Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1390
View
37
Reply

[Tempatan] Menteri Agama sumbang bantuan untuk LGBT. “Andainya yang melakukannya ialah insan yang bernama Mujahid Yusof Rawa, pastinya pesta laknat akan melanda,” komen di FB

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-3-2020 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 26-3-2020 02:31 PM

Menteri Agama sumbang bantuan untuk LGBT
Oleh MALAYSIA DATELINE March 26, 2020 7:07 pm



Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri hari ini mendekati Pertubuhan Hijrah Republique, komuniti LGBT yang sedang menjalani proses hijrah ke arah yang lebih baik.

Beliau menyampaikan sumbangan Musaadah Covid-19 kepada mereka hari ini, sebagaimana yang ditulis beliau melalui facebooknya.

Ia disambut baik oleh rakan-rakan facebook beliau padahal menurut mereka ia bakal dikecam hebat jika dibuat oleh bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sebelum ini.


“Andainya yang melakukannya ialah insan yang bernama Mujahid Yusof Rawa, pastinya pesta laknat akan melanda,” tulis Mohamad Hadi AH ketika berkongsi posting Dr Zulkifli itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.

Seorang lagi rakan facebook beliau, Abdul Muiz menulis, “Alhamdulillah. Usaha baik yang pernah dibuat oleh Dr Mujahid dahulu diteruskan oleh menteri sekarang.

“Tahniah Datuk Dr Zul. Cuma malang sikit kepada Dr Mujahid, bila dia buat dia dituduh mesra dan pro LGBT. Harap Dr Mujahid maafkan mereka yang buat fitnah dahulu.”

https://malaysiadateline.com/men ... bantuan-untuk-lgbt/



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2020 08:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertubuhan Hijrah Republique, komuniti LGBT yang sedang menjalani proses hijrah ke arah yang lebih baik


Ko paham tak quote ni hanat?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2020 08:29 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bodoh la dap laknat ni
bleh tak ko bezakan support lgbt nak berubah..

dah la nak provoke tu.. dap totap pembangkang forever
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2020 08:36 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 26-3-2020 01:17 PM
dino replied at 26-3-2020 12:31 PM
bodoh la dap laknat ni
bleh tak ko bezakan support lgbt nak berubah..

Satu ketika dahulu Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dicela dan dihina kerana cadangan di bawah ini:

Cadang zakat untuk LGBT yang ingin pulih
Khamis, 28 November 2019 @ 2:48 PM



PIHAK berkuasa agama Islam negeri dicadangkan supaya mengeluarkan fatwa bagi membenarkan zakat diberikan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang ingin dipulihkan.

Perkara itu dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf pada sesi soal jawab lisan di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, zakat itu bukan disalur kepada individu yang terjerumus dengan LGBT, sebaliknya menerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dengan program pemulihan.

“Ramai orang silap faham, dia ingat kita bagi zakat dan mereka (LGBT) beratur panjang (ambil zakat). Kalau kata saya LGBT, saya boleh dapat zakat, bukan itu maksud dia.

“Maksud kita, mesti ada usaha untuk bebaskan dia (golongan LGBT) daripada kita kata mereka menjadi hamba nafsu songsang ini,” kataya.

Beliau menjawab demikian bagi menjawab persoalan dibangkitkan Nor Azrina Surip (PH-Merbok).

Mujahid berkata, setakat ini, hanya Selangor mengeluarkan fatwa sedemikian dalam usahanya memulihkan golongan itu.

“Fatwa di Selangor sudah menyatakan bahawa salah satu daripada (penerima zakat) asnaf, (adalah) mereka yang menjadi hamba iaitu hamba kepada nafsu songsang mereka.

“Justeru, melalui NGO, apa saja program pemulihan bagi membebaskan mereka ini daripada menjadi nafsu songsang ini, (maka boleh) diberikan bantuan melalui (bantuan) asnaf,” katanya.

Menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahmad Tarmizi Sulaman (PAS-Sik), Mujahid berkata, kerajaan tidak hanya fokus kepada penguatkuasaan undang-undang semata-mata bagi menghukum golongan terbabit sebaliknya yang lebih utama adalah pemulihan.

“Kalau undang-undang yang ada ketat tidak cukup, tanpa ada satu usaha membetulkan gaya hidup dan usaha dakwah membabitkan NGO, tanpa usaha membaiki (fungsi) mahkamah syariah itu sendiri. Semua itu masuk dalam pakej kita,” katanya.

Katanya, menerusi program Muhayyam Bersama Komuniti Disayangi yang dilaksana sejak 2011 contohnya, seramai 1,700 peserta terbabit, dengan sebahagian mereka hadir secara sukarela untuk dipulihkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 26-3-2020 08:36 PM
Satu ketika dahulu Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dicela dan dihina kerana cadangan di bawah ini:

...

meh tunjuk sapa kritik tu dah dasar dap kaki fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai percaya PAN ditaja, diberi duit oleh DAP

tersepit tak ada pilihan terpaksa la mereka jadi barua penjilat dapig

pasal tu pan ditolak Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh, menteri agama baru ni memang dari dulu mesra LGBT, so?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2020 08:44 PM | Show all posts
dino replied at 26-3-2020 12:40 PM
meh tunjuk sapa kritik tu dah dasar dap kaki fitnah

‘Kemesraan’ Mujahid-LGBT cetus persoalan, membimbangkan
Allah perintah Nabi Luth untuk tangani perbuatan sumbang dan dilaknat



BANGI, 23 Syawal 1439H, Sabtu – ‘Kemesraan’ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) menimbulkan pertanyaan dan mencetuskan kebimbangan di kalangan umat Islam.

Sebaliknya, usaha mendepani isu LGBT itu sepatutnya ditangani dengan melakukan pencegahan daripada merebak, kerana ianya adalah perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid berkata, Allah memerintahkan Nabi Luth untuk menangani perbuatan sumbang dan dilaknat itu.

“Sewajarnya di pihak kerajaan khususnya, Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama bertindak agar masalah sedemikian tidak terus berleluasa.

“Namun, Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa kelihatan lebih ‘mesra’ terhadap golongan berkenaan hingga membiarkan mereka kekal sebegitu,” katanya.

Beliau berkata, Islam membimbing manusia dengan tidak membiarkan mereka terus kekal dalam keadaan jahiliah dan kesesatan.

“Menjadi tanggungjawab kerajaan yang berkuasa untuk mencegah kemungkaran termasuk LGBT. Dakwah kita adalah ke arah mereka menjauhi, meninggalkan dan bertaubat daripada kehidupan sedemikian. Malah, pencegahan dapat dibuat dengan undang-undang.

“Sebaliknya, Menteri bersikap ‘mesra’ hingga menjadikan perkara itu sebagai pilihan peribadi dan hak yang tidak ditangani secara sewajarnya,” katanya.

Sebelum ini, Mujahid yang juga Naib Presiden PAN – parti serpihan PAS – berkata, Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan LGBT jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Memetik laporan sebuah portal berita liberal, Mujahid dilaporkan berkata, setiap warganegara Malaysia mempunyai hak masing-masing.

Justeru, beliau berpendapat warganegara tidak kira sama ada mereka LGBT atau bukan, sekiranya mereka tidak melakukan jenayah maka pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 26-3-2020 08:36 PM
Satu ketika dahulu Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dicela dan dihina kerana cadangan di bawah ini:

...

Bagusnya putri TT...lengkap padat info maklumat..so bolehla mufti wilayah resign, ganti dgn mujahid... agittewww
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 26-3-2020 08:31 PM
bodoh la dap laknat ni
bleh tak ko bezakan support lgbt nak berubah..


Biarlaa dia nak tulis ape pun.. lg byk dia tulis lg nmpk dia buduss.. ayam.jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:49 PM | Show all posts

Pemfitnah seperti hanjeng DAPig ni dah boleh start kita report.

