Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
660
View
8
Reply

[Tempatan] Mangsa Terbaru Covid. Pekerja Istana Negara .

[Copy link]

Author: gigahertz       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-3-2020 05:04 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula semalam, selepas tujuh petugas Istana Negara dikesan positif COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sudah menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif.

Beliau berkata, kesemua petugas Istana Negara yang dikesan positif COVID-19 itu, berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Selasa lalu.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan berkenaan.

Ahmad Fadil berkata, susulan kejadian itu, Al-Sultan Abdullah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik COVID-19 pulih.

Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini.

Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan, katanya.

Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-213 semalam, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung pandemik COVID-19 di negara ini.

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, akan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

Semalam, Zulkifli dalam kenyataannya berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhkan aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan itu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap DYMM x apa2
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Syafakillah...huhu take care our queen
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
katanya Tuanku n Permaisuri negatif. Semoga mereka berdua dilindungi Allah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting kena tahu mcm mn 7 org tu dpt jangkitan..moga diberi kesembuhan segera
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dilindungi..bahaya virus ni kpd yg berpenyakit kronik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ardilna30 replied at 26-3-2020 05:31 PM
katanya Tuanku n Permaisuri negatif. Semoga mereka berdua dilindungi Allah

yg 7 pekerja istana posotif covif. Doa kau pada mereka mana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
clerics replied at 26-3-2020 06:45 PM
yg 7 pekerja istana posotif covif. Doa kau pada mereka mana?

Malas aku nak layan org mcm ni.. Kalau aku doakan untuk satu Malaysia diam2 pun, perlu ke aku sebut panjang2 kat sini. Pg main jauh2 lah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 08:14 PM | Show all posts
get well soon...
iols doakan sumer baik2 aja..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list