Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3711
View
81
Reply

[Tempatan] (PKPD) di Simpang Renggam. JKM tidak dapat memenuhi permintaan penduduk yang mahukan rokok dan makanan kucing.

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-3-2020 09:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lanesra at 31-3-2020 11:54 AM



KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan mengesahkan 83 kes positif wabak COVID-19 telah dikesan di daerah Kluang, Johor.

Daripada jumlah itu 61 kes adalah dari Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam.

Dengan jumlah kes yang tinggi, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mula dikuatkuasakan di dua kawasan tersebut.

"Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di dua kawasan tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order) di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

"Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.

"Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari," jelasnya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.

Pelaksanaan perintah ini merangkumi;

-Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

-Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

-Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

-Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

-Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

-Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

-Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Justeru, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dari KKM serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm perintah darurat lah kampung tu. Bekalan asas pun gov bagi.dok dalam umah elok2
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:45 PM | Show all posts
total lockdown la kan maknanya tu...asalnya mcm mana blh kena ramai2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira first total lockdown lah ni Kan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam ade super spreader jer area ni. Elok la lockdown terus.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:54 PM | Show all posts
Penduduk kampung, sila ikut dan patuhi arahan gomen...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:56 PM | Show all posts
lurve82 replied at 26-3-2020 09:45 PM
total lockdown la kan maknanya tu...asalnya mcm mana blh kena ramai2 tu?

masih nak buat kenduri kendara..
mendapatlaa..
Da tegur taknak dengor..

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:56 PM | Show all posts
EJALTI replied at 26-3-2020 09:54 PM
Penduduk kampung, sila ikut dan patuhi arahan gomen...

Bagus!! dok diam diam kat kampung nun. jgn gatal nak pi mana mana. Jgn sibuk nak upload makanan sedap sebab nak kuar pi beli mkn pun tak blh dah. hahahaha!! pasni kawasan mana lg yg degil, korang tunggu bahagian memasing
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:57 PM | Show all posts
ramainya... apa yg berlaku?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:59 PM | Show all posts
tula.. apa yg jadi ... tpi bagus gak buat camni.. ikut daerah by daerah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:59 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 26-3-2020 01:56 PM
Bagus!! dok diam diam kat kampung nun. jgn gatal nak pi mana mana. Jgn sibuk nak upload makanan se ...

Kalau masih tak duk diam2 dalam rumah, masih gatai nak keluar rumah jugak, mohon ATM belasah kaw2 dgn cortar...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:59 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 26-3-2020 09:56 PM
masih nak buat kenduri kendara..
mendapatlaa..
Da tegur taknak dengor..

ooo dari kenduri ke? akak aku kat skudai ada bgtau area situ ramai dh kena..tp mls nak amik pot...skrg dh total lockdown takut plak kawasan iols ni kne lockdown..sbb kwsn merah jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengarnya ada buat kenduri kendara...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:01 PM | Show all posts
EJALTI replied at 26-3-2020 09:59 PM
Kalau masih tak duk diam2 dalam rumah, masih gatai nak keluar rumah jugak, mohon ATM belasah kaw2  ...

klu melayu senang sikit nak dengar arahan, klu kelly ni aku rasa ada drama tamil sebelum kena cota
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:03 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 26-3-2020 10:01 PM
klu melayu senang sikit nak dengar arahan, klu kelly ni aku rasa ada drama tamil sebelum kena cota ...

ye la tuu..
sebab terlalu dengor arahan laa nie dua kg da kena lockdown..
mmg ummah Melayu nie yg terbaik..
Tak ingkar perintah Kerajaan nie..
Syabas
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila xdgr nasihat, itulah harga yg perlu dibyr..ambil ikhtibar & harap semua penduduk dpt beri kerjasama
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:08 PM | Show all posts
semua berita setakat ni tak sebut punca
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanya kawan kat benut kata dr tabligh... Ada kenduri kahwin pulak ... Mesti makcik pakcik yg ramai dijangkiti tuh
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:13 PM | Show all posts
nmpk berselerak usaha kerajaan nk fight covid-19, kata kaki kutuk gomen..
tp gomen buktikan diam2 ada strategy yg tegas... fully lockdown kat red area..
good job, rakyat bersamamu...diam2 terus  buat keje ... best strategy gomen buat skrg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list