Screenshot awal2 ye..

BTW, ayat ni layak untuk kau..


5c544421374493.5644be87531a5.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2020 08:49 PM | Show all posts
dino replied at 26-3-2020 12:40 PM
meh tunjuk sapa kritik tu dah dasar dap kaki fitnah

Berhenti tuduh kerajaan PH mesra LGBT, kata menteri
Faiz Zainudin -July 23, 2018 12:27 PM


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengingatkan semua pihak berhenti menuduh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mesra golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata berdasarkan undang-undang negara jelas menunjukkan aktiviti songsang itu dilarang diamalkan di Malaysia.

“Kerajaan sentiasa mengambil maklum tentang penularan budaya LBGT yang semakin membimbangkang hari ini.

“Apa saya ingin jelaskan berdasarkan undang-undang, ia bermaksud saya perlu ulang supaya semua dengar baik-baik dan balik nanti jangan putar cakap saya, ia bermaksud hak komuniti LGBT untuk mengamalkan gaya hidup mereka masih tertakluk dengan undang-undang yang tidak membenarkan di Malaysia. Jangan dekat mimbar khutbah kata kerajaan PH ini mesra LGBT,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) supaya kerajaan menyatakan langkah bagi membanteras penularan budaya LGBT yang semakin membimbangkan.

Mujahid berkata, meskipun berdasarkan undang-undang budaya LGBT dilarang keras, namun mengikut Perlembagaan Persekutuan sebagai rakyat Malaysia, golangan itu tidak boleh ditindas atau dibuli.

“Saya juga berhujah di atas asas Perlembagaan Persekutuan, pada masa sama hak asasi manusia warganegaranya iaitu rakyat Malaysia, sentiasa dipelihara berdasarkan acuan adat dan budaya di Malaysia. Islam sebagai agama Persekutuan, dengan kata lain golongan ini tidak boleh ditindas ditempat kerja, tidak boleh dianiayai dan tak boleh dizalimi.

“Kita ada statistik menunjukkan 80% golongan makyah terlibat dalam industri seks. Kalau kita mendiskriminasi mereka ditempat kerja, maka mereka akan terus berada dalam industri ini, sedangkan kerajaan PH berhasrat mengeluarkan mereka dari industri ini,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan juga menggunakan pendekatan mendidik bukan menghukum untuk memulihkan golongan LGBT.

“Ada ibu bapa bimbang dengan gajala ini. Dengan kesedaran ini kita adakan pelbagai bentuk seminar dan program, ini bertujuan untuk bimbing,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 26-3-2020 08:49 PM
Pemfitnah seperti hanjeng DAPig ni dah boleh start kita report.

Screenshot awal2 ye..

Hehe...putri PH ni kroni admin forum Cari...payah nk report..kabel kuat maaa

Semoga putri PH dapat jadi penasihat mujahid apabila khalifah LGE menjadi PM meleissss
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:52 PM | Show all posts
amboi akak kat depan sekali tu..kemain lg kaki depan posing bengkok skit..nk nmpk kurus letteww
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:53 PM | Show all posts
asma87 replied at 26-3-2020 08:51 PM
Hehe...putri PH ni kroni admin forum Cari...payah nk report..kabel kuat maaa

Semoga putri PH da ...

report to SKMM.

forum ni rubbish. utk provok haters muslim je.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-3-2020 09:03 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 26-3-2020 01:45 PM

Semasa Pakatan Harapan dahulu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof begitu teruk dikecam kerana mengambil berat golongan LGBT ini terutama cadangannya untuk memberi sumbangan zakat kepada golongan LBGT yang ingin pulih.

Sekarang sudah lain pula persepsinya, atau pura-pura pula. Maaf jika kurang berkenan
100 hari PH: Kementerian agama, Mujahid ‘diserang’ isu LGBT
Faiz Zainudin -August 19, 2018 3:16 PM



KUALA LUMPUR: Tarikh 9 Mei 2018 merupakan detik bersejarah bagi Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad apabila gabungan itu berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir Putrajaya.

