27-3-2020 12:11 AM
kawan ckp 1 bas tabligh dari area situ. lepas tu balik Ada kenduri besar besaran. jemputan lebih dar ...

Lain kali ajak ler orang tabligh ramai2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
eh..boleh pun buat..sepatutnya dulu buat kat selangor dgn kl..sebelum panic buying dan balik kampung berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 26-3-2020 11:41 PM
bukan kelantan dgn ganu juga termasuk
dlm negeri degil? aku nampak kat mana ntah


Sorry ye. Ganu antara negeri yg tinggi patuh pkp. Marah ni sbg org ganu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 11:49 AM | Show all posts
kejadian 15hb...sebelum PKP...bsabarlah acik-acik ye...molly doakan semuanya terkawal di sana
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 27-3-2020 11:47 AM
eh..boleh pun buat..sepatutnya dulu buat kat selangor dgn kl..sebelum panic buying dan balik kampung ...

WHO dah bagi amaran pada 12hb Feb tapi Khalid masih rasmi event belon panas utk Tahun Melawat Malaysia.  Menteri Pelancongan PH siap marah2 AJK masjid Putrajaya dlm press conference sebab larang pelancong masuk masjid
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:31 PM | Show all posts
kalau Simpang Renggam ni success
elok apply di Zon Merah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 12:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-3-2020 01:14 PM | Show all posts
Kawalan ketat di pintu masuk keluar Simpang Renggam

KERAJAAN Johor mengarahkan semua akses keluar masuk jalan raya di Simpang Renggam diperketatkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang membabitkan dua kampung di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata langkah tegas itu diambil bagi mengelak penularan wabak Covid-19 di kawasan berkenaan menjadi tidak terkawal.

Katanya, tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan Covid-19 daripada menular keluar dari kawasan berkenaan.

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan segera sepanjang tempoh 14 hari PKPD di kawasan dua kampung itu.

Dengan pelaksanaan PKPD ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarahkan memperketatkan kawalan di semua jalan utama dengan mengadakan sekatan jalanraya di semua akses masuk dan keluar terutamanya di jalan utama Simpang Renggam-Benut dan Simpang Renggam-Kluang di kedua-dua hala, katanya.

Menurutnya, pelaksanaan pemantauan rumah (home surveillance) akan dilaksanakan lebih tegas di dua kampung terjejas dengan pengawasan ketat oleh anggota pasukan keselamatan.

Semua penduduk tempatan dan pelawat yang sudah berada di kawasan terjejas tidak dibenarkan keluar rumah atau kawasan terjejas sepanjang tempoh ini malah bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

Bagi keperluan makanan penduduk terjejas pula,Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menjadi penyelaras bantuan makanan dan keperluan asas yang akan dipantau sepanjang masa, katanya dalam kenyataan,di sini, hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, malam tadi dilaporkan mengumumkan, dua kawasan penduduk di Simpang Renggam, Johor menjadi lokasi pertama dikenakan PKPD mulai tengah malam ini, selepas 61 penduduknya dikesan positif Covid-19.

Dua kawasan itu membabitkan Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang.

Perintah PKPD membabitkan 3,570 orang penduduk tempatan terdiri daripada 650 keluarga di dua kampung berkenaan.

Mengulas lanjut,Vidyananthan berkata, Medical Base juga akan diwujudkan di balairaya kampung terjejas merangkumi kemudahan fasiliti pengesanan Active Case Detection (ACD).

Semua aktiviti perniagaan diarah dihentikan serta-mera manakala masjid dan surau akan ditutup sepenuhnya, katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai replied at 27-3-2020 11:46 AM
Lain kali ajak ler orang tabligh ramai2.

tak juga. mungkin tabligh Tu penduduk kg situ juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list