Selepas kerajaan baru dibentuk, sebanyak 28 kabinet diwujudkan dibawah Dr Mahathir, selain menstruktur semula barisan menteri dan timbalan menteri bagi hal-ehwal yang berkait dengan Islam dan pentadbiran agama.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi mengurus hal ehwal agama Islam manakala Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh diberi tanggungjawab membantunya sebagai timbalan menteri.

Selama 100 hari pentadbiran, walaupun isu berkait kementerian agama tidak termasuk dalam 10 janji 100 hari PH sebelum pilihan raya umum lalu, namun kementerian itu mencatat nama antara kementerian paling kontroversi melibatkan beberapa isu yang melanda negara ketika ini.

Mana tidaknya kementerian yang diterajui Mujahid menjadi tumpuan apabila ia diselubungi isu berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sewaktu kerajaan PH didakwa mesra golongan itu kerana gagal bertindak tegas apabila kumpulan itu secara terang-terangan menuntut hak kebebasan mengamalkan cara hidup yang bertentangan dengan agama dan budaya timur yang diamalkan di Malaysia.

Mujahid turut dilempar dengan pelbagai tuduhan kononnya Ahli Parlimen Parit Buntar itu seorang “liberal” apabila beliau lebih cenderung kepada pendekatan bersifat mendidik bukan menghukum dalam menghadapi budaya songsang yang cuba disebarkan di Malaysia.

Ini termasuklah tindakan Mujahid mempertahankan bekas pegawai menteri belia dan sukan, Numan Afifi dan pertemuan beliau dengan aktivis transgender, Nisha Ayub.

Sedang isu LGBT hangat seluruh negara, Mujahid tampil membuat permohonan maaf atas kekeliruan yang berlaku, sekali gus mengingatkan semua pihak supaya berhenti menuduh kerajaan PH mesra golongan LGBT.

Katanya, undang-undang negara jelas menetapkan aktiviti songsang itu dilarang diamalkan di Malaysia.

“Kerajaan sentiasa mengambil maklum tentang penularan budaya LBGT yang semakin membimbangkan hari ini,” kata beliau.

“Saya ingin jelaskan berdasarkan undang-undang…,jangan putar cakap saya, ia bermaksud hak komuniti LGBT untuk mengamalkan gaya hidup mereka masih tertakluk dengan undang-undang yang tidak membenarkannya di Malaysia. Jangan di mimbar khutbah nanti kata kerajaan PH mesra LGBT,” katanya.

Mujahid berkata, walaupun undang-undang melarang keras budaya LGBT dilarang keras, namun mengikut Perlembagaan Persekutuan, sebagai rakyat Malaysia, golangan itu tidak boleh ditindas atau dibuli.

“Kita ada statistik menunjukkan 80% golongan ‘makyah’ terlibat dalam industri seks. Kalau kita mendiskriminasi mereka di tempat kerja, maka mereka akan terus berada dalam industri ini sedangkan kerajaan PH berhasrat mengeluarkan mereka dari industri itu,” katanya.

Selain isu LGBT menghantui kementerian agama itu, ia juga dirundung kontroversi berikutan beberapa langkah tranformasi yang dijalankan, termasuk mengenakan tindakan ke atas institusi agama yang dilihat meyimpang dari tujuan asal penubuhannya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:07 PM | Show all posts
dino replied at 26-3-2020 08:40 PM
meh tunjuk sapa kritik tu dah dasar dap kaki fitnah

dengan sajat pun takut nak dedah jantina. habis sampai jemaah wanita risau di arab saudi. bodoh betul. alhamdulillah rahmatan lil alamin yang bagus sampai. kalau x dulu hidup rasa berat rasa bala malapetaka
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Doa aku smg tt mendapat hidayah..tak penat ke jd bodoh.asyik malukan diri sendiri aja.